Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Monday, May 14, 2012

"ENGKAU MAMPU DISIPLIN, ENGKAU BOLEH HIDUP"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Beberapa hari lepas saya buat rondaan Ops 1Malaysia dengan menumpang kenderaan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Sambil buat rondaan tu, saya sembanglah dengan driver yang memandu kenderaan tersebut. Macam-macam kami sembang sampai satu kisah ni, saya terasa kebenarannya.


Menurut dia, masa kecil dulu, ibu dan bapa dia ada berpesan, kalau dia mampu berdisiplin, dia mampu hidup di dunia ni. Pada mulanya saya terfikir berkenaan disiplin kerja tapi saya silap. Sebenarnya disiplin yang dimaksudkan oleh dia adalah dalam segala benda termasuklah disiplin dalam kewangan sendiri, disiplin dalam menjaga kesihatan diri, disiplin dalam menjaga keselamatan diri dan keluarga serta macam-macam lagilah termasuk hal-hal kecil.


Kalau tak ada disiplin dalam diri, maka susahlah kita nak hidup dalam dunia ni. Sebab hidup kita tak teratur. Kalau nak kehidupan yang teratur tapi tak ada disiplin memang tak mungkin.


Ini yang saya dapat daripada rakan JPAM saya tu. Saya kongsikan dengan semua rakan-rakan blogger. Kalau ada yang tak setuju, boleh la kongsi pendapat korang.


p/s : Saya pun masih belajar mendisiplinkan diri ini. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, October 29, 2011

"BE YOURSELF NO MATTER WHAT"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Jadilah diri sendiri. Buat apa nak jadi orang lain kan?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, October 25, 2011

"REALITI TAK SAMA DALAM DRAMA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Realiti kita takkan sama dengan dalam drama yang dipertontonkan di TV. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab drama tu adalah imaginasi penulis skrip dan pengarah drama tu. Lagipun, drama yang dihasilkan adalah apa yang kita inginkan berlaku. Drama ni lebih kepada apa yang kita tak mampu dapat atau buat. Kita lahirkan dalam bentuk drama.

Memang tak dinafikan ada gak yang benar-benar terjadi dan diambil dari kisah benar. Tapi, yang pasti, walaupun diambil dari kisah benar, sudah pasti akan ada tokok tambah supaya cerita dalam drama tu lebih menarik.

Bila terlalu banyak kita tonton drama-drama ni, kita akan cenderung untuk berharap. Berharap hidup kita berlaku seperti dalam drama tersebut. Ya, betul. Hidup kita ni adalah drama juga. Setiap orang ada drama masing-masing. Drama dua bergabung bila mula bercouple dan berterusan bila mengikat tali perkahwinan.

Tapi, drama yang direka oleh pengarah drama adalah ilusi dan keinginan kita untuk menjadi seperti dalam drama yang direka tapi kita tak mampu. Realiti adalah sangat berbeza. Ada yang masih dalam dunia drama lagi dan lebih suka stay dalam dunia tu sebab memang seronok.

Tapi, persoalannnya, mampukah dia menghadapi dunia realiti nanti?

p/s : Ini cuma pendapat saya. Masa tulis entry ni, saya tengah mamai nak tidur. So, apa yang saya tulis ni memang direct apa yang saya fikir. Hehehe.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, August 11, 2011

"LIFE IS A CLIMB, BUT THE VIEW IS GREAT"


MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah dengar tak ayat kat tajuk entry tu? Ayat tu saya dengar masa layan Movie Hannah Montana The Movie.

"Life is a Climb, but the View is Great"

"Kehidupan itu satu Pendakian, tapi pemandangan adalah yang Terbaik"

Saya terjemahkan mengikut kefahaman saya. Kehidupan kita sekarang bagaikan satu pendakian. Ada masa kita melalui cerun-cerun yang landai. Ada masa kita melalui curam-curam berbahaya. Bergantung pada semangat kita untuk menghadapi segala rintangan yang datang. Rintangan dari ribut, tanah runtuh, kekurangan makanan dan masalah dengan pendaki lain.

Tapi bila kita berjaya sampai ke puncak, kita dihidangkan dengan permandangan yang indah. Permandangan tu jadi indah selepas segala usaha dan penat lelah kita untuk mendaki sehingga ke puncak. Masa tu kita akan rasa puas dan semasa pendakian kita melalui pelbagai jenis pengalaman.

Ia macam kehidupan kita sekarang. Kita jalani kehidupan kita ni seperti mendaki. Ada masa kita hadapi kesusahan. Ada masa kita rasa kesenangan. Bila kita berjaya capai apa yang usahakan, muncul wajah kegembiraan.

Ini cuma pendapat saya. Ada sesiapa tak setuju?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka