Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, May 27, 2012

MUSIM CUTI SEKOLAH = MUSIM KENDURI BANYAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi saya pergi ke kenduri kahwin staf saya. Semasa perjalanan dari rumah sewa saya di Bagan Datoh ke rumah kenduri kahwin di Tebuk Haji Muhammad, Selekoh, Perak, banyak gak kereta parking di tepi jalan yang menunjukkan hari ini banyak kenduri kahwin berlangsung. Itu tak dikira lagi yang berdekatan dengan rumah saya.

Bila tiba cuti, rakyat Malaysia suka mengadakan kenduri kahwin untuk anak-anak mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. Kenapa masa ini ramai orang suka buat kenduri kahwin? Sebab pada masa inilah mudah bagi mereka disebabkan anak-anak mereka bercuti.

Saya pun baru beli hadiah di Giant Teluk Intan semalam dan bungkus pagi tadi masa nak pergi kenduri. Hehehe. Biasalah orang lelaki bungkus hadiah, mesti tak cantik saya bungkus kan? Tapi, yang penting niat dan keikhlasan hati untuk pergi memeriahkan lagi kenduri anak staf saya tu.

Saya tengok kenduri di rumah staf saya itu memang best. Mereka tak guna catering untuk sediakan makanan bagi orang yang datang. Cuma saya tengok dorang order catering untuk makanan pengantin. Makanan pengantin kenalah special sebab itukan hari bahagia dorang kan? Makanan untuk tetamu disediakan secara gotong royong. Sekarang ini susah nak tengok orang kita bergotong royong semasa kenduri tapi lebih suka gunakan khidmat catering. Anyway, memang sedap daging masak hitam dan ayam merah dan nasi tomato tadi. Banyak gak saya makan.

Korang pun mesti banyak pergi kenduri kat kawasan korang kan? Kongsilah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

7 comments:

  1. jom singgah cni =)

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/2012/05/terima-kasih-nasz.html

    ReplyDelete
  2. btuil tue..
    arini saja shark dpt 2 undangan..
    musim skolah ni mmg musim mengawan:p

    ReplyDelete
  3. cuti sekolah ni, memang banyak kenduri...
    dekat tempat sheila pun, banyak keje kawin, kad jemputan pun dah berderet.. ramainya yang kawin cuti 2 minggu ni....

    ReplyDelete
  4. Haha, nampaknya cenggitu la Nasz. Ada je lah jemputannya, tapi taklah banyak mana pun. hee :)

    ReplyDelete
  5. sekarang pilihan catering paling senang digunakan...... sebabnya kalau dah ada kenduri 2 atau 3 rumah serentak dlm sekampung... kesian jugak jiran2 tak dapat pergi.....kalu dah gotong royong....tapi kalu catering.... jiran2 boleh pi kesemua rumah......he3

    ReplyDelete
  6. TAG 2 SEGMEN KAT ANDA

    http://yayahnasake.blogspot.com/2012/05/segmen-budak-pening-bloglist-pening-jun.html

    http://yayahnasake.blogspot.com/2012/05/segmen-eza-jalinan-kasih-seblogger.html

    ReplyDelete
  7. minggu depan mber nak kawenn...huiiihuiii....memang full kad jemputan..

    ReplyDelete