Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

CEK NUFFNANG DAH SAMPAI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Beberapa hari lepas, saya telah terima sepucuk surat. Dalam surat tersebut berisi satu keping Cek daripada Nuffnang.


Walaupun jumlah Cek tersebut taklah mencapai ribu riban tapi hanya mencapai ratus saja, saya tetap bersyukur. Dari minat menulis dan berblogging, saya mampu dapatkan sedikit duit poket. Alhamdulillah.

Saya berterima kasih teramat sangat kepada Nuffnang sebab sudi menempekkan iklan-iklan di blog-blog saya. Walaupun trafik saya taklah serancak dan seganas blogger-blogger otai, tapi Nuffnang masih memandang blog-blog saya. Buktinya, saya masih dapat iklan-iklan menempek di blog-blog saya.

Ada blogger yang dah lama join Nuffnang tapi masih belum dapat jana sebarang pendapatan. Jangan putus asa sebab nak jana pendapatan melalui blog ini bukan senang, kena banyak kali promosi blog kita supaya ada orang datang. Bila banyak orang datang, banyaklah trafik yang datang ke blog kita.

Jangan putus asa. Teruskan menulis. Suatu hari nanti, korang pun mampu dapat sekurang-kurangnya seciput seperti saya dapat ni. Rezeki saya. Terima kasih Nuffnang.

p/s : Nuffnang, tempekkanlah banyak lagi iklan kat blog-blog saya ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, February 8, 2013

KENAPA SAYA PILIH NUFFNANG?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger semua.

Saya buat blog. Saya suka letak iklan Nuffnang. Kenapa?

Bagi saya, Nuffnang ini mudah saja. Saya pernah cuba letak iklan daripada Adverlets tapi tak sebagus Nuffnang. Selain Adverlets, saya cuba juga daftar untuk Innity tapi bila tengok syarat-syaratnya yang nak sekurang-kurangnya beribu-ribu Unique Visit (UV) ke blog kita, terus terkedu saya. Yelah, blog saya ini tak ada la sampai UV beribu-ribu. Biasa-biasa je.

Bagi saya, seorang blogger biasa ini, iklan daripada Nuffnang inilah yang paling sesuai. Saya pun salah seorang ahli Glitterati Nuffnang. So, dapatlah sedikit keistimewaan daripada pihak Nuffang seperti senang dapat iklan.

Alhamdulillah, rezeki saya ada dengan Nuffnang. Walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya ada juga duit yang datang daripada hobi saya ini.

Korang setuju tak dengan pendapat saya?

p/s : Kepala tengah ting tong. Tak cukup tidur.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, February 3, 2013

"KENAPA AKAUN NUFFNANG SAYA STILL RM0.00"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dapat soalan dari blogger baru ini iaitu Atiqah Ivy berkenaan dia dan join Nuffnang dalam bulan lepas tapi akaun dia masih RM0.00 lagi sampai sekarang. Untuk makluman Atiqah, saya dapat Cash Out @ Payment saya pun selepas hampir 8 bulan join Nuffnang. Bukan senang bagi saya yang orang biasa-biasa je ni nak tingkatkan trafik ke blog saya. Kalau artis, memang meleTop je blog dorang sebab dorang ada banyak platform untuk promote.

Tapi, perlu diingatkan, ada juga orang biasa seperti saya yang mampu menjana pendapatan lumayan daripada blog. Korang pun tahu siapa dorang kan? Dorang sudah semestinya bermula dari bawah juga. Setiap perkara yang kita buat, kita kena ada sabar dan tak putus asa. Nampak senang kan tapi sebenarnya susah nak buat.

Ok, mengenai persoalan Atiqah, antara sebab Atiqah tak dapat sebarang Earning lagi adalah kerana :

1. Kedudukan Iklan Atiqah perlu diletakkan seperti kehendak pihak Nuffnang. Cara nak letakkan iklan tersebut, Atiqah cuba google. Banyak blog tutorial yang akan ajar di luar sana.

2. Atiqah dah jawab survey yang diberikan oleh Nuffnang? Kalau belum, jawab dulu survey tu sebab Nuffnang nak bagi iklan, dia kena tengok apa jawapan survey kita. Kalau kita tak nak iklan mengenai rokok @ tobacco ataupun arak @ alcohol diletakkan di blog kita, kita kena pilih 'Tidak' di kotak yang disediakan.

3. Cuba Atiqah hantar ticket pertanyaan kepada pihak Nuffnang bila Atiqah akan dapat iklan untuk blog Atiqah? Atiqah perlu tahu yang pengiklan yang akan memilih blog-blog yang dorang nak paparkan iklan dorang. So, Atiqah kena jadi blog Atiqah menarik dan tak berat. Jangan terlalu kejar iklan sangat tapi jadikan blog kita menarik di mata pengiklan.

4. Atiqah kena cuba naikkan trafik ke blog Atiqah. Atiqah kenalah promote blog Atiqah dan join segmen yang boleh naikkan trafik ke blog Atiqah.

Ini adalah antara pendapat saya tentang kenapa blog Atiqah tak dapat apa-apa earning daripada Nuffnang lagi. Saya harap pendapat saya ini dapat membantu Atiqah dan blogger-blogger di luar sana yang masih belum menjana apa-apa earning daripada Nuffnang.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

PENDAPATAN NUFFNANG = RM128.36


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah, saya dapat juga Cash Out pendapatan daripada Iklan Nuffnang di blog saya. Walaupun tak lah beribu seperti otai-otai di luar sana tapi saya masih cukup berpuas hati dengan hasil ini.


Walaupun pelbagai halangan saya untuk terus berblogging, saya masih mampu untuk meraih pendapatan yang bagi saya cukup bermakna. Sebab apa? Di luar sana, ramai yang berusaha untuk dapat pendapatan seperti ini tapi masih tak berjaya. Macam mana saya tahu? Saya pun dulunya salah seorang daripada mereka.

Pendapatan kali ini hanya RM100 lebih saja tapi bagi saya mungkin boleh ringankan sikit beban hidup saya. Sekurang-kurangnya ada juga pendapatan saya dalam berblogging. Taklah hanya membuang masa saja. Saya tahu blog saya ini cuma blog picisan kalau nak dibandingkan dengan blog-blog hebat di luar sana. Tapi, saya tetap berbangga dengan blog saya. Sebabnya saya ada blog dan saya masih update blog saya.

Dan yang paling penting adalah saya masih ada rakan-rakan blogger yang masih sudi singgah dan membaca entry-entry di blog saya. Terima kasih saya ucapkan di atas lawatan korang semua. Sila-silalah datang lagi ye? Hehehe.

Anyway, terima kasih kepada Nuffang kerana sudi memberi saya peluang untuk menjana pendapatan walaupun tak sebanyak mana tapi saya tetap bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah ini. Semoga Nuffnang dapat meneruskan pemberian iklan-iklan di blog saya yang tak seberapa ini. Amiiinnnn.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 3, 2012

PENANTIAN LAGI RM2.82...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Memang menyeksakan satu penantian kan? Hehehe. Penantian yang begitu saya debarkan. Korang mesti tertanya-tanya penantian apa yang melibatkan RM2.82 kan? Penantian ini adalah :


Sekarang ini jumlah terkumpul income Nuffnang saya adalah RM47.18 dan masih menanti RM2.82 untuk cukup RM50.00. Apabila cukup RM50.00, bolehlah saya cashout dan joli sakan. Hehehe.

Anyway, ada satu Buffered Earning yang masih running:


Buffered Earnings yang terkumpul adalah RM7.79 sehingga 2hb Julai 2012. So, dah cukup RM50.00 cuma kena tunggu Buffered Earnings ini jadi Metered Earning saja. Kalau tak nak jadi Metered Earning lagi bagus.

Kepada Nuffnang, berilah saya Buffered Earnings lagi untuk mewarnai blog saya yang tak seberapa ini. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 28, 2012

JANGAN SOMBONG DALAM BERBLOGGING...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam kita berseronok dan bersuka ria berblogging, janganlah kita sombong dengan blogger-blogger lain. Walaupun kita blogger yang ramai orang kenal tapi jauhkan sifat sombong. Sama juga dalam dunia nyata, cuba kalau kita sombong dalam satu kampung, semua orang kampung akan pulaukan kita dan kita akan jadi macam kera sumbang. Sendirian je.

Dalam dunia, kita mungkin ada kemahiran dan ilmu lebih mengenai blogging. Blog kita mungkin paling cantik dari atas hingga ke bawah. Tapi, kalau kita sombong, rasanya bila blogger datang blog kita sekali, lepas itu tak datang terus kot? Hehehe. Siapa yang rugi? Korang jawab sendirilah.

Cuba try kita tak sombong dan mesra dengan blogger lain dengan cara blogwalking, join segmen dan join Giveaway, kita tinggalkan komen membina dan beramah mesra dengan blogger-blogger lain. Insya Allah kita akan dapat ramai kawan.

Kesimpulannya, tak payah sombong, bukan dapat duit pun sombong. Kalau tak sombong dan ramah, mungkin ada peluang dapat income biasanya daripada Nuffnang. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 25, 2012

ANGKAT BUAH KELAPA DENGAN PENIS?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Mesti korang terkejut kan tengok tajuk entry ini? Mesti korang nak tahu kenapa saya buat tajuk entry sebegini? Sebenarnya tadi try godek-godek kat Nuffnang. Masa tengah godek-godek tu, saya terasa nak tengok keyword  apa yang melekat kat blog saya.


Saya rasa tak ada pun entry saya berkisarkan keyword ini. Hairan betul macam mana keyword macam ini boleh termelekat kat blog saya. Budak-budak sekarang ini dah advance sangat sampai cari cara nak angkat buah kelapa dengan 'anu' dorang kot? 

Adik-adik, kalau nak angkat buat kelapa tu, gunakan tangan ye? Jangan gunakan 'anu' sebab nanti 'patah' sape yang susah? Adik juga. Kesian kat adik punya 'adik' tu. 

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 19, 2012

BE BARU...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Buka akaun Nuffnang pagi tadi dan ternampak Buffered Earning a.k.a Campaign baru melekat kat blog ini. Alhamdulillah. Nuffnang masih nampak blog saya ini ye? Hehehe.


Sejak dua menjak ini Nuffnang asyik bagi Campaign Tuala Wanita je kat blog saya. Mungkin ramai pembaca perempuan kot blog saya ini? Kan?

Di samping 1 Buffered Earning a.k.a Campaign baru di blog saya, masih ada 2 Campaign sedang melekat lagi. So, untuk blog saya ini, saya ada 3 Campaign sedang melekat seteguh gam gajah. Saya harap Campaign ini akan terus melekat selama mungkin. Hehehe.

Kepada Nuffnang, terima kasih banyak-banyak kerana masih nampak blog cikai saya ini daripada timbunan blog-blog yang super best dan super dasyat. Hehehe.

p/s : Rezeki bakal anak melimpah ruah. Alhamdulillah.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 13, 2012

RM24.70 LAGI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tengah menanti RM24.70 lagi untuk cukupkan RM51. Kenapa RM51? sebab RM50 dah boleh cash out dan RM1 Nuffnang akan charge sebagai yuran proses. Ada lagi 3 Buffered Earning telah melekat. Harap-harap ada lagi Buffered Earning baru yang akan melekat bagi mencukupkan jumlah sasaran saya. Hehehe.

Anyway, saya bersyukur di atas segala rezeki yang Allah kurniakan kepada saya.Niat berblogging itu penting. Ikhlas niat kita itu, maka ikhlas la blog yang kita tulis. Kalau sebaliknya, terbaliklah kan? Hehehe.

Korang yang belum dapat apa-apa earning daripada Nuffnang, jangan putus asa. Cuba tengok balik kriteria yang dikehendaki oleh Nuffnang dan google search kat internet Tips-tips untuk dapat Buffered Earning.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 11, 2012

REZEKI RM50...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Alhamdulillah cek terbaru dari Nuffnang dah sampai. Penantian selama hampir dua bulan dah tamat. Walaupun hanya RM50 tapi sangat bermakna bagi blogger cikai macam saya ini. Setiap rezeki yang saya dapat adalah rezeki yang diberikan oleh Allah. Saya bersyukur kepada-Nya. Ahamdulillah.


Sekarang saya akan terus cash out earning saya yang dah mencapai RM50 sebab tak mahu nak tunggu kumpul banyak-banyak. Lagipun saya cuma blogger biasa saja. Tak macm blogger-blogger otai yang cash out sekali beribu riban. Bukan saya dengki tapi jeles.


Saya jeles bukan sebab saya nak menjatuhkan dorang dengan buat perkara tak elok. Tapi dengan cara usaha mencapai apa yang mereka mampu capai. Mungkin sekarang saya hanya mampu cash out RM50. Masa depan mungkin saya akan cash out lebih RM50. Insya Allah.


Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi terjah dan komen entry di blog saya.


p/s : Saya buat apa dengan RM50 ini? Saya simpan dalam SSP (Sijil Simpanan Premium). Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 7, 2012

PENANTIAN YANG MENDEBARKAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ada ceritakan tentang saya dah buat cash out earning Nuffnang pada 13 April 2012. Korang boleh baca kat SINI. 5 Jun 2012 saya telah terima satu email dari pihak HSBC yang selalu sediakan cek Nuffnang yang menyatakan Payment dalam proses penghantaran menggunakan pos biasa.



"Ala... RM50 pun nak kecoh"

RM50 pun bagi saya banyak dah. Boleh makan McDonald tahu? Hehehe. Anyway, terima kasih Nuffnang sebab bagi saya Campaign yang menjana pendapatan sampingan saya dengan apa yang saya minat. Blogging.

Penantian hampir 2 bulan hampir tamat. Memang mendebarkan. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, May 10, 2012

TIPS UNTUK MUDAH DAPAT IKLAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam akhir bulan lepas, saya ada hantar satu ticket kepada pihak Nuffnang bertanyakan tips untuk mudah iklan daripada Nuffnang.


Kemudian, Nuffnang pun jawab ticket saya tu.


So, itulah jawapan a.k.a tips daripada Nuffnang. Tak tahulah nak kata tips pun tak boleh sebab dorang cuma bagitau secara general je. Kalau korang ada persoalan, just hantar ticket kepada Nuffnang. Dorang pasti akan layan balik.

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 8, 2012

NUFFNANG... BARU TEGUR TERUS DAPAT...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya ada buat satu entry berkenaan Nuffnang yang semakin kedekut dengan saya, korang boleh baca kat SINI. Selepas itu, tadi saya check akaun Nuffnang saya, terus masuk Buffered Earning a.k.a Campaign baru.


Terima kasih kepada Nuffnang sebab mengambil serius entry saya tersebut. Kalau boleh, bagi la banyak lagi Buffered Earning a.k.a Campaign baru kat blog saya yang lain plak. Hehehe.

Nuffnang dah tak kedekut kat saya sekarang. Terima kasih Nuffnang. Hehehe.

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, May 7, 2012

NUFFNANG DAH KEDEKUT SEKARANG...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Lepas saya cash out dalam entry INI hari tu, terus tak dapat apa-apa campaign untuk blog ni. Terasa ke'kedekut'an Nuffnang di situ. Hehehe.

Nuffnang yang dulunya pemurah kepada saya, terus hilang ke'pemurah'annya dan menjadi semakin kedekut. Mungkin semakin banyak blog-blog baru muncul dan menepati kriteria yang digariskan oleh Nuffnang kot?

Mungkin juga Nuffnang tengah busy dengan Digi WWWOW Award yang sedang menjalankan sesi undian? Kepada korang yang belum UNDI Mohd Naser.Com, sila klik http://goo.gl/ZdZT9 dan tekan VOTE ye? 


Anyway, korang ada dapat apa-apa campaign dari Nuffnang tak? 


Wassalam.




-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, April 13, 2012

NUFFNANG CASH OUT KEEMPAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya berniat nak tengok Akaun Nuffnang saya. Saja tengok-tengok tapi Alhamdulillah, akaun saya dah cukup kouta untuk cash out. So, saya pun dengan pantas dan tanpa segan silunya mencash outkan earning Nuffnang saya.


Kotak yang bertanda merah tu adalah Cash out yang baru saya buat. Yang lain tu dah lama saya terima dan sudah pastinya dah lama habis. Hehehe. Nilai besar kat bawah tu adalah jumlah bayaran yang Nuffnang telah hantar selama saya berblogging. Nilainya tak besar tapi bagi saya yang dah cuba macam-macam cara untuk buat duit di internet, nilai ni adalah yang terbaik. Saya tahu ramai blogger yang pernah dapat berpuluh kali ganda ganda ganda daripada saya. Tapi, rezeki masing-masing.

So, kenalah tunggu dalam masa 30 hari untuk cheque Nuffnang sampai ke rumah saya. Sikit je. Jumlahnya seperti gambar di atas. Hehehe.

Anyway, terima kasih Nuffnang sudi beri saya income walaupun tak seberapa. Sekurang-kurangnya boleh saya makan KFC atau makan McDonald atau Kenny's Roger kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, December 9, 2011

"ALHAMDULILLAH...DAPAT CEK NUFFNANG KETIGA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakn blogger semua.


Petang kelmarin saya balik kerja, ternampak satu sampul surat putih terselit kat post box rumah sewa saya. Hairan gak sebab bil telefon dan astro dah pun dapat. Ini bil apa plak?


Saya pun capailah surat tu dan buka. Rupa-rupanya dah dapat cek Nuffnang. Ini adalah kali ketiga. Alhamdulillah. Dapat la dalam RM100. Cukuplah untuk tampung sikit kewangan saya.


Terima kasih la Nuffnang untuk cek kali ketiga ni. Kalau ada campaign lagi, letaklah banyak-banyak kat blog saya ye? Hehehe. Tak lupa gak kepada semua pembaca blog saya yang tak seberapa ni. Sila terus membaca k?


Terima kasih semua.


p/s : Bila la nak dapat cek Nuffnang keempat ek? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 22, 2011

TIPS SIMPLE DAPAT CAMPAIGN NUFFNANG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada yang minta tips untuk dapat earning Nuffnang tapi saya tak reply. Sebab saya pun tak pasti camne saya buat. Saya cuma ikut tips senior je.

Saya share je la apa yang saya buat ek? Dapat atau tidak Earning dari Nuffang tu, saya tak jamin. Tapi harap korang dapat gak la kan? Boleh belanja saya. Hehehe.

1. Pastikan blog ada trafik.
2. Update survey kat Akaun Nuffang.
3. Hantar tiket pertanyaan kat Nuffnang. Tanya bila akan dapat campaign.
4. Buat entry berkenaan Nuffnang dan bagi backlink pada dorang.

Itu je yang saya buat. Tips dari senior yang dapat ribu riban. Saya ratus ratas pun belum dapat lagi.

Ini tips saya share sebab tak nak orang cakap saya kedekut plak. Itupun kalau terlebih, orang akan cakap riak plak kan?

Korang try la. Harap ada gak hasilnya.

p/s : Saya nak GCB ek? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, September 21, 2011

AKHIRNYA...CEK NUFFNANG YANG KEDUA SAMPAI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Cek kedua Nuffnang setelah beberapa bulan. Alhamdulillah. Ada gak rezeki walaupun tak banyak.

Mungkin korang tengah fikir:

"Ceh, RM80 pun nak riuh"

Tak pun,

"Nasz ni mesti takde idea nak update blog"

Hehehe. Betul apa yang korang fikir tu. Saya nak pergi bank untuk bank in duit jabatan dan bank in cek saya yang tak seberapa ni.

Terima kasih banyak-banyak Nuffnang. Kalau ada lagi, bagi la lagi ye? Hehehe.

Wassalam.

p/s : Cukup untuk beli Double GCB ni. Nyum nyum.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, August 26, 2011

6 BLOG MENARIK PADA MATA SAYA SEMPENA BLOG DAY 2011

Have your say, in a united voice.


Win A HTC Cha Cha today!


Chicken, crab, or prawn? You decide!


We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama sangat saya tak join contest daripada Nuffnang ni. Kali ini Nuffnang akan menyambut The 6th Blog Day pada 31hb Ogos 2011. Dalam contest ni, saya kena cadangkan 6 blog yang menarik minat saya teramat sangat amat amat dan amat menarik minat saya. Hehehe. Actually, ada lebih daripada 6 blog tapi syaratnya suruh 6 blog je, so, kena pilih 6 blog saja la. 

Anyway, inilah 6 blog yang menarik minat teramat sangat. Hehehe. Check it out.
 
Blog ini antara faveret saya. Mesti terjah dan baca entrynya. Owner blog ni namanya Abby dan blog dia memang santai je. Blog wajib lepak. Hehehe.

Blog ini pun saya suka sebab banyak nasihat yang diberikan secara santai. Tapi memang memberi impak kepada diri saya yang serba kekurangan ni. Owner blog ni saya panggil kak Yatie sebab dia lagi tua dari saya kot? Hehe.Tapi blog ni best tau?

Blog ini penuh dengan nasihat gak. Lagipun, saya dah anggap owner blog ni macam adik angkat saya sendiri. Banyak pesanan yang dikongsi kat blog ni. Ownernya nama Zul Fattah. Ce korang terjah blog dia? Sempoi tak?

Blog yang termasuk dalam blog-blog faveret saya. Apa yang ditulis oleh owner blog ni adalah dari hati dia sendiri. Owner blog ni namanya suhana. Kena panggil dia Puteri Suhana la. Hehehe. Blog peribadi yang santai dan best.
Blog Junior UiTM yang kenal melalui blogging je. Suka blog dia yang berbackground gelap dan entry dia ada gak unsur-unsur peringatan dan juga santai. Best baca blog ni. Hehehe.

Blog yang sangat santai. Ada gak nasihat dan kadang-kadang buat teka teki. Hehehe. Suka baca entry blog ini. Owner blog ni namanya Norhafeezah. Korang boleh tengok header dia dengan wajah dia yang comel tu kan? Hehehe.

Itulah dia 6 blog yang menarik minat saya untuk terus menerjah dan membaca entry-entry dorang. Ce korang terjah, best kan?

Hehehe.

Tarikh tutup penghantaran: 31hb Ogos 2011 (11.59 pm).

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 9, 2011

"NUFFNANG DAH MAKIN KEDEKUT LA SEKARANG"


MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bulan Ogos ni langsung takde apa-apa campain per meter / Buffered Earning terbaru untuk blog saya ni. Nuffang nampaknya dah semakin kedekut la. Jarang bagi BE pada blog picisan saya yang tak menarik ni. Sedih.

Tapi, bila difikirkan balik, mungkin terlalu banyak blog yang daftar dengan Nuffnang. Nuffnang bagi dorang dulu sebab mungkin blog dorang lagi bagus dari blog saya. So, apa patut saya buat? Saya rasa saya patut tingkatkan trafik ke blog saya. Macam mana nak buat ek?

Cara yang saya buat ialah join segmen tambah follower, segmen join bloglist, update entry yang menarik dan blogwalking serta tinggal jejak. Itu yang saya buat sekarang. Tak cukup lagi ke? Kalau tak cukup lagi, kenalah usaha lebih sikit.

Ataupun patut saya tukar ke Adverlet or Innity je? Tapi Nuffnang dah lama saya join. Camne ni?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka