Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, December 29, 2011

"SEJUK MATA MEMANDANG..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru turun dari Cameron Highland. Pergi dengan kawan-kawan sekolah tunang saya. Hehehe. Dah lama tak pergi Cameron Highland ni. Dulu masa study kat UiTM Seri Iskandar pernah camping kat sini. Memang sejuk. Tambahan masa tu hujan asyik turun dari pagi sampai malam. Malam tidur pun sejuk sampai menggeletar. Pakai dua helai jaket pun takde effect.


Tapi memang indah ciptaan Allah. Sejuk je mata memandang. Udara pun sejuk dan nyaman gak.


Best!


Korang pernah datang sini tak?


p/s : Beli buah sikit bawa balik. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"LUNCH DENGAN NASI AYAM KFC"

Sedapppp!!!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"TAHUN 2011 SEMAKIN MELABUHKAN TIRAINYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tahun 2011 semakin sampai masa untuk melabuhkan tirainya. Di belakang tirai tahun 2011, pelbagai kenangan manis, pahit, masam, masin dan macam-macam rasa lagi. Dari awal tahun iaitu Januari hingga hari ini - Penghujung bulan Disember, macam-macam telah berlaku. Tak kiralah secara personal ataupun secara umum.


Jom kita imbas balik segala kenangan yang berlaku dalam tahun 2011 sebelum kita terus melangkah untuk membuka tirai tahun 2012. Di belakang tirai tahun 2012 yang masih kosong tu, jom kita rancang apa yang ingin kita hiaskan.


Jom.


p/s : Teringat kenangan yang lucu buat saya nak tergelak. Pastu, rindu nak kembali ke masa tu.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, December 28, 2011

KATA-KATA HIKMAH : "NEVER TELL YOUR PROBLEM..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Ada kebenarannya. Betul tak korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, December 24, 2011

"BONUS 9 BULAN?"

Assaamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru tadi terdengar perbualan di radio Era FM berkenaan seorang perempuan baru dapat durian runtuh dengan bonus 9 bulan gaji. Memang betul-betul runtuh durian tu.


Korang bayangkan kalau gaji dia sebulan RM1,500. Kali 9 bulan, dapat berapa ek? Korang kira sendirilah ye? Tapi bila kakitangan awam dapat bonus setengah bulan gaji pun ramai mula mengeluarkan 'kata-kata'. Berapa sangat bonus setengah bulan gaji berbanding dengan yang dapat bonus berbulan-bulan-bulan gaji tu?


Apa-apa pun itu rezeki masing-masing. Yang penting bagaimana kita belanjakan bonus kita dapat tu je. Terpulang kepada diri sendiri.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, December 23, 2011

"SUSAH SANGAT KE NAK RESPECT ORANG LAIN?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang jumpa macam ni?

"Engkau kena respect aku. Nak aku respect engkau, jangan haraplah"

Orang macam ni memang wujud. Sama ada ayat kat atas disebut secara depan orang lain dengan penuh ketaksuban terhadap diri sendiri ataupun ayat tu disebut dalam hati je. Kadang-kadang, orang macam ni tunjukkan maksud ayat kat atas dengan perbuatan dan mimik muka. Saya rasa korang boleh bayangkan kan?

Saya rasa kalau nak orang lain respect kita, kita patut respect orang lain dulu. Tak semestinya kena respect sampai sembah cium kaki dia. Respect dia sebagai seorang manusia yang sama seperti kita pun dah cukup. Walaupun kita ni lebih tinggi jawatan, bila kita asyik buat sombong dan bangga diri, orang lain pun dah hilang rasa respect dorang kat kita. Pastu, bila jumpa kat tepi jalan dan masa tu kita ada masalah misalnya kereta rosak, orang tu berlalu pergi je sebab rasa meluat dan xlalu nak tolong kita.

Susah sangat ke nak respect orang lain?

p/s : Sekarang ni anak-anak pun dah tak respect ibu dan ayah. Boleh baca dalam berita dalam suratkhabar.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, December 22, 2011

"WANG KERTAS MALAYSIA VERSI BARU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Semalam lagi dah heboh pasal rupa duit Ringgit Malaysia yang baru ni. Saya rasa ramai dah baca pun. Ramai gak dah tengok. Design dan ciri keselamatan duit versi baru ni pun dah ditambah baik rasanya.


Rupa duit versi baru memang happening. Macam-macam warna dan saya rasa bila tengok gambar kat atas tu, saiznya mungkin kecil sikit dari saiz duit yang baru.


Tapi, duit ni tetap sekeping yang diperakukan nilainya oleh Kerajaan yang memerintah. Duit ni tak laku kalau Kerajaan yang memerintah tak perakukannya. Duit ni tak laku bila kita ke luar negara dan tak covertkan duit Ringgit Malaysia tu kepada matawang negara tu. Mana boleh kita belanja di luar negara gun Ringgit Malaysia. Memang dorang takkan terima.


Apa-apapun, untuk saya yang tak ada lagi peluang untuk ke luar negara, duit ni adalah sebagai medium pertukaran yang diperakukan untuk berbelanja dalam Malaysia ni.


p/s : Harap dengan tercetaknya duit baru, tak naik la interest asas sebanyak 6.60 yang dikekalkan oleh bank negara. Kalau naik, meranalah rakyat sebab kena tambah beban bayar pinjaman yang bertambah.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, December 21, 2011

"TALI PINGGANG PENYELAMAT NYAWA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru-baru ini, salah seorang rakan sekerja saya eksiden. Kereta dia memang teruk sangat-sangat. Enjin pun blow. Mengikut pengakuan dia, dia nak mengelak anjing yang melintas jalan tapi terbabas dan terlanggar tiang elektrik.


Keretanya memang hancur teruk tapi nasib baik dia selamat. Dia selamat sebab dia pakai tali pinggang tempat duduk. Alhamdulillah. Dia selamat dan langsung tiada luka. Tapi tempat tali pinggang tu agak sakit sikit sebab mungkin hentaman kereta dengan tiang elektrik tu dan tali pinggang tu menahan dari dia terpelanting keluar.


Cuba korang bayangkan kalau dia tak pakai tali pinggang pada masa tu? Nasihat saya, bila drive kereta, pakai la tali pinggang ye?


p/s : Dah macam iklan keselamatan jalan raya plak kan? Takpelah, asal dapat sedarkan rakan-rakan kita je.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 18, 2011

CERITA SEDIH : "MAAFKAN ABANG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Terfikir nak buat satu cerita sedih. Korang jemputlah baca ye?


Suatu hari, sepasang couple bergaduh besar. Masa si lelaki hantar perempuan balik ke rumah, perempuan keluar kereta dan masuk ke rumah tanpa pandang lelaki tu sebab terlalu marah.


Lelaki tu sebenarnya datang dari jauh untuk berjumpa dengan perempuan tu sambil mencari barang-barang hantaran perkahwinan dorang. Lelaki tu pun drive balik malam tu.


Selang beberapa jam, tiba-tiba lelaki tu sms perempuan tu.


Lelaki : Sayang, abang minta maaf ye?


Si perempuan yang masih marah tu menjawab,


Perempuan : Pergi matilah. Tak hingin aku nak tengok muka jantan tak guna macam kau.


Lelaki : Sayang maafkan abang, sayang takkan tengok muka tak guna abang lagi. Maafkan abang ye?


Perempuan : Kalau macam tu. Aku maafkan kau. Jangan kacau aku dah. Blah la kau dari hidup aku.


Lelaki : Terima kasih sayang. Abang doakan sayang jumpa lelaki lebih baik daripada abang. Selamat tinggal sayang.


Si perempuan yang masih marah tu terus buat tak tahu sms terakhir yang dihantar oleh lelaki itu. Si perempuan terus tidur dengan nyenyaknya.


Esoknya, tiada sebarang berita tentang si lelaki tu. Lusa dan seterusnya berlalu begitu saja. Si perempuan menyangka memang si lelaki tu tak sayangkan dia pun.


Selang beberapa minggu, si perempuan ni jumpa kawan si lelaki tu. Dorang pun bersembang.


Kawan Si Lelaki : Engkau dah tahu ke?


Perempuan : Tahu apa?


Kawan Si Lelaki : La... Engkau tak tahu ke?


Perempuan : Tahu apa ni?


Kawan Si Lelaki : So, memang engkau tak tahu la ni. Aku tak boleh bagitau sebab ini wasiat boyfriend engkau.


Perempuan : Wasiat? Wasiat apa plak ni?


Kawan Di Lelaki : Aku tak sampai hati plak tak bagitau engkau. Macam ni la. Engkau dengar ni bukan dari mulut aku k?


Perempuan : Ye la. Apa dia? Bagitau cepat.


Kawan Si Lelaki : Ok. Engkau banyak bersabar lepas dengar ye? Sebenarnya boyfriend engkau dah meninggal malam korang bergaduh besar. Masa dia hantar sms kat engkau tu, dia tengah tersepit kat dalam kereta dia. Dia nak engkau lupakan dia. Aku minta maaf tak bagitau engkau awal-awal. Boyfriend engkau bagitau jangan bagitau engkau.


Si perempuan terus terpaku. Macam-macam rasa dia rasa. Rasa nak pengsan. Rasa nak meraung. Rasa nak menangis sekuat hati. Macam-macam lagi la. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur. Benda dah jadi.


p/s : Ini cerita rekaan je ye? Cuma peringatan untuk hargai orang yang kita ada sebab ajal bila-bila masa akan datang. So, sesiapa nak share kat blog korang, silakan.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, December 17, 2011

"BEEF PROSPERITY BURGER"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru lepas menjamah Beef Prosperity Burger di McDonald Jusco Bukit Tinggi Klang Selangor. Pedas giler black pepper dia. Syok habis.


Nafsu makan kuat sangat sampai terlupa nk snap picture. Xpelah. Snap gambar kertas iklan dalam talam pun boleh la ek? Hehehe.


p/s : Tunggu Chicken Prosperity Burger plak. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"WAH..BANYAKNYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tengah drive, ternampak satu pacuan empat roda penuh dengan buah faveret saya - Durian. Terus secara spontannya saya cakap dalam hati saya,


"Wah... Banyaknya"


Teringin plak nak makan durian. Hehehe.


Sape suka makan durian, cepat bagi saya sikit.


p/s : Geram tengok buah durian banyak-banyak ni. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

SANTAI MINDA : "KENA PENAMPAR SEBAB NAK PAKAI TUDUNG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama tak share santai minda. So, korang bacalah santai minda kali ni untuk ringankan sikit kepala korang yang tengah kusut tu k?


Ceritanya begini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takde siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

*Sumber Facebook

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, December 16, 2011

"KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya minta maaf sebab tak updated macam selalu. Sebenarnya saya baru balik dari Program MyDaftar Orang Asli di Kampung Sungai Kejar, Grik, Perak. So, dalam kampung tu memang takde coverage langsung. Nanti saya story pengalaman saya kat sana ye?


Percaya tak apa yang kita fikir tentang diri itulah diri kita? Bila kita fikir kita seorang loser, maka jadi loser la kita. Kalau kita fikir kita terbaik, maka terbaiklah kita.


Macam mana boleh jadi macam tu plak? Minda kita adalah teras segalanya. Bila minda kita berfikir sebegini, sebeginilah jadinya diri kita. Minda mempengaruhi segala tindakan kita buat secara sedar mahupun secara tidak sedar.


Allah kurniakan akal kepada manusia. . Manusia tu adalah kita. Tapi, kita kadang-kadang tak ikut telunjuk kita tapi lebih kepada turutan nafsu. Kalau korang tak percaya, sebelum tidur malam ni, korang imbas balik apa yang dah buat satu hari ni.


p/s : Sebenarnya entry ini lebih kepada ingatan untuk diri saya sendiri.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 11, 2011

BEST KE OMBAK RINDU?

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera rakan-rakan Blogger semua.

Sekarang ni tengah hangat dengan movie hasil air tangan Pengarah Movie Lagenda Budak Setan - OMBAK Rindu. Sebenarnya saya pun tak tengok lagi. Hehehe.

Tapi ramai yang kata best. Ada yang kata sampai mengalir air mata. Ada yang sampai tengok lebih Dari 8 Kali. Apa pun saya belum lagi tengok movie ni.

Bila saya nak tengok? Entah la.

Terfikir gak la, bila kita teringat dosa-dosa kita buat dulu, kita akan menangis gak ke?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, December 10, 2011

"LUBANG DI DINDING HATI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Cerita ni saya dengar masa Perhimpunan Bulanan Bil 4/2011 JPN Perak yang diadakan pada 1 Disember lepas. Diceritakan oleh Encik Sidik iaitu Ketua Bahagian Siasatan Dan Kuatkuasa. Menarik gak cerita ni dan saya rasa patut dikongsikan dengan rakan-rakan blogger semua.


Ceritanya lebih kurang macam ni. Saya cerita ikut apa yang saya ingat je la ye? Hehehe.


Di sebuah rumah, tinggal seorang anak dan ayah. Anak ini seorang yang sangat pemarah. Tak boleh silap sikit, mesti mengamuk. So, si ayah pun memberikan satu tukul dan sebekas paku sambil berkata:


"Anakku, apabila engkau berasa marah, engkau gunakanlah tukul ini dan pakukan ke dinding di belakang kita ini"


Si Anak pun mengikut kata-kata ayahnya. Setiap kali berasa marah, si anak terus memakukan dinding di belakang rumahnya. Si anak berasa bila berbuat begitu. Rasa marahnya hilang. Kemudian, bila berasa marah, si anak memakukan lagi dinding tersebut. Hal ini berlaku selama bertahun-tahun sehingga si anak tidak lagi memerlukan tukul dan paku untuk melepaskan kemarahannya. Si anak telah mampu mengawal perasaan marahnya.


Kemudian, si anak mengambil keputusan untuk mencabut kesemua paku yang dipakukan sebelum ini. Setelah habis semua paku dicabut, si anak memanggil ayahnya. Si ayah berkata sambil melihat dinding yang berlubang-lubang itu:


"Anakku, walaupun engkau mencabut kesemua paku-paku di dinding ini, tapi dinding ini telah berlubang-lubang. Ia tidak akan sama seperti dulu"


"Apa yang ingin ayah katakan kepadaku?"


"Apabila kita marah kepada seseorang, hati orang akan terluka. Walaupun kita meminta maaf selepas itu, hatinya masih terdapat parut seperti lubang-lubang di dinding ini"


Kesimpulannya, cubalah sedaya upaya untuk mengawal marah kita. Sebab apabila kita marah, kita takkan perasan hati siapa kita lukai.


p/s : Saya kongsikan cerita ini bukan sebab saya perfect sangat. Sebagai manusia, saya mudah lupa. Sekurang-kurangnya saya abadikan di sini untuk peringatan diri sendiri dan perkongsian dengan kawan-kawan blogger semua. Kalau nak share, ambillah. Sebarkan untuk kebaikan kita bersama.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, December 9, 2011

"MAKIN KURANG..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya baru lepas Solat Jumaat tadi. Kebiasaannya ruang solat sebelah dalam penuh dan sesiapa yang terlambat macam saya, mesti duduk di luar. Tapi hari ni ruang solat sebelah dalam pun tak penuh. Agak terkejut gak.


Saya terkenang semasa saya belajar di Penang Free School dulu. Kami Solat Jumaat di Masjid Negeri Pulau Pinang. Masa saya junior, memang ikut peraturan. Bila saya dah senior, memang nakal. Saya akan menyorok dalam almari tak nak pergi Solat Jumaat. Tak pun, saya dan kawan-kawan berjalan ke masjid sebab warden pantau. Lepas warden hilang dari pandangan, kami sanggup patah balik tidur dalam bilik.


Nakal betul saya kan? Hehehe. Korang ada nakal macam saya ni? Kongsilah.


p/s : Memang nakal pun saya masa belajar di Penang Free School dulu. Tapi saya berlakon baik depan warden dan cikgu. Sampai jadi student kesayangan PK HEM dan cikgu disiplin. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"ALHAMDULILLAH...DAPAT CEK NUFFNANG KETIGA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakn blogger semua.


Petang kelmarin saya balik kerja, ternampak satu sampul surat putih terselit kat post box rumah sewa saya. Hairan gak sebab bil telefon dan astro dah pun dapat. Ini bil apa plak?


Saya pun capailah surat tu dan buka. Rupa-rupanya dah dapat cek Nuffnang. Ini adalah kali ketiga. Alhamdulillah. Dapat la dalam RM100. Cukuplah untuk tampung sikit kewangan saya.


Terima kasih la Nuffnang untuk cek kali ketiga ni. Kalau ada campaign lagi, letaklah banyak-banyak kat blog saya ye? Hehehe. Tak lupa gak kepada semua pembaca blog saya yang tak seberapa ni. Sila terus membaca k?


Terima kasih semua.


p/s : Bila la nak dapat cek Nuffnang keempat ek? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, December 8, 2011

"KELUAR ISLAM UNTUK ANUT AGAMA BUDDHA?"

Asalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru sempat baca surat khabar. Busy gak. Terbaca satu berita dalam Harian Metro mengenai "Dua Beradik Mohon Keluar Islam - Tangguh Kes 18 Januari".


Tengah fikir apa sebab dorang ni nak sangat anut agama lain. Agama Islam tu dah cukup indah. Dah cukup sempurna. Tapi dorang tetap pilih agama lain.


Mesti ada sesuatu yang berlaku ni. Ataupun iman dan hati dorang dah lemah dan tak percaya kepada Allah.


Pendapat korang kenapa perkara macam ni terjadi? Jom kongsi.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, December 7, 2011

SEGMEN BLOGLIST AYUINSYIRAH : JOM JOIN BLOGLIST AYUINSYIRAH

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama sangat tak join apa-apa segmen. Tiba-tiba AyuInsyirah jemput join segmen bloglist dia. Rasa rajin plak malam ni join bloglist dia. So, termuncullah entry ni. Hehehe.

Simple je syaratnya tapi saya nak bercerita merapu gak. Hehehe. Sila baca sampai habis tau? Ini paksaan.

Suatu petang yang hening, seekor Kancil berlari-lari keriangan di sebuah hutan belantara nun jauh ke dalam rimba yang menghijau. Sang Kancil melompat-lompat kegirangan sambil menari salsa dan break dance. Kenapa Sang Kancil ni hepi sangat ye? Jom kita tanya dia.

Saya : Assalamualaikum.

Kancil : Waalaikummussalam.

Saya : Nak tanya sikit boleh?

Kancil : Sikit je. Apa dia?

Saya :  Awat hang hepi sangat ni?

Kancil : Entah.

Itulah jawapan Sang Kancil. So, itulah ceritanya.

Camne? Ok tak? Hehehe.

Segmen Bloglist ni tutup 12.12.2011 jam 11.09 malam.

p/s : Pengumuman kepada semua pemenang Giveaway Simple : Keychain Dari Padang Besar, maaf lambat poskan hadiah. Esok pagi saya akan pos ye? Harap bersabar. Terima kasih.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"MAKAN MALAM - NASI AMBENG DENGAN AYAM GORENG BERLADA"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa teringin nak makan nasi ambeng. So, saya pun drive la sampai ke Pasar Malam Batu 20 untuk beli nasi ambeng ni. Susah nak dapat. Tapi disebabkan keteringinan sangat, saya pun sanggup drive. Tak jauh pun. Hehehe.

Nasi ambeng ni terdiri daripada nasi putih, bihun goreng, mee goreng dan kelapa goreng. Yang ayam goreng berlada tu kira tambahan la kot? Saya teka je. Hehehe.

So, sape yang pernah try, cuba bagi pendapat korang. Yang tak try lagi, pergi try cepat dan bagi pendapat gak. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, December 6, 2011

"TAKDE KERJA KE ATAU KERJA GAJI SIKIT?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Jarang sekarang ni updated blog. Busy dengan pelbagai kerja. Last month macam-macam event kena attend. Bulan ni pun macam-macam event kena pergi gak. Tapi takpe, pengalaman ni bukan senang nak dapat kan? Kalau tak pergi, takde la pengalaman. So, rugilah.

Ini cuma pendapat saya je k? Jangan nak santau atau sentap dengan saya plak. Bagi saya, kalau dapat kerja gaji sikit pun, saya sanggup kerja daripada takde kerja langsung. Kenapa saya fikir camtu? Sebab bagi saya, walaupun gaji sikit mana pun, ia tetap berharga. Apa yang berharga? Pengalaman kerja.

Saya pernah kerja 12 jam dengan bergaji sehari RM4.00 saja. Ini memang pengalaman saya. Memang macam kejam tapi bila fikir balik, bagus gak sebab saya belajar something. Apa yang saya belajar? Saya belajar bukan mudah untuk dapatkan duit.

Cuba bayangkan masa tu saya takde kerja? Boleh ke saya yang tak buat apa-apa kerja dapat RM4.00 sehari? Sekarang ni, saya tengok ramai yang tak nak kerja yang gaji sikit dan sanggup tak kerja. Duduk rumah, goyang kaki dan nanti mak ayah kejutkan untuk bangun makan. Pastu tidur balik.

Bila disuruh cari kerja, macam-macam alasan.

"Mana boleh, saya ada degree. Takkan nak kerja kilang je"

"Bagi la saya rehat dulu. Nanti saya carilah kerja"

"Penat tau belajar? Nak rehat sebelum cari kerja pun tak boleh"

"Tengah tunggu kerja cari saya ni"

Bab nak bagi alasan ni, memang expert. Rasa tak payah nak belajar tinggi-tinggi untuk cari alasan. Memang semua orang mampu buat. Kan? Hehehe.

Korang rasa camne plak?

p/s : Busy betul sekarang ni. Banyak betul kerja. Tapi, Alhamdulillah. Masih ada kerja.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, December 5, 2011

"LAMBATNYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Pagi dalam pukul 11.50 pagi, saya ke satu bank ni. Tak perlu lah sebut bank apa. Saya nak bank in duit untuk adik saya yang belajar di UiTM Arau. Dah isi borang semua, saya ambil nombor giliran.


"Lebih kurang 10 orang. Sekejap je ni"


Saya pun duduklah. Kemudian, saya terasa serangan aura mengantuk yang memengantukkan saya. Saya pun tutup mata layan mengantuk saya tu. Hehehe.


Korang bayangkan 4 kali saya bangun dan tidur balik tapi nombor giliran saya tak naik. Saya yang muka senyum ni terus cuba senyum tapi senyum yang dapat dilekatkan kat muka saya, senyuman pura-pura.


Mesti korang fikir, kenapa tak guna cash deposit machine? Masalahnya takde. Kebanyakan bank ni saya pergi memang tak ada cash deposit machine. Kalau ada pun, memang sangat-sangat jarang. Tapi saya tak pernah jumpa pun.


Dekat pukul 12.55 tengah hari, baru nombor giliran say naik. Sekejap je proses untuk deposit duit tu. Kalau ada mesin deposit lagi cepat.


Kan? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 4, 2011

"KAGUM DENGAN BINAAN MASJID UBUDIAH KUALA KANGSAR"

Assalamulaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Kagum dengan binaan Masjid Ubudiah. Baru lepas melaksanakan perkara terpenting dalam hidup saya.


Korang rasa apa dia? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, December 1, 2011

"SAYA BACA BLOG AWAK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Hari ni saya ada meeting ketua-ketua pejabat di JPN Ipoh. Tapi, ada perhimpunan Bulanan yang terakhir untuk tahun ni. Lepas perhimpunan tu, meeting pun bermula. Meeting mula hari ni hingga esok petang baru habis.


Best ke meeting? Biasa je. Dah namanya meeting kan? Bukan dating. Hehehe. Tengah kusyuk (kusyuk la sangat. Padahal mata dah kuyu je). Terasa nak buang air kecil plak. So, saya dengan pantasnya bangun untuk ke toilet. Alang-alang nak ke toilet, boleh terus basuh muka sikit. Kan? Hehehe.


Tengah jalan tu, tiba-tiba salah seorang pegawai tegur saya,


"Naser, saya baca blog awak"


Saya terkejut gak. Terkedu sebab blog picisan saya ada gak pegawai sudi baca. Hehehe.


Itu je nak bagitau tapi mukadimah panjang lebar kan? Hahaha. Korang sabar je la k?


p/s : Ngantuk betul la tadi meeting. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka