Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Monday, February 4, 2013

1 LAGU = RM2 JUTA


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Heboh di Facebook tentang jemputan PSY yang popular dengan lagu Gangnam Style untuk buat persembahan di Malaysia sempena Sambutan Tahun Baru Cina nanti. Bayaran yang dibayar adalah RM2 Juta untuk satu lagu. Uish... Mahalnya. Saya pun tak pasti sama ada berita ini palsu atau memang benar-benar berlaku.

Tetapi, pada pendapat saya, daripada membazir duit tersebut untuk jemput Artis Korea PSY tu buat persembahan di Malaysia, apa kata jemput saja artis-artis yang ada di Malaysia ini untuk buat persembahan. Apa salahnya. Kata suruh support barangan Buatan Malaysia. Tak salah kalau kita support artis Malaysia juga. Dorang pun ada bakat menyanyi dan boleh menyanyi.

Susah sangat, suruh artis Malaysia yang nyanyi dan menari Lagu Gangnam Style tu. Tak susah mana pun kalau setiap hari berlatih. Kan? Hehehe.

Di Malaysia ini, ada rakyat yang perlukan duit tu. Sumbangkan kepada mereka. Ringankan beban mereka. Tak pun beri kepada rakyat Cina yang nak menyambut Tahun Baru Cina kali ini tapi tak mampu. Rakyat pun gembira dan rasa kurang sikit beban dorang.

Itu baru jemput PSY buat persembahan 1 lagu dah kena bayar RM2 Juta. Makan, minum dan hiasan Sambutan Tahun Baru Cina tu, pakai duit juga kan? Berapa banyak sebenarnya Budget dorang untuk buat sambutan ini ye?

Ini cuma pendapat saya saja. Tak ada niat untuk membuat provokasi tapi cuma pendapat yang lahir dari hati kecil saya dan apa yang telah saya baca. Saya tahu tak semua perkara yang tertulis di Facebook kita tak boleh percaya, cuma ini jika ia betul-betul berlaku saja. Kalau tak betul, baguslah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, May 11, 2012

KEWUJUDAN BLOGGER DIIKTIRAF...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang ni perasan tak kewujudan blogger kat Malaysia dah diiktiraf? Dalam surat khabar, mesti akan sebut tentang blogger dan blog. Ada yang siap jadi cover sisipan akhbar lagi. Antaranya Fatin Liyana baru-baru ni.


Pengiktirafan blogger ni telah mencapai kepada kewujudan anugerah yang telah masuk tahun kedua dianjurkan iaitu Digi WWWOW Award dengan pelbagai hadiah menarik.


Ada juga blogger yang dijemput untuk menonton Premier Screening satu-satu movie yang belum lagi release. Tapi jemputan ni terhad je la. Sekurang-kurangnya dah ada kuota bagi blogger hadiri event sebegini.


Ini menunjukkan blogger kini telah diiktiraf dan sentiasa di sebut terutama dalam surat khabar. Korang sebagai seorang blogger patut berbangga. Tak mustahil masa depan, blogger akan jadi semacam wartawan ataupun artis. Ataupun setiap artis pada masa depan mesti ada blogger. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.


Tapi kita bayang masa dulu tak ada siapa pun tahu dan nak ambil tahu tentang blog. Sekarang berjuta-juta orang ada blog.


Betul tak?


p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari di Digi WWWOW Award di side bar sebelah.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, October 5, 2011

"AMANNYA BILA TAK SANGAT DIKENALI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang rasa best ke jadi artis? Nak pergi mana-mana kena tutup muka dan keluar secara curi-curi. Susah kan? Tapi ada gak orang yang sukakan perhatian. Tak dinafikan bagi dia, perhatian yang dia dapat tu buat dia gembira.

Tapi saya rasa kalau saya misalnya nak pergi pasar malam, orang tak berapa kenal saya bila saya pakai baju T shirt dengan seluar jean je. Memang saya aman dan nak buat pe pun tak ada orang nak ambil perhatian. Hehehe.

Korang yang mana satu?

p/s : Blogger feymes ok kot? Hahaha.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka