Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, May 7, 2012

PENTING KE SARAPAN NI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Selamat pagi kepada semua blogger yang sedang membaca entry ni. Setiap pagi, bagi yang bangun awal, sarapan adalah penting kan? Kenapa dipentingkan sarapan ni? Tak makan sarapan boleh mati ke? Ada yang tak makan sarapan boleh menggeletar satu badan. Hehehe.

Pernah dengar satu quote, "Breakfast for Champion" atau dalam bahasa Melayunya, "Sarapan Untuk Juara". Kalau tak sarapan, tak boleh jadi juara ke?

Memang sarapan penting sebab ia adalah makanan pertama yang akan memberi kita tenaga untuk meneruskan hari-hari kita selanjutnya. Semasa tidur, badan kita memproses makanan yang kita makan semalam dan bila hari ini kita bangun pagi, makanan semalam telah habis dihadam untuk dibahagikan nutriennya ke bahagian berkaitan. Oleh itu, sarapan pagi penting sebagai sumber tenaga pertama untuk hari tersebut.

Kalau tak makan sarapan, tak boleh ke? Boleh je tapi kerja kita takkan menjadi lebih produktif dan kita akan rasa lebih letih serta tidak bermaya.

Saya nak pergi sarapan sekejap ni. Korang dah sarapan belum? Sarapan apa tu?

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

2 comments:

  1. alhamdulillah..baru selesai menikmati nasi lemak :)

    p/s : selamat pagi!!!

    ReplyDelete
  2. sarapan adalah penting utk permulaan tenaga dipagi hari..... jgn lupa ambik sarapan ye....he3

    ReplyDelete