Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, May 21, 2012

ADA SINDIR KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya terbaca dalam Metro Online mengenai Lagu Kosong Sindir Wartawan.

"SEKARANG kalau ‘buka’ radio, akan berkumandang lagu Kosong nyanyian Najwa Latif. Dalam keseronokan melayan melodi dan lirik lagu itu, timbul pula desas-desus mengatakan lagu itu adalah lagu sindiran buat wartawan hiburan.
Sejauh mana kebenarannya, SS tidak pasti kerana SS seorang yang berfikiran terbuka. Dengan erti lain, SS akan layan sesebuah lagu itu kalau melodi dan seni katanya menarik. Apa yang penting, usahlah ada benda yang terlalu sensitif atau menjejaskan keharmonian masyarakat. 
Kata kawan SS, lagu Najwa itu khabarnya ditujukan buat wartawan yang dianggap suka mencaci dan putar belitkan kenyataan. Entahlah hanya Najwa yang tahu maksud sebenar kata-kata dalam lagu itu, sama ada ia ditujukan untuk kekasih yang menghampakan dirinya atau wartawan hiburan.

SS difahamkan, lirik lagu itu bukan ditulis oleh Najwa tetapi kakaknya, seseorang yang kreatif. Kalau benarlah apa yang disebutkan dalam khabar angin itu, SS rasa pihak media dan wartawan pun sebenarnya tidak pernah rasa rugi apa-apa atau dengan erti lain turut rasa ‘kosong, kosong’ macam yang dilaungkan Najwa.

SS tak nak cakap lebih-lebih sebab nanti orang cakap SS nak terasa hati pula, pada hal SS hanya melaporkan yang SS dengar daripada kawan. Hakikat sebenar SS sendiri sukakan lagu Kosong itu.

Tak mengapa, selepas ini kalau kawan SS jumpa Najwa kita boleh minta mereka tanyakan sendiri dengan penyanyi itu. Biarlah kita berbaik sangka dengan orang kerana kita sendiri belum pasti sejauh mana kebenarannya." - myMetro

Saya pun decide nak dengar balik lagu Kosong nyanyian Najwa Latif ini. Saya cuba cari di mana yang dikatakan menyindir wartawan tu. Yang saya faham lagu mengenai orang yang iri hati dan suka fitnah serta burukkan seseorang dari belakang.

Itu melalui pemahaman saya. Tak dengar plak bahagian sindiran kepada wartawan. Ini cuma pendapat saya, kalau korang ada pendapat lain, jom kongsikan kat ruang komen kat bawah. 

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

4 comments:

  1. yup,,,ainun pun phm mcm ap yg ss phm...

    ReplyDelete
  2. setiap lagu ada maknanya......
    tafsiran berbeza......
    tapi lagu kosong nie memang ohsem pada remy..... layan jugak dgn suara najwa yg manja2 tu.....

    ReplyDelete
  3. Biasanya siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas kan. Pada akak, secara umum lagu nie merupakan lagu motivasi. Dia di hina, di fitnah, tapi dia strong dan teguh. Hinaan itu tidak berbekas di hatinya...

    ReplyDelete
  4. kah..kah..kah..sedangkan dengan RHCP pun wartawan hiburan kat Malaysia cari gaduh, dengan Butterfingers pun dorang gaduh. Tapi bagus juga Najwa buat macam ni. Kita tengok dia punya kipas-susah-mati betul Real ke tak? Alala adik Najwa, jangan la nangis kalau kena boikot dengan wartawan. XPDC dulu main kat fun fair je. Laku juga album dorang.

    ReplyDelete