Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label isteri. Show all posts
Showing posts with label isteri. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

JANGAN SAMPAI AIBKAN SUAMI SENDIRI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya faham hampir semua orang suka bergurau dan berjenaka. Sampaikan sekarang dah ada program Maharaja Lawak Mega di Astro. Saya faham dan memang saya pun suka ketawa serta berlawak supaya orang lain ketawa. Tapi, mungkin kena la berhati-hati supaya sampai mengaibkan suami sendiri.

Sebenarnya saya secara tak sengaja layan Program Primadona di Astro mana saya tak ingat sebab saya tukang layan tengok je. Tajuk Rancangan Primadona pada waktu itu adalah 'Queen Control'. Ada 4 orang host untuk rancangan ini. Dorang jemput beberapa artis untuk sembang dan bincangkan tajuk tersebut.

Cuma saya tak berapa gemar bila seorang artis ini bercakap seperti mengaibkan suami sendiri. Saya faham dia bergurau supaya rancangan ini menarik tapi mungkin kena hati-hati sikit. Sepatutnya seorang isteri kena jaga maruah suaminya sebab suaminya adalah ketua keluarga. Isteri dapat bekerja pun di atas izin suami. Kalau suami tak izinkan, isteri tak boleh kerja sebab suami tak redha (Perbetulkan saya kalau saya salah).

Saya harap si dia dah minta maaf kat suami dia. Saya bukan nak burukkan sesiapa, cuma nak ingatkan kepada diri saya sendiri saja. Kita manusia, pasti akan buat salah juga. Kita takkan boleh lari dari kesilapan tapi kita boleh belajar dari kesilapan kita dan orang lain.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, January 1, 2013

RISAU KENA JAUNDIS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi nurse dapat rumah untuk check ibu dan puteri kesayangan kami di rumah. Isteri saya berpantang di Klang, rumah kakak ipar saya sebab ibu mertua saya ada di sini. Nurse tu check puteri saya dan diberitahu dah ada tanda-tanda awal untuk kena 'Jaundis' ataupun 'Kuning'.

Jaundis ini menurut apa yang saya baca dalam buku kesihatan dan perkembangan bayi yang diberi oleh pihak hospital, ia biasanya berlaku kepada bayi yang baru lahir. Bahaya Jaundis ini boleh sampai menyebabkan kematian.

So, nurse tu minta puteri kami ini dibawa ke klinik kesihatan kapar untuk dibuat pemeriksaan. Risau juga saya dan isteri saya. Harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku kepada puteri kami.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, December 17, 2012

ASAP ROKOK DAN IBU HAMIL...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi saya bawa isteri saya ke Klinik Kesihatan untuk buat check up dan ambil balik buku merah sebab isteri saya ambil keputusan untuk bersalin di Selangor. Lagipun, ini anak pertama kami, memang kami langsung tak tahu apa nak buat. Di Selangor, ada ibu mertua yang boleh bagi panduan dan beritahu apa yang perlu dibuat.

Saya tinggalkan isteri dan kembali ke pejabat. Setelah dah selesai check up, isteri saya pun telefon saya untuk datang ambil dia. Saya pergi ambil dia di Klinik Kesihatan dan terus bawa dia bersarapan di sebuah kedai berdekatan dengan pejabat saya. Ramai juga pelanggan sebab banyak kedai makan tutup hari ini.

Masa tengah makan, ada sekumpulan orang-orang tua dan muda sedang bersembang serta bersarapan juga. Dari perbualan mereka yang saya dengar, rasanya mereka ini orang Bagan Datoh yang dah lama tak balik Bagan Datoh. Dorang nampaknya tersekima dengan perubahan dan pembangunan yang berlaku di Bagan Datoh.

Tiba-tiba tengah saya dan isteri kusyuk makan, hidung terbau suatu bau yang kurang menyenangkan. Saya terus toleh ke arah bau tersebut dan terlibat salah seorang lelaki melayu tersebut tengah hisap rokok dan asap rokok menghala ke arah saya. Saya pun tegurlah,

"Pakcik, ada ibu mengandung di sebelah saya ini. Minta hisap rokok di tempat lain"

Tapi, pakcik yang berada di depan pakcik yang hisap rokok itu yang menjawab,

"Saya tak hisap rokok pun"

Saya terus jawab,

"Bukan pakcik, pakcik ni"

Sambil jari saya menunding ke arah pakcik yang hisap rokok tu. Terus pakcik yang hisap rokok letak rokoknya di sebelah yang satu lagi.

Isteri saya cakap kepada saya,

"Biarlah, orang tua tu"

Saya jawab balik,

"Ini anak kita. Bukan anak dia"

Isteri balas balik,

"Betul juga"

Saya teruskan,

"Asap rokok ini bahaya. Boleh mudaratkan kesihatan.Nanti anak kita sakit, macam mana?"

Isteri diam. Saya pun terus makan dan malas nak pandang ke arah meja yang penuh dengan orang-orang tua tu.

Mungkin muka saya agak garang masa tu. Itulah kata isteri saya. Saya tak perasan tapi kalau melibatkan kesihatan anak saya, mestilah saya akan rasa nak marah. Kalau nak hisap rokok dan bunuh diri sendiri serta ahli keluarga pun, silalah hisap jauh daripada kami. Kami tak mahu disebabkan dorang, anak kami dan kami yang sengsara.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 10, 2012

NAK CARI BUKU PENJAGAAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Minggu ini saya ada mesyuarat di Ipoh. Saya akan stay di rumah mertua saya di Kuala Kangsar 2 hari iaitu Khamis dan Jumaat. Kemudian, Sabtu dan Ahad saya akan balik ke rumah emak saya selama 2 hari juga. Ahad malam baru saya balik Bagan Datoh. Adil la kan? Dua-dua kampung saya balik.

Plan nak pergi Popular atau MPH untuk cari Buku Tentang Penjagaan Ibu Mengandung dan Anak Yang Baru Lahir. Saya ini dah la zero tentang perkara sebegini. Risau tersilap langkah. Kena cari buku ini untuk pastikan tiada kesilapan langkah berlaku.

Biasalah, inikan anak sulung kami. So, memang tak ada pengalaman langsung saya dan wife saya. Saya rasa anak kedua dan seterusnya pun mungkin yang ada pengalaman terkantoi juga. Inikan pula yang sulung. Memang gelabah juga saya nanti.

Harap dapat cari buku itu dan harap buku itu dapat bantu berikan cara yang betul untuk jaga wife saya yang tengah mengandung. Walaupun baru 3 bulan tapi kena prepare awal sebab utama kerana kami memang tak ada pengalaman.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, July 8, 2012

TOLONG WIFE DI DAPUR...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah hari tadi saya busy tolong wife saya di dapur. Nak masak ayam masak kicap dengan kangkung goreng. Oklah tu sebab saya ini bukan jenis memilih makanan sangat. Asal boleh makan, saya telan je. Hehehe.

Saya ni bukan tahu memasak kecuali masak megi. Itu adalah kepakaran saya sejak di bangku sekolah lagi. Hehehe. Korang pun sama juga kan?

Masakan wife saya pun sedap juga. Memang sedap dan seronok bila ada seseorang masak untuk kita. Kalau saya seorang dulu, saya makan je apa yang ada. Asalkan kenyang.

Anyway, saya nak ucapkan terima kasih tersangat banyak kepada wife saya untuk masakan tengah hari yang sedap tadi. Sampai melingkar saya seperti ular sawa kekenyangan. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 16, 2012

REZEKI AWAL...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Di Facebook, ada orang pertikaikan kandungan isteri saya yang dah mencapai 9 minggu 6 hari. Dia bandingkan dengan kandungan dia yang baru 8 minggu. Katanya kandungannya baru 8 minggu dan cuma nampak jantung tapi kandungan isteri saya dah 9 minggu 6 hari tapi dah nampak kaki dan tangan.


Doktor yang isteri saya memaklumkan kepada isteri yang tangan dan kaki bayi dalam kandungan isteri saya itu seperti sedang menari-nari.


Saya bersyukur sebab dapat rezeki awal daripada Allah. Tak semua orang dapat dan ada orang tak puas hati. Mungkin sebab dia dah kahwin awal dari saya tapi baru dapat bayi.


Bagi saya, bersyukurlah sebab dapat juga bayi kalau dibandingkan dengan pasangan menanti berpuluh-puluh tahun tapi tak ada rezeki.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 14, 2012

GAMBAR SCAN BABY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam entry INI, saya beritahu mengenai wife saya dengan emak mertua saya ke Klinik Pakar Wanita di kawasan Klang Selangor. Masa scan perut wife saya untuk check keadaan baby tersebut, wife saya beritahu saya yang doktor yang bekerja di Klinik Pakar Wanita tersebut beritahu due date kelahiran baby sulung saya ini adalah pada 11hb Januari 2013. Tapi, tarikh tu saya rasa cuma jangkaan dan mungkin awal atau lewat sikit.

Saya minta wife saya supaya suruh doktor tu printkan scan kandungan yang baru dia buat. Saya cilok dari wall facebook wife saya. Hehehe.


Mula-mula tercari-cari juga mana dia baby yang wife saya cakap ber'dancing' tu. Bila diteliti dengan setelitinya, baru saya perasan yang objek di tengah-tengah itulah baby kami. Hehehe.

Come to daddy.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 8, 2012

JOM KAHWIN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Memang paling best bercouple selepas kahwin. Best sangat-sangat. Tak percaya? Tanyalah isteri saya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 22, 2012

ANMUM MATERNA...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru ini isteri saya beritahu saya yang dia dah beli satu kotak Susu Anmum Materna. Memang niat saya nak beli susu bagi ibu mengandung kat dia sebab dia pun dah mengandung hampir lebih sebulan. Tapi dia dah beli, baguslah.

Saya pun google dalam internet cari tentang Susu Anmum Materna ini. Susu ini ada kesemua keperluan yang diperlukan oleh badan ibu mengandung.  Isteri saya beritahu dia tak ada masalah untuk minum susu ini. Kadang-kadang ada juga ibu mengandung yang tak boleh minum susu. Dorang rasa tak lalu nak minum susu.

Susu Anmum Materna ini isteri kena minum dua kali sehari. Pagi dan Malam. Sekali bancuh kena letak 4 sudu.

Saya terjumpa entry INI yang ceritakan tentang kebaikan Susu Anmum Materna ini. Siap dengan testimonial daripada ibu-ibu yang pernah minum susu ini.

Saya harap isteri sentiasa sihat dan juga bakal anak saya pun sihat gak. Nervous sebenarnya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, May 18, 2012

SAYA PULA RASA MUAL...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Isteri saya yang berbadan dua tapi saya rasa mual dan tak selesa. Bila saya tanya kawan-kawan di tempat kerja yang dah kahwin, kadang-kadang memang akan berlaku macam ni. Isteri mengandung tapi suami yang rasa tak selesa.


Saya tak kisah sangat sebab isteri saya akan hadapi banyak cabaran sepanjang masa 'mengandung' ni nanti. Saya kena la ambil sikit ketidakselesaan ini. Anyway, tolong doakan kandungan dalam isteri saya sihat hendaknya.


p/s : Hari ini tak ada angin atau ribut, terus bersin tak henti-henti. Last week rasa mual je.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 15, 2012

DEBARAN PENANTIAN ANAK SULUNG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Berdebar rasanya hati ini menanti anak sulung yang bakal tiba. Lambat lagi tapi berdebar gak. Macam-macam muncul di fikiran saya. Mampu ke saya jadi seorang bapa? Mampu ke saya didik anak saya?

Tapi, saya bersyukur sebab Allah kurniakan rezeki awal kepada saya dan isteri saya. Isteri saya dah sibuk baca buku nama-nama yang baik dan dah listkan nama untuk anak kami yang bakal lahir nanti. Begitu terujanya dia. Hehehe.

Saya pula tengah budget untuk beli barang-barang keperluan bayi nanti. Tak lupa juga keperluan isteri saya nanti. Kena juga beli baju yang sesuai untuk dia pakai bila kandungan dia makin membesar. Itu saya tak tahu, kena tanya orang yang lebih berpengalaman nampaknya.

Takpe-takpe. Kurangkan sikit debaran dan teruja ni. Fokus pada yang penting dulu, iaitu isteri saya. Hehehe.

p/s : Masih Teruja lagi ni. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, May 10, 2012

RISAU SANGAT NI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogge semua.

Dua tiga hari ni berlaku sesuatu yang sangat merisaukan saya. Lagi bertambah risau bila saya tak mampu nak buat apa-apa sebab jauh dengan dia. Si dia berada di Klang dan saya berada di Bagan Datoh. Memang setiap minggu saya balik ke Klang tapi sekarang dengan adanya Rondaan 1 Malaysia, saya tak pasti lagi boleh balik minggu ni atau tidak.

Tapi, saya cuba balik sebab risaukan kesihatan si dia. Plan kalau dapat balik minggu ni, nak bawa dia pergi hospital. Tapi, kalau dah sihat, tak perlu rasanya.

Mohon rakan-rakan blogger doakan isteri saya di Klang tu cepat sembuh ye?

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, April 7, 2012

TERIMA KASIH ISTERIKU..

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tengah malam tadi, tepat jam 12.01 tengah malam, isteri saya yang tercinta tiba-tiba masuk dalam bilik dengan sekoyak hadiah sambil nyanyi lagu Happy Birthday. Terkejut gak saya tapi saya buat muka biasa je. Hehehe.


Isteri saya bagi hadiah coklat ferrero rocher, satu bekas kaca yang ada 28 keping note cinta yang digulung, album yang dalamnya ada gambar-gambar kami dari mula kenal sampai dah kawin dengan nota penceritaannya sekali, hadiah misteri yang mesti di rahsiakan dan beberapa pucuk surat cinta yang jiwang sangat. Memang special la sebab daam kotak hadiah dipenuhi dengan bintang kertas yang kecil-kecil berwarna-warni.


Patutlah bila saya sms dengan dia, dia sibuk memanjang sebelum tidur. Rupanya ini kerja dia ek? Hehehe.


Anyway, saya suka sangat hadiah-hadih tu. Terima kasih isteriku yang tercinta. Sayang dia sangat-sangat.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, April 5, 2012

CINA BUTA + PENDAPATAN RIBUAN RINGGIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tadi saya baca berita di muka depan surat khabar Metro berkenaan kerja menjadi cina buta boleh dapat pendapatan ribuan ringgit. Saya pun tertanya gak apa tu cina buta dan macam mana boleh dapat pendapatan ribuan ringgit. Saya terbayang seorang orang cina yang buta masa tu. Tak ada niat nak hina tapi cuma itu yang terlintas di otak bila baca tajuk tu.


Saya pun selak ke muka surat yang memaparkan berita penuh tentang cina buta tu. Rupanya berita tentang pak sanggup yang sanggup kahwin seorang perempuan selama sebulan dan ceraikan perempuan tu untuk dia bersama bekas suaminya semula. Mesti korang tertanya kenapa ada permintaan untuk kerja macam ni? Semua sebab sikap tak boleh sabar suami. Bila bergaduh dengan isteri, dalam keadaan marah, suami lafaz talak 3. So, sudah semestinya jatuh talak 3. Untuk bersama kembali, kena biar bekas isteri kahwin dengan lelaki lain. Pas bekas isteri bercerai dengan suami baru dia, baru boleh bekas suami kahwin balik dengan bekas isteri.


So, untuk para suami semua, kalau bergaduh, janganlah terlepas cakap talak-talak ni, terlepas cakap, tak boleh patah balik dah. Bertolak ansurlah dalam kehidupan rumah tangga.


p/s : Kalau tak ada langsung gaduh-gaduh dalam kehidupan, memang tak mungkin. Gaduh tu kadang-kadang dapat eratkan lagi tali kasih sayang antara isteri dan suami.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, January 8, 2012

"ADA COUPLE TAK PERNAH GADUH DALAM DUNIA NI KE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang jumpa couple yang tak pernah gaduh selama korang hidup? Tak pernah sekali pun dorang gaduh tak kiralah disebabkan oleh benda kecik sekeciknya sampai sebesar besarnya? Saya tak pernah plak jumpa couple macam ni. Kalau ada, baguslah. Semoga dorang bahagia. Hehehe.

Setiap couple mesti pernah bergaduh walaupun gaduh-gaduh manja katakan. Lelaki dan perempuan ni cara berfikir tak sama. Apa yang lelaki fikir walaupun si perempuan tahu tapi dorang tetap akan berfikir cara orang perempuan berfikir. Biasalah. Manusia kan?

Bergaduh ni kalau berjaya diselesaikan akan merapatkan lagi hubungan dorang. Tapi, kalau bergaduh yang boleh bawa mudarat, baik dielakkan atau salah seorang kena la mengalah. Kalau dua-dua tak nak mengalah, sampai bila pun dorang akan bergaduh. So, rugilah sebab mungkin ada berlaku sikit salah faham tapi disebabkan kedua-dua ego dan tak nak mengalah, perkara tak settle la jadinya.

Teringat lagu Arwah P.Ramlee dalam cerita Tiga Abdul masa dia nyanyi dekat Saloma di kandang kuda.

"Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Suami Dan Isteri"

Saya cuma teringat line kat tu je. Sori. Hehehe. Tapi line kat atas ni la yang saya sebenar-benarnya nak highlight.

Ini cuma pendapat saya je. Kalau tak puas hati, sila bangkang di ruang komen kat bawah ye? Silakan. Hehehe.

p/s : Berdebar menanti saat penting dalam bulan Mac 2012 ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 15, 2011

HARGAILAH WANITA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang dalam kereta dengan rakan sepejabat on the way untuk ke Putrajaya. Ada taklimat dan sebelah malam ada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Last minit punga event. Layan je la.

Semua berkumpul kat Ipoh. So, pagi-pagi saya kena turun Ipoh. Parking kereta Kenari kesayangan saya di Ipoh dan konvoi ramai-ramai. Pagi tadi dengar radio Era FM dan tajuk pagi ni tentang "Hargailah Wanita".

Saya sokong tajuk pagi ni. Saya sayang emak saya iaitu seorang wanita. So, kalau nak balas jasa emak saya tu, memang banyak sangat sangat. Apa yang saya mampu buat adalah cuba sedaya upaya untuk gembirakan dia. Nanti saya dah kawin, bertambah la orang saya nak sayang kan?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka