Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

SEELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini adalah hari untuk memperingati jasa guru yang telah mencurahkan banyak jasa mereka dalam mengajar kita dan mendidik kita sehingga menjadi insan yang berguna seperti sekarang. Hari ini juga kita mengenang semula jasa yang telah dicurahkan oleh para pendidik yang telah mendidik kita. Tapi, takkan hari ini saja kita ingat jasa dorang? Mestilah kita ingat jasa dorang sentiasa. Bila kita jumpa dorang di luar, kita akan hormat dengan mereka.

Cuma hari ini diwujudkan untuk menjadikan sambutan tahunan dalam mengenang jasa guru kita. Guru kita tak semestinya cikgu-cikgu di sekolah. Ibu, bapa, kakak, abang, bapa saudara, ibu saudara, majikan, suami, isteri dan semua yang terlibat dalam memberikan kita didikan secara langsung mahupun tidak langsung adalah guru kita. So, kita kena juga hargai dorang kan?

Jenuh jugalah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya kita sentiasa ingat dan hargai jasa dorang pun bagi saya dah cukup. Kan?

Bila tiba hari guru, kita lebih fokuskan cikgu-cikgu di sekolah. Murid-murid sibuk nak membeli hadiah untuk cikgu-cikgu mereka. Tapi, macam mana dengan "guru-guru" lain yang secara tak langsung mahupun secara langsung mendidik mereka? Tak nak beli hadiah juga ke? Kalau nak beli hadiah untuk semua, mereka tak termampulah.

Cuma ucapan terima kasih pun dah cukup untuk menghargai jasa mereka. Ini cuma pandangan peribadi saya saja. Tiada langsung niat nak mencabuli sambutan Hari Guru ini. Saya sayangkan "Guru-Guru" saya tak kiralah di sekolah ataupun di mana saja saya menimba dan mendapatkan didikan mereka. Tak perlulah nak emosi dengan saya disebabkan entry ini ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 16, 2012

BIARLAH GAMBAR MENGUCAPKANNYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Jasa guru membentuk diri saya sekarang. Terima kasih guru di atas segala pengorbanan selama ini. Moga Allah balas pengorbananmu dengan berlipat kali ganda kebaikan. Amiinnn.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 21, 2011

"CIKGU MENGAJAR DI SEKOLAH MANA?"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

"Cikgu mengajar di sekolah mana?". Pertanyaan ni selalu saya dapat bila pergi makan atau kedai runcit dekat pekan Bagan Datoh. Saya hairan gak kenapa orang kampung fikir saya cikgu sekolah. Walaupun banyak kali saya explain yang saya bukan cikgu sekolah. Saya cuma seorang penjawat awam biasa saja.

Mungkin sebab cara pemakaian saya. Tapi saya rasa biasa je sebab takkan sebagai penjawat awam saya nak pakai seluar jeans or seluar pendek pergi keje kan? Saya biasanya pakai baju kemeja lengan panjang, seluar hitam dan kasut hitam. Itu je.

Mungkin sebab rupa saya dan saya pakai spek mata.  Rupa saya ni ada rupa "kecikguan" kot? Hahaha... Tapi walaupun ada rupa "kecikguan", saya rasanya tak mampu nak mengajar orang lain sebab diri saya pun tak betul. Hahaha...

So, apa yang saya buat? Saya layan je la.  Bila orang panggil saya cikgu, saya senyum je. Bila orang panggil saya cikgu, saya iakan je. Memang cita-cita saya nak jadi cikgu masa sekolah rendah dulu, tak dapat jadi cikgu betul-betul, orang panggil saya cikgu pun kira ok la. Kan? Hahaha...

Korang pernah kena macam saya tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka