Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, May 30, 2012

CINTA MUKA BUKU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang mesti pernah dengar lagu nyanyian Najwa Latif yang hot gitu - Cinta Muka Buku. Entry ini bukan berkisar mengenai lagu itu. Medium Facebook ini kalau tidak disalahgunakan, akan memberikan kebaikan. Sekarang ini bila berlaku kes cerai, salahkan facebook. Bila berlaku kes gaduh awek dan balak, salahkan facebook. Sebenarnya diri sendiri yang salah tapi salahkan facebook. Padahal, facebook cuma medium sosial yang membantu menghubungkan orang di mana-mana sahaja di dunia ini.

Saya dan wife sebenarnya belajar di universiti yang sama iaitu UiTM Seri Iskandar. Kami pun adalah OC ataupun Pembantu Minggu Mesra. Disebabkan masa saya belajar dulu, saya salah seorang daripada Perwakilan Pelajar ataupun dikenali Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), hampir semua student kenal sebab gambar MPP memang terpampang di fakulti masing-masing.

Tapi, saya dan wife langsung tak bertegur sapa dan mungkin ada tegur sikit-sikit tapi memang saya tak ingat. Masa itu saya dengan orang lain. Selepas habis belajar di universiti, saya terus kerja. Masa itu saya suka juga buka facebook. Saya terjumpa page wife saya dalam Group Pembantu Minggu Mesra Siswa dan saya add sebagai kawan.

Masa itu, wife saya pun dengan lelaki lain. Saya dengan orang lain. So, kami sembang sebagai kawan je la. Kemudian, terus terputus hubungan. Suatu hari, saya buka facebook dan ternampak status dia cakap "bosan". Saya secara spontannya comment kat wall dia "Meh saya teman". Dia pun balas. Kami pun berbalas-balas komen sampai ke chat. Masa itu, baru saya tahu dia dah putus dengan ex boyfriend dia. So, dengan niat untuk bagi dia semangat dan ceriakan dia, saya pun minta nombor handphone dia. Dapat.

Esok pagi, saya pun wish good morning dan masa itu mulalah sesi berbalas mesej sehinggakan keluar dating naik komuter. Kemudian, kami pun keluar sehingga pertemuan kali ketiga rasanya, saya bawa ibu saya berjumpa dengan famili dia untuk bincang perkahwinan kami. Masa itu, famili wife saya balik kampung di Sauk, Kuala Kangsar. So, senanglah saya bawa ibu saya ke Sauk, Kuala Kangsar sebab kami tinggal di Sungai Bakap, Penang saja.

Perbincangan berlaku antara ibu dan famili dia dengan rancaknya. Famili dia pun baik-baik belaka. Kata putus diambil tunang sebelum akad nikah. Maknanya, tunang dulu kemudian terus akad nikah. Semua setuju untuk majlis diadakan pada 10hb Mac 2012. Kalau korang nak baca mengenai berapa lafaz kabul saya, boleh baca di SINI. Kalau nak baca dan tengok gambar sanding saya, boleh baca di SINI.

Sekarang saya dan wife saya dah kahwin serta wife saya pun dah berbadan dua. Jodoh depan mata saja tapi kami tak pernah nampak atau perasan. Yang pasti, medium sosial facebook yang menyatukan kami berdua. Terima kasih Facebook. Hehehe.

p/s : Hidup bujang dan hidup berkeluarga ini memang sangat berbeza. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

17 comments:

  1. hehe, ambil tajuk lagu najwa latif

    ReplyDelete
  2. sweet sngat kan?
    jdoh itu rhsia Allah.
    smge bbhgia.amin.
    (^.^)

    ReplyDelete
  3. kalau sudah tertulis jodoh pertemuan...... senang aja perjalanannya....

    ReplyDelete
  4. Err, akak ada pertanyaan. Masa wife Nasz kata bosan tu, dia dah break, tapi Nasz belum break kan...? What happenned to your relationship? Tak break kan dulu ke sebelum dating?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu memang dah break pun. saya pun masa tu single lagi. huhu.

      Delete
  5. wahh..tahniah!
    sweetnye..
    sekarang ni dah pnggil, minggu destini siswa (MDS)
    hehe..btw abg nasz, sy dah brtukar url.
    http://cikgadiscengeng.blogspot.com/
    url lme mmg tak pakai dah.. :)

    ReplyDelete
  6. Eh,eh..wife nasz org kuala ke?sama ngan akak..parent akak asal k.kangsar..pdg rengas & manong.. :)

    Akak kenal ngan husband pun melalui internet.masa kitaog,belum ade fb,friendster je..

    ReplyDelete
  7. ini bukan cinta muka buku ,ni perkhawinan muka buku hehe tahniah walau dah terlambat :P

    ReplyDelete
  8. ramai org skeptikal dengan cinta melalui media sosial..tapi sebenarnya ramai yg bertemu jodoh melaluinya..tapi zaman saya dulu kami takde fb..kami irc..haha..tok kadok gila!

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...sronok mendgrnya..smoga sentiasa dimurahkan rezeki u olls

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..itulah dikatakan jodoh kan?

    ReplyDelete
  11. taw takpa..kadang kita tak sedar pun..dah lama berkawan..even kawan gitu2 je..tak sangka dia adalah jodoh kita..depan mata je pun..tapi tak perasaan. Allah Maha Besar.. :)

    Orang kata..hidup single dgn berdua beza..hidup berdua lagi best..nikmat perkhwinan katanya..ek? hahaha..haishh..nie yg nak kawen jugak nih..;p

    ReplyDelete
  12. dah ramai yg bertemu jodoh melalui laman sosial ni.
    Alhamdulillah kalau perkenalan di situ membawa ke jinjang pelamin.

    ReplyDelete
  13. wow! so sweet..cinta muka buku rupanya...

    ReplyDelete