Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, May 29, 2012

PENULISAN HARI INI UNTUK KENANGAN MASA DEPAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak kita terfikir, apa yang kita tulis hari ini adalah untuk kenangan kita pada masa depan? Setip apa yang kita tulis ini, akan menjadi kenangan kita pada masa depan. Masa saya mula-mula buat blog ini dulu, hasil tulisan saya langsung tak ada orang baca selain saya. Komen memang tak ada.

Pada masa itu, gaya tulisan saya pun buatkan saya nak tergelak. Tapi, bila saya selak balik hasil tulisan saya tersebut, saya terbayangkan pada masa saya sedang menulis hasil penulisan. Hasil penulisan itu mampu untuk mencetuskan kembali kenangan yang kadang-kadang kita dah lupa.

Kita tak tahu potensi blog di masa hadapan. Mungkin akan menjadi sangat popular sehinggakan setiap orang akan ada sekurang-kurangnya satu blog. Ini cuma kemungkinan saja. Tapi, bila kita fikir semula, dulu mana ada orang tahu tentang blog ini kecuali pakar-pakar komputer yang belajar code HTML.

Cuba tengok sekarang, rakyat Malaysia yang ada blog memang sangat ramai. Lebih sejuta orang. Dan kemungkinan besar pada masa akan datang, jumlah ini akan meningkat.

Apa yang kita tulis hari ini akan menjadi sejarah kita pada hari esoknya. Begitulah seterusnya sehingga kita 'pergi'.  Jadi, berbanggalah dengan segala penulisan kita dan teruskan menulis. Sebab penulisan hari ini untuk kenangan kita pada masa depan kita nanti.

Ini cuma pendapat saya. Korang ada pendapat lain? Luahkan sebagai perkongsian bersama.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

9 comments:

  1. ehh..betul!!
    kdg2 tgk penulisan yg dulu, mcm budak sekolah hihihihi..
    tp yg pntg terus belajar hari demi hari dlm penulisan blog

    ReplyDelete
  2. salam;
    setuju sanggat pendapat awak...selain itu hasil penulisan kita diblog akan menjadi perpustakaan peribadi kita..

    ReplyDelete
  3. betul tu kalau kita mengaji pun disuruh membuat catatan

    ReplyDelete
  4. setuju ngan nasz... cam remy ckp dulu..... my blog adalah sebahagian dari perjalanan hidup remy.....
    nak tulis kat diari , dah tak practical...sebab takda pic... so blog adalah medium terbaik.....
    bukan semua yg kita lalui dpt kita ingatkan....

    ReplyDelete
  5. betul tu nasz , setuju sgt . sebab tu bila saya menulis , sy slalu bayangkan .. apa la perasaan sy bila sy baca balik dalam 10 tahun akan dtg :p

    ReplyDelete
  6. betul tu... apa yg kita tulis hari ni adalah kenangan utk masa akan datang...

    ReplyDelete
  7. salam..nas saya tag nasz kt sini http://akmaluv90.blogspot.com/2012/05/segmen-2-jom-blogwalking-cari-bloglist.html ada mase join la:)maseh..

    ReplyDelete