Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, May 30, 2011

DARING DAN DASAT!!! MUZIK VIDEO PREMA YIN - MARILAH




Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Sori lama gak tak updated blog.  Saya ada kenduri kahwin sepupu di Tampin.  Di sana tiada line sangat.

Tadi saya belek-belek wall rakan-rakan facebook, terjumpa Muzik Video Prema Yin ni. Tajuk lagi Marilah.

Layan tengok jap.  Daring dan dasat.  Huhu. Speechless gak la sebab tak pernah tengok Muzik Video macam ni kat Malaysia.

Korang tengok la sendiri dan jangan lupa bagitau pendapat korang ek?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, May 23, 2011

MINDA ... TEMPAT SETIAP PERKARA YANG KITA NAK BUAT BERMULA...


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Korang perasan tak bila kita nak buat sesuatu, kalau minda kata tak mungkin, benda tu jadi tak mungkin?

Pada pandangan saya, apa yang minda kita fikir tentang kita, maka apa yang minda kita fikir itulah yang akan terjadi kepada kita.

Contohnya, sejak dari kecil lagi kita fikir kita bodoh, maka kita akan jadi bodoh.  Minda kita ada potensi yang sangat besar dalam kehidupan kita.

Sebab itu lah kita digalakkan berfikiran positif.  Kalau kita sentiasa berfikiran negatif, maka negatiflah kehidupan kita.  Kadang-kadang fikiran negatif ni boleh membawa kesakitan seperti sakit kepala, tak ada selera makan dan macam-macam lagi.

Kalau korang baca buku-buku motivasi, kebanyakkan bab pertamanya berkaitan dengan cara kita berfikir.  Itu setakat buku yang pernah saya baca.  Semua mencadangkan perkara yang sama.  Kalau minda kita tidak berminat untuk buat sesuatu seperti Buat Duit Online, maka apa yang kita buat akan gagal.

Oleh itu, untuk buat sesuatu, setkan minda kita dan percaya yang apa kita buat akan berhasil.  Pada masa yang sama, jangan buat kerja separuh jalan.  Kena berusaha secara berterusan.  Orang-orang yang pernah berjaya sebelum ini pun bukan berjaya dalam sekali cuba tetapi melalui berkali-kali kegagalan.

Jangan takut gagal sebab kegagalan itu yang paling berharga.

Selamat berjaya rakan-rakan blogger dalam dunia maya ini.  Sama-sama kita berusaha mengubah minda kita ke arah yang lebih positif dan gembira.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, May 21, 2011

5 BE TENGAH RUNNING...DAPAT BE KETIGA BULAN MEI 2011...


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Hari ni dapat 1 lagi BE untuk bulan Mei 2011 menjadikan BE ketiga.  BE ketiga itu adalah "Hong Kong Disneyland 2 LR".  Huhu.  Terima kasih Nuffnang sebab still sudi bagi BE pada saya.

Sekarang ini di blog saya tengah running lima (5) BE iaitu "Proton Exora (BM) LR", "KFC Chicken Chop LR", "World Milk Day 2011 LR", "IKEA Bedroom Contest LR" dan "Hong Kong Disneyland 2 LR".


Gembira sangat-sangat.  Sebab Nuffnang still sudi bagi BE pada blog saya ni.  Saya bersyukur sebab diberikan rezeki ini. Harap Nuffnang bagi BE lagi pada saya.  Huhu....

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, May 20, 2011

1 JUTA TRAFIK KE BLOG?! BOLEH KE?!




Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Hari ini saya nak kongsi web traffic yang berikan jaminan sebanyak 1 Juta Pelawat ke blog kita secara percuma.

Boleh percaya ke?

Saya pun terus melawat ke website tu.

Rupa-rupanya website ini menggunakan Sistem 6 Peringkat atau 6 Links Sistem.  Saya telah buat screen shot sebagai contoh di bawah:



Cuba korang tengok screen shot kat atas. Apa pendapat korang? Boleh dapat 1 Juta Pelawat ke blog tak?

Korang nak tau apa pendapat saya?  Tak ada apa yang mustahil.  So, 1 Juta Pelawat ke blog pasti boleh dapat.  Yang penting jangan putus asa.

Korang nak tahu lebih lanjut dan cara-cara nak join, klik banner kat bawah:



Tak rugi korang try sebab nak join sistem ni PERCUMA.


So, apa korang tunggu lagi?  Jom join ramai-ramai.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, May 19, 2011

JOM NYANYI : Zizan Feat. Dina - Selamat Tinggal (Full HD) Dengan Lirik




Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Jangan biarkan ku menderita di sini
Jangan biarkan ku tersiksa di sini sayang
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Aku menyintai dirimu sayang
Jangan biarkan aku sendiri di sini sayang
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 17, 2011

KERAJAAN MINTA RAKYAT BERSEDIA...SUBSIDI RON95 AKAN DISEMAK BULAN DEPAN!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Sebelum ni harga minyak RON97 sentiasa naik untuk menampung kenaikan harga minyak dunia.  Kemudian, beberapa minggu lepas kita dikejutkan pula dengan kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 dan Subsidi Gula mungkin akan ditarik awal tahun depan.  Saya tulis satu post berkenaan perkara ini.  Korang boleh baca kat SINI.

Baru-baru ini kita dikejutkan pula dengan penyataan yang dikeluarkan oleh Kerajaan berkenaan dengan Subsidi RON95 yang akan disemak bulan depan.  Kemungkinan untuk harga RON95 naik memang ada dan yang pasti untuk turun memang tak ada. Haha..ini apa yang saya sentiasa lihat berlaku.

Tapi apabila harga minyak RON95 ini naik, maka yang pasti, harga barang-barang lain akan naik.  Para peniaga terpaksa menanggung kos pengangkutan yang akan meningkat.  Itu statement yang selalu keluar.

Harap Kerajaan dapat mempertimbangkan kadar kemampuan rakyat sebelum ambil keputusan untuk naikkan harga minyak RON95 (kalau Kerajaan ambil keputusan naikkan harga minyak RON95).

Ini pendapat saya, kalau rakan-rakan blogger lain ada pendapat lain, boleh drop kat ruangan komen kat bawah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, May 16, 2011

KEMPEN JOM BERTUKAR LINK ...


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Terima kasih banyak-banyak kerana masih sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni.

Kali ni saya nak buat kempen Jom Bertukar Link dengan blog saya.  Pertukaran link ini dapat membantu dalam meningkatkan trafik ke blog rakan-rakan blogger masing-masing.

Senang je caranya.  Rakan-rakan masukkan link blog saya ini (http://mohdnaser.blogspot.com) ke dalam blog rakan-rakan blogger.  Pastu, rakan-rakan blogger maklumkan saya di bawah komen kat bawah sambil letakkan link blog rakan-rakan blogger.  Saya akan letakkan link rakan-rakan blogger di side bar saya.

Senang kan? Jom pakat kita sama-sama saling bertukar link dan memberi manfaat kepada sesama blogger.

Bertindak sekarang...

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, May 14, 2011

SUBSIDI GULA MUNGKIN DITARIK SEMULA OLEH KERAJAAN...

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tadi masa menonton Berita di TV3, berita berkenaan Subsidi gula mungkin akan ditarik semula oleh Kerajaan pada awal tahun hadapan selepas perjanjian dengan pengeluar gula yang ditandatangani tamat.

Oleh itu, harga gula mungkin akan meningkat ke paras maksimum dan mengikut harga pasaran.

Penarikan subsidi ni ada baik dan buruknya.  Yang baik adalah dapat kurangkan penggunaan gula dalam minuman dan makanan harian. Oleh itu, penyakit pun akan kurang dan rakyat akan menjadi sihat.

Yang buruknya adalah akan ada effect ke atas semua minuman dan makanan yang mengandungi gula. Dan yang pasti, walaupun harga minuman dan makanan naik, kandungan gula dalam makanan dan minuman tersebut tetap akan dikurangkan.

Pada pendapat saya, Kerajaan perlu mengurangkan subsidi secara berperingkat.  Tak boleh secara mendadak sebab akan ada effectnya nanti.

Ini cuma pendapat saya je.  Kalau kawan-kawan blogger lain ada pendapat, kongsilah kat ruangan komen kat bawah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Blogwalking lebih mudah dengan ...


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Kali ni nak kongsi Blogwalking Widget yang dicipta oleh Dauspozi.  Widget ini memudahkan kita untuk blogwalking ke blog rakan-rakan blogger yang lain.

Kalau korang berminat dan nak disenaraikan dalam bloglist Blogwalking Widget ini, sila klik SINI.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 11, 2011

IU - Suara Manja...BEST!!!



Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Kali ni nak kongsi seorang penyanyi Korea yang suara manja ... IU.

Korang tengok video clip ni dari mula sampai habis dan nilai sendiri suara dia.

Dalam video clip kat atas IU nyanyi 3 buah lagu tapi pendek-pendek je.

Korang dengar dan kongsi pendapat korang kat ruangan komen kat bawah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

YEAY..DAPAT BE UNTUK BULAN MEI 2011!

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Hari ni buka Akaun Nuffnang, ternampak 2 BE baru untuk bulan Mei 2011.  Walaupun BE bulan April still jalan lagi, Nuffnang sudi beri saya 2 BE baru.


Terima kasih banyak-banyak Nuffnang sebab sudi beri BE baru pada saya. Huhu...

2 BE baru yang saya dapat ialah "World Milk Day 2011 LR" dan "IKEA Bedroom Contest LR".

Ada 2 BE bulan yang masih berjalan lagi iaitu "Proton Exora (BM) LR" dan "KFC Chicken Chop LR".

Alhamdulillah. Rezeki saya. Huhu...

Nak BE daripada Nuffnang kena sabar dan usaha tingkatkan trafik blog anda.  Itu yang saya buat. Huhu..

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, May 8, 2011

AWARD UNTUK FOLLOWER KE 300 - NUR HAWA BINTI MOHD ZIN


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Kali ini saya nak mempersembahkan award untuk Follower blog saya yang tidak seberapa ni yang KE 300.  Dipersembahkan Nur Hawa binti Mohd Zin dengan blog nya iaitu http://cahayawanita.blogspot.com.

Terima kasih Hawa kerana sudi menjadi follower saya.  Ini bukti menunjukkan Hawa adalah Follower Ke 300.

Tahniah kepada Hawa.  Makluman, saya akan pilih follower-follower yang bertuah untuk diberi award. Huhu...

Kepada Hawa, sila lah amik pic award di atas dan link kan ke post ini untuk dijadikan Bukti kepada rakan-rakan lain yang anda adalah follower yang bertuah ke 300 di blog saya yang tidak seberapa lagi.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, May 6, 2011

SEGMEN "JOM KONGSI PENGALAMAN SERAM"


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Saya nak mengumumkan Segmen pertama saya iaitu "JOM KONGSI PENGALAMAN SERAM".

Setiap orang mesti ada pengalaman seram kan? Saya suka baca cerita-cerita seram.  Antara buku yang saya baca ialah True Singapore Ghost Story.

Syarat-syarat nak join segmen ini ialah:

1. Copy dan Paste picture kat atas dan letakkan kat post dan side bar blog korang berserta link ke post ini.

2. Setiap pengalaman mesti ada tajuk dan mesti ditulis dalam Bahasa Melayu.  Panjang pengalaman tak kisah sebab saya pentingkan isi pengalaman je.

3. Kemudian, pastekan link post entry korang ke ruangan komen post ni.

4. Kalau sudi, follow saya ek? huhu... Tiada paksaan.  Tapi digalakkan follow untuk tahu perkembangan blog ni.

5. Tag seorang atau lebih pun takpe dan pastikan dia atau dorang tahu korang tag dia atau dorang

Segmen ini saya buka dari 6hb Mei 2011 sampai 6hb Jun 2011 jam 11.59 tengah malam.

Setiap pengalaman yang korang kongsikan, saya akan kumpulkan dan jadikan satu eBOOK.  Dalam ebook tu saya akan letakkan:

1. Nama Korang (Nama Pendek pun takpe)

2. Umur Korang (Kalau korang tak nak, takpe)

3. Link blog korang (ini wajib!!!)

4. Lokasi korang (contohnya Shah Alam, Selangor)

Oleh itu, selepas korang tulis pengalaman korang, korang jangan lupa letakkan maklumat di atas ye?

Ebook ni saya akan berikan pada semua blogger secara percuma.  Korang boleh bagi pada kawan-kawan korang.  Disebabkan link korang ada dalam ebook tu, so, secara tidak langsung korang dapat promote blog korang. Kan?...Huhu...

So, korang jangan tunggu lagi.  Join la.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 4, 2011

KORANG RASA HANDSOME/CANTIK KE?


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Sori sebab lama tak update blog saya ni.  Balik kampung dan kat kampung takde internet.  Pakai line handphone tapi terhad connection.  Huhu...

Tajuk kali ni pelik sikit.  Saya tahu ramai rakan-rakan kat luar sana kadang-kadang rasa rendah diri kerana terdapat sedikit kekurangan pada diri.  Ada juga rakan-rakan yang kurang yakin dengan diri sendiri sebab fikir diri sendiri tak cantik ataupun tak handsome.

Sebenarnya rakan-rakan semua cantik ataupun handsome.  Semua orang dijadikan oleh Tuhan dengan kelebihan masing-masing.  Kecantikan ataupun kehenseman bukan diukur dari segi luaran tapi sifat dalaman kita.  Cantik ataupun handsome sifat dalaman kita, maka cantik ataupun handsome la kita.  Kalau buruk sifat dalaman kita, faham sendirilah.

So, saya di sini nak berseru kepada semua rakan-rakan yang rasa rendah diri dan kurang yakin sebab kekurangan fizikal, ingatlah, rakan-rakan sebenarnya cantik ataupun handsome sebab itu semua diukur dari sifat dalaman rakan-rakan sendiri.

Wassalam.

p/s: saya pun kadang-kadang terbabas gak bab-bab macam ni...sebab saya tak anggap diri ni ada rupa tapi ini cara saya nak tingkatkan keyakinan saya tapi pada masa yang sama nak elakkan diri dari sombong diri...sifat yang saya nak sangat-sangat elakkan...huhu..

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka