Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label word verification. Show all posts
Showing posts with label word verification. Show all posts

Friday, May 18, 2012

TOTURIAL : CARA NAK REMOVE WORD VERIFICATION


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya baru lepas blogwalking banyak blog dan banyak blog juga yang bila nak komen kena key in Word Verification yang tersangatlah saya tak suka. So, banyak kali juga la saya tulis entry berkenaan kesulitan ini tapi tak ada respon pun. Masih begitu juga. So, mungkin dorang blogger baru tak tahu macam mana nak remove Word Verification semasa nak komen. Saya decide nak buat satu toturial ringkas.

Tutorial ini untuk pengguna Blogspot saja ye? Wordpress dan lain-lain pelantar blog saya tak tahu.

Mula-mula, korang kena login ke account blogspot korang dulu. Kemudian, korang akan sampai ke dashboard. Kemudian, korang tekan di "Settings".

Kemudian, di tab "Settings" itu, korang tekan di tab "Comment".

Selepas itu, korang scroll ke bawah sampai korang jumpa "Show word verification for comments?". Korang tick "No" kemudian tekan "SAVE SETTINGS".


Dah siap. Itu je. Selepas itu, semua blogger yang nak komen kat entry korang tak perlu key in Word Verification. Senang sikit dorang nak komen.

Selesai sudah tutorial ringkas saya. Semoga dapat bantu blogger yang tak tahu nak remove Word Verification semasa blogger nak komen blog dorang.

p/s : Digalakkan share dengan rakan-rakan blogger lain dengan syarat, sila linkkan ke entry saya ni ye? Terima kasih.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, April 13, 2012

APA KORANG AKAN RASA DAN BUAT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Selama saya berblogging dan berblogwalking ke pelbagai jenis blog dalam dunia blog yang serba warna warni ni, macam-macam jenis blog saya jumpa. Dan ada sesetengah blog saya berjaya melihat perubahan demi perubahan yang dilaksanakan oleh pemilik blog untuk memuaskan hati dan perasaan dia serta pembaca blognya.

Ada blog yang memang sangat cantik. Saya pun rasanya tak mampu nak buat blog secantik blog dia. Kalau semua widget boleh disumbat dalam blog dia, pasti dia akan sumbatkan je. Tapi walaupun widget banyak disumbat dalam blog tu, susunan widget tu pun perlu diperkemaskan lagi. Kadang-kadang widget tu boleh menghalang button comment. Disebabkan button comment dihalang, dan banyak cuba komen tapi tak boleh komen, sudah semestinya saya terus klik 'X' kat atas blog tu. Siapa yang rugi?

Blog yang simple tapi memudahkan saya adalah blog yang paling saya suka sekali. Sebabnya memudahkan saya nak buat apa yang saya nak. Nak cari button comment pun senang. Nak komen pun senang. Nak terjah post-post lama blog tu pun senang. Kesimpulannya semuanya senang bila kita explore blog tu.

Saya tak kata letak widget banyak-banyak itu salah. Itu blog dia, punya pasal dialah nak letak widget banyak mana pun. Kan? Cuma kalau nak pembaca blog senang singgah blog dia, letak je widget mana yang penting dan blog mudah nak loading. Kadang-kadang ada blogger yang guna broadband dan ada limited speed untuk buka blog. Kalau blog tu cantik tapi loading lambat sangat, saya pun akan tinggalkan terus blog tu. Buang masa dan kuota broadband saya je.

Pendapat saya adalah blog yang cantik dan mudah dari pandangan mata pembaca adalah lebih baik dari blog yang cantik dari pandangan kita. Sebabnya adalah kita nak mudahkan pembaca blog kita kan? Kenapa nak susahkan dorang dengan widget-widget yang boleh memberatkan blog?

Soalan untuk semua, Kalau korang berada di tempat pembaca, korang masuk satu blog yang berat dan loading berjam-jam, button comment pun dihalang, nak komen kena plak word verification dan nak baca entry, kena halang dengan widget blog tu, apa korang akan rasa dan buat?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, October 12, 2011

"LA..ADA WORD VERIFICATION PLAK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya rasa benda ni dah ramai tulis dalam blog masing-masing. Saya pun pernah buat benda ni. Masa mula-mula dulu la.


Kalau time internet laju, memang saya tak berapa kisah sangat. Tapi, kalau time internet macam siput sedut slownya, rasa bengang sebab nak tunggu huruf-huruf tu keluar pun dah agak lama. Solutionnya, saya terus keluar dari blog tu tanpa tinggalkan komen.

Ada gak blog yang dah taip komen, bila klik kat button publish comment tu, keluar lagi page yang sama dengan minta word verification lagi. Masa tu, internet tengah laju pun rasa tension gak. Bayangkan kalau internet slow?

Ini pendapat saya k? Bukan hina atau jatuhkan sesiapa. Word Verification ni takde baiknya. Menyusahkan blogger nak komen je. Bila kita buat satu entry, sudah semestinya kita nak feedback kan? So, jangan susahkan blogger yang nak curahkan feedback dorang.

p/s : Kalau tak tahu camne nak buang Word Verification tu, boleh Google je. Banyak tutorial blogger lain buat. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka