Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label hasil penulisan. Show all posts
Showing posts with label hasil penulisan. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

SAYA CUMA BLOGGER BIASA...




Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya cuma seorang blogger biasa. Tak ada apa yang istimewa tentang blog saya kecuali saya suka menceritakan sesuatu melalui pendapat saya. Saya menulis secara spontan yang hampir 90% keluar dari minda saya. Kenapa tak 100%? Sebab saya perlu juga menjaga sensitiviti masyarakat sekeliling kita yang mempunyai sifat suka  menjaga tepi kain orang. Bukan tak bagus menjaga tepi kain orang tapi berpada-padalah.

Blog saya ini adalah blog peribadi yang saya jadikan tempat meluahkan pendapat, menyimpan seribu satu memori dan tempat saya berkongsi pendapat. Saya cuba menjadikan blog saya ini sesantai yang mungkin sebab hampir semua manusia di dunia ini suka membaca sesuatu yang santai. Bagaimana saya tahu? Saya pun terdiri daripada golongan ini. Hehehe.

Apabila ada orang suka membaca dan mendatangkan diri mereka ke blog saya, saya bersyukur sangat-sangat. Bukan mudah untuk membuatkan orang lain membaca coretan peribadi di blog peribadi seseorang yang bukan artis. Lainlah kalau blog Najwa Latif, memang ramai yang akan terjah. Sebab dia artis.

Saya sentiasa ingatkan diri saya yang kadang-kadang ter'riak' sebab fikir diri ini famous:

"Kalau kita fikir diri kita famous, ada lagi blogger yang lagi famous daripada kita"

Random Blogger Pilihan Saya Hari Ini : ~My Dear Lady~

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 29, 2012

PENULISAN HARI INI UNTUK KENANGAN MASA DEPAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak kita terfikir, apa yang kita tulis hari ini adalah untuk kenangan kita pada masa depan? Setip apa yang kita tulis ini, akan menjadi kenangan kita pada masa depan. Masa saya mula-mula buat blog ini dulu, hasil tulisan saya langsung tak ada orang baca selain saya. Komen memang tak ada.

Pada masa itu, gaya tulisan saya pun buatkan saya nak tergelak. Tapi, bila saya selak balik hasil tulisan saya tersebut, saya terbayangkan pada masa saya sedang menulis hasil penulisan. Hasil penulisan itu mampu untuk mencetuskan kembali kenangan yang kadang-kadang kita dah lupa.

Kita tak tahu potensi blog di masa hadapan. Mungkin akan menjadi sangat popular sehinggakan setiap orang akan ada sekurang-kurangnya satu blog. Ini cuma kemungkinan saja. Tapi, bila kita fikir semula, dulu mana ada orang tahu tentang blog ini kecuali pakar-pakar komputer yang belajar code HTML.

Cuba tengok sekarang, rakyat Malaysia yang ada blog memang sangat ramai. Lebih sejuta orang. Dan kemungkinan besar pada masa akan datang, jumlah ini akan meningkat.

Apa yang kita tulis hari ini akan menjadi sejarah kita pada hari esoknya. Begitulah seterusnya sehingga kita 'pergi'.  Jadi, berbanggalah dengan segala penulisan kita dan teruskan menulis. Sebab penulisan hari ini untuk kenangan kita pada masa depan kita nanti.

Ini cuma pendapat saya. Korang ada pendapat lain? Luahkan sebagai perkongsian bersama.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 22, 2011

"ORANG YANG ADA BLOG NI UNTUK ORANG YANG PANDAI MENULIS JE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya tunjuk kat adik lelaki saya blog saya. Macam biasa la, dia akan mencebik muka sambil pandang tempat lain. Ceh... Jeles la tu. Saya tanya dia,

"Hang tak pernah buat blog ke?"

"Blog ni untuk orang yang pandai menulis je"

Saya diam je la. Saya hairan kenapa dia fikir camtu. Sebab dalam facebook kita menaip gak walaupun taklah panjang mana. Dalam blog ni tak semestinya kena menulis je tapi kita boleh kongsi gambar dan video. Macam mana nak upload gambar dan share video? Korang google sendiri la. Hehehe.

Saya pun bukan pandai menulis. Kadang-kadang hasil penulisan saya macam rojak buah campur strawberi merah lagi. Cuma saya cuba santaikan gaya penulisan saya walaupun tak tahu sesantai mana. Janji santai.

Cuma bagi saya, orang yang ada blog peribadi macam saya ni boleh disamakan diari yang boleh oleh semua orang. Kena faham k, ada diari yang hanya boleh dibaca oleh owner dia je. Gaya tulisan dia lebih kepada luahan. Tapi saya olah gaya penulisan saya kepada luahan ran pendapat. Sekurang-kurangnya pembaca saya boleh luahkan pendapat dorang di ruangan komen. Tapi kadang-kadang saya tulis entry perkongsian gak. Cuma saya lebih suka bagi pendapat saya. Sokong atau tak sokong, itu terletak pada hak masing-masing.

Yang penting, korang gembira tak buat blog ni? Dan korang sayang tak kat blog korang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka