Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Monday, May 13, 2013

HARI-HARI HARI IBU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya perasan ramai juga yang sambut Hari Ibu. Hari yang diadakan untuk mengingati pengorbanan dan memberi penghargaan kepada semua ibu-ibu di dunia. Tapi, buat apa kita nak hargai ibu kita pada hari ibu je kan? Bagi saya, hari-hari adalah hari ibu. Ibu saya gembira pun dah cukup bagi saya.

Seorang ibu juga adalah manusia biasa. Ada perasaan ingin diambil berat dan disayangi. Macam kita juga, kalau tak ada orang ambil berat dan buat tak tahu je pada kita, mesti kita terasa kan? Jadi, jagalah hati ibu kita sebab kalau ibu kita sedih, kita mesti rasa sedih.

Semasa ibu kita masih di sisi kita, kita cubalah jaga dia sebaik mungkin. Kita ni selalu bila ada orang yang kita sayang dekat dengan kita, kita tak peduli sangat. Tapi, bila orang yang kita saya tu pergi jauh, baru kita meraung rindukan dan sayangkan dia. Jangan kita menyesal di kemudian hari. Hargai ibu setiap hari.

Saya mengaku saya bukan jenis tahu untuk tunjukkan perasaan sayang macam cium pipi la dan bagai-bagai lagi. Tapi, jauh di sudut hati saya, saya memang sayang ibu saya sangat-sangat. Kalau boleh, saya nak buat ibu saya sentiasa rasa gembira dan sentiasa senyum.

Ibu saya seorang yang tabah. Ibu saya membesarkan saya dan tiga orang adik saya seorang diri selepas bercerai dengan ayah saya. Saya ingat lagi pekerjaan ibu saya yang mula-mula bila dah balik kampung iaitu kerja mengopek udang. Balik kerja, tangan dan jari ibu habis luka-luka. Demi nak besarkan anak-anak dia, dia sanggup biarkan tangan dan jari dia luka. Kemudian, barulah dia dapat kerja di kilang menjahit baju sehinggalah sekarang.

Jasa ibu memang tak terbalas. Saya tahu saya tak mampu nak balas tapi saya cuba sehabis baik untuk membalas jasa ibu. Terima kasih ibu atas segalanya. Saya akan cuba jadi anak ibu yang terbaik dan sentiasa buat ibu gembira.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, February 5, 2013

RUPANYA MACAM INILAH RASANYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejak ada ada anak ini, baru saya faham beginilah rasanya ibu dan ayah saya nak membesarkan saya. Betapa susah pun dorang tak buang saya sehingga apa yang telah saya jadi hari ini. Masa kita kecil dulu, mana kita tahu apa yang telah kita buat. Menangis tak tentu pasal. Meragam sampai letih ibu dan ayah kita melayan kita.

Tapi, sehingga ke hari ini, ibu saya masih 'simpan' saya. Tak macam ibu-ibu yang saya baca di Akhbar, 'buang' anak sana sini, dera anak, hempas anak malahan bunuh anak sendiri pun ada. Padahal anak itu adalah anugerah dan tanggungjawab kita.

Ibu saya dah banyak berkorban untuk besarkan saya. Saya tahu tapi saya tak rasa. Memang mudah saya tahu dari cerita yang ibu saya ceritakan tapi macam mana rasanya? Sekarang ini baru saya tahu. Tapi, susah payah jaga anak ini akan terbalas nanti. Allah tak pernah abaikan kita. Cuma Allah hantarkan ujian kepada kita supaya kita sentiasa ingat pada Dia.

Tak cukup tidur, rasa penat, tak boleh nak buat apa dan lain-lain itu adalah lumrah bagi pasangan yang ada anak. Kepada korang yang dah ada 2, 3, 4 orang anak tu, memang saya respek sebab kalau nak jaga seorang anak pun dah pening kepala, inikan pula 2, 3, 4 orang anak kan?

Sementara Mayeesa nak membesar ini, saya nak jaga dia dan tak mahu jadi seperti ayah-ayah yang di luar sana. Menghempas anak ke sofa dan bagai-bagai. Sebab nanti Mayeesa dah besar nanti, saya dah tak boleh gomol-gomol dia macam sekarang. Sebab mesti dia akan malu dengan kawan-kawan dia.

Korang yang ada anak, hargailah anak korang tu ye? Itu rezeki korang. Ada orang tunggu bertahun-tahun tapi tak dapat seorang pun. Padahal, dari segi kewangan dan persediaan, dorang boleh dikatakan sudah bersedia. Cuma Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, January 26, 2013

MAYEESA DAH PANDAI TENGOK ORANG...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ini Mayeesa dah pandai tengok orang. Mungkin dia dah nampak apa yang ada di depan mata dia tapi tak jauh rasanya. Tapi, apa yang berlaku pagi semalam memang mencuit hati kecil saya. Saya seperti biasa, balik ke rumah untuk menjamah nasi lemak bagi mengisi perut yang kosong. Pada masa itu, Mayeesa saja ibunya a.k.a wife saya dodoikan. Kemudian, wife saya bangun dan cakap pada saya,

"Tolong tengokkan Eisya ye? Ma nak pergi mandi"

Saya pun sambil makan nasi lemak menjawab,

"OK"

Saya pun perhatikan dan tengokkan je Mayeesa dari jauh. Tak la jauh sangat tapi jauh la juga bagi Mayeesa. Dah wife saya cakap suruh tengok je, saya pun tengoklah. Hahaha. Taklah, saya tengok-tengok kalau Mayeesa dah bangun dan merengek.

Masa wife saya dah bangun nak ke tandas, nampak Mayeesa buka mata dia. Saya perhatikan dia sedang tengok wife saya. Macam nak panggil tapi tak reti nak panggil lagi. Kemudian, wife saya pun berlalu pergi depan dia. Yang bestnya, Mayeesa tengok wife saya sambil bergerak kepalanya mengikut arah wife saya pergi. Bila wife saya dah hilang dari pandangan mata dia, dia mula merengek.

Saya terus tersenyum. Dah pandai rupanya Mayeesa ini tengok orang. Dah nampak orang rupanya.

Samalah masa nak susu, pandai pula dia tengok wife saya sambil ternganga-nganga mulut. Hehehe.

Mayeesa memang budak baik. Anak papa dan mama mestilah baik kan? Hehehe.

p/s : Perasaan ada anak memang tak dapat digambarkan. Walaupun kadang-kadang penat melayan kerenah dia, tapi tetap rasa seronok. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, January 5, 2013

BILA EISYA TIDUR 'POSING'...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Eisya sekarang ini dah pandai tidur berbantalkan tangan sendiri. Korang boleh meneliti gambar di atas. Nampak kan sebelah tangan Eisya berada di bawah kepalanya?

Orang kata, gaya tidur inilah yang Eisya buat semasa dalam perut ibunya dulu. Siapa orang itu, saya pun tak tahu. Tapi yang saya tahu adalah orang kata. Hehehe.

Tidur Eisya lena sekarang ini tanpa ada sebarang gangguan. Yang penting, perut Eisya kenyang dengan susu ibunya. Pastu, Eisya akan terus tidur dengan lenanya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, January 1, 2013

RISAU KENA JAUNDIS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi nurse dapat rumah untuk check ibu dan puteri kesayangan kami di rumah. Isteri saya berpantang di Klang, rumah kakak ipar saya sebab ibu mertua saya ada di sini. Nurse tu check puteri saya dan diberitahu dah ada tanda-tanda awal untuk kena 'Jaundis' ataupun 'Kuning'.

Jaundis ini menurut apa yang saya baca dalam buku kesihatan dan perkembangan bayi yang diberi oleh pihak hospital, ia biasanya berlaku kepada bayi yang baru lahir. Bahaya Jaundis ini boleh sampai menyebabkan kematian.

So, nurse tu minta puteri kami ini dibawa ke klinik kesihatan kapar untuk dibuat pemeriksaan. Risau juga saya dan isteri saya. Harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku kepada puteri kami.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 30, 2012

PUTERI KAMI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah. Penantian dah berakhir. Kini penyeri hidup saya dan isteri saya telah berada di dunia. Lepas ini, blog ini banyak cerita mengenai penyeri hidup kami ini.

Pada 28.12.2012 jam 9.25 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, selamat lahir puteri yang akan menyinari hidup kami. Alhamdulillah sehingga hari ini, puteri kami tiada apa-apa masalah.

Nama puteri kami akan saya umumkan bila sijil kelahiran dah keluar. Sekarang ini saya takkan umumkan lagi. So, korang kenalah tunggu. Hehehe.

Anyway, terima kasih di atas doa daripada pihak korang untuk keselamatan isteri dan anak saya. Terima kasih.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9


Sila Tekan Like Jika Suka


Monday, December 17, 2012

ASAP ROKOK DAN IBU HAMIL...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi saya bawa isteri saya ke Klinik Kesihatan untuk buat check up dan ambil balik buku merah sebab isteri saya ambil keputusan untuk bersalin di Selangor. Lagipun, ini anak pertama kami, memang kami langsung tak tahu apa nak buat. Di Selangor, ada ibu mertua yang boleh bagi panduan dan beritahu apa yang perlu dibuat.

Saya tinggalkan isteri dan kembali ke pejabat. Setelah dah selesai check up, isteri saya pun telefon saya untuk datang ambil dia. Saya pergi ambil dia di Klinik Kesihatan dan terus bawa dia bersarapan di sebuah kedai berdekatan dengan pejabat saya. Ramai juga pelanggan sebab banyak kedai makan tutup hari ini.

Masa tengah makan, ada sekumpulan orang-orang tua dan muda sedang bersembang serta bersarapan juga. Dari perbualan mereka yang saya dengar, rasanya mereka ini orang Bagan Datoh yang dah lama tak balik Bagan Datoh. Dorang nampaknya tersekima dengan perubahan dan pembangunan yang berlaku di Bagan Datoh.

Tiba-tiba tengah saya dan isteri kusyuk makan, hidung terbau suatu bau yang kurang menyenangkan. Saya terus toleh ke arah bau tersebut dan terlibat salah seorang lelaki melayu tersebut tengah hisap rokok dan asap rokok menghala ke arah saya. Saya pun tegurlah,

"Pakcik, ada ibu mengandung di sebelah saya ini. Minta hisap rokok di tempat lain"

Tapi, pakcik yang berada di depan pakcik yang hisap rokok itu yang menjawab,

"Saya tak hisap rokok pun"

Saya terus jawab,

"Bukan pakcik, pakcik ni"

Sambil jari saya menunding ke arah pakcik yang hisap rokok tu. Terus pakcik yang hisap rokok letak rokoknya di sebelah yang satu lagi.

Isteri saya cakap kepada saya,

"Biarlah, orang tua tu"

Saya jawab balik,

"Ini anak kita. Bukan anak dia"

Isteri balas balik,

"Betul juga"

Saya teruskan,

"Asap rokok ini bahaya. Boleh mudaratkan kesihatan.Nanti anak kita sakit, macam mana?"

Isteri diam. Saya pun terus makan dan malas nak pandang ke arah meja yang penuh dengan orang-orang tua tu.

Mungkin muka saya agak garang masa tu. Itulah kata isteri saya. Saya tak perasan tapi kalau melibatkan kesihatan anak saya, mestilah saya akan rasa nak marah. Kalau nak hisap rokok dan bunuh diri sendiri serta ahli keluarga pun, silalah hisap jauh daripada kami. Kami tak mahu disebabkan dorang, anak kami dan kami yang sengsara.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, December 14, 2012

TAK SAMPAI SEBULAN LAGI...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tak sampai sebulan lagi saya akan bergelar BAPA, In Shaa Allah. Semoga bayi dalam kandungan isteri saya sentiasa sihat hendaknya. Semasa pergi buat pemeriksaan di Klinik Swasta dan Kerajaan, tarikh dijangka beranak adalah pada 11.01.2013. Tetapi, perut isteri saya dah nampak sangat turun bawah dan berat badan dia pun dah mula mengurang, kami rasa mungkin akhir bulan Disember 2012 ataupun awal bulan Januari 2013.

Walau apapun, yang paling penting, saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya bayi selamat dan sudah semestinya emak bayi pun selamat. Saya pun berharap tiada apa yang tak elok berlaku semasa isteri saya nak bersalin nanti.

Mula-mula isteri saya kata nak bersalin di Hospital Teluk Intan Perak tetapi bila dia fikir balik, susah juga. Sebab ini adalah anak pertama a.k.a sulung kami, kami sudah semestinya tak tahu apa yang perlu dibuat. So, isteri saya cadangkan bersalin di Klang Selangor sebab ada ibunya a.k.a emak mertua saya yang boleh jaga.

Jantung berdebar kencang juga sebab masanya semakin hampir. Saya dan isteri saya dah persiapkan apa yang patut untuk menyambut kelahiran bayi sulung kami ini. Nama pun dah ada tapi tak bolehlah saya umumkan sekarang.

Saya minta kawan-kawan blogger doakan kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan isteri saya ye?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 20, 2012

SAYANG ANAK, RIBA-RIBAKAN...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ternampak siang tadi semasa saya baru balik dari Teluk Intan Perak ke Bagan Datoh Perak. Sebuah kereta meluncur laju dalam 80 km/j. Saya pun follow belakang kereta tersebut sebab jalan yang kami lalui itu dua hala saja. Kereta itu sekejap terhuyung hayang, sekejap steady.

Apabila sampai ke jalan yang ada lorong memotong, saya terus memotong kereta tersebut. Saya hairan juga sebab kereta terhuyung hayang sekejap, steady sekejap. Mungkin pemandunya mengantuk tapi pada masa itu, baru lebih kurang pukul 3 petang lebih.

Selepas berjaya memotong, saya terlihat sesuatu yang bagi saya agak mengejutkan. Rupa-rupanya si pemandu itu tengah meriba anaknya sambil memandu. Saya tengok sambil menggelengkan kepala saya. Saya faham, mungkin si pemandu itu tersangatlah sayang kepada anaknya itu sampai riba-ribakan semasa memandu. Cuba bayangkan, berlaku kemalangan, siapa akan terpelanting keluar melalui cermin tingkap depan dulu. Anak si pemandu ini.

Kalau sayangkan anak, duduk di sebelah dan suruh dia pakai seat belt. Lepas itu, si bapa ini terus memandu tanpa apa-apa gangguan. Tak salah nak sayangkan anak, tapi ada masa tak perlu terlalu menunjuk sangat sampai riba-ribakan semasa memandu.

Perkara begini membahayakan pemandu lain. Malang tak berbau.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 15, 2012

99% TEPAT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Terjumpa Jadual ini di Facebook. Saya cuba tengok umur isteri saya dan bulan dia start mengandung, dan jawapannya anak LELAKI. Tapi, yang paling penting, anak lelaki atau anak perempuan, saya tetap terima dengan hati yang ikhlas.

p/s : Ingatan untuk diri sendiri... Anak itu adalah tanggungjawab dan amanah daripada Allah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 14, 2012

"BABY KITA TENGAH BER'DANCING'"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi wife saya sms kata dia dan emak mertua berada di Klinik Pakar Wanita area Klang Selangor. Memang saya ada suruh wife saya pergi check kandungan baby semalam (Baca di SINI). Tapi, semalam dia busy melawat rakan sekerja yang baru lepas bersalin. So, dia janji nak pergi hari ini.

Kali pertama pergi check adalah pada 12hb Mei 2012 (Baca di SINI dan SINI). Hari ini sudah 14hb Jun 2012. Memang doktor ada beri appointment dalam masa dua minggu dari tarikh kali pertama check kandungan tapi disebabkan banyak hal yang tak dapat dielakkan. Tak dapatlah pergi pada masa itu.

Terasa rugi tak dapat pergi sebab doktor scan perut wife saya untuk tengok keadaan baby kami. Wife saya cakap, baby kami memang nampak seperti ber'dancing' sebab nampak seluruh badannya termasuk kaki dan tangannya bergoyang-goyang. Doktor yang scan dia pun cakap perkara yang sama.

Teringin nak tengok tapi tak boleh sebab saya sekarang sedang kerja kat Perak dan wife saya duduk dengan emak mertua di Selangor. Sementara saya settlekan hal kuarters di sini, saya biarkan dia duduk di sana. Kuarters dah boleh masuk, dia akan datang tinggal dengan saya.

Wife saya beritahu yang doktor maklumkan kandungan wife saya dah mencecah 9 minggu 6 hari. Jantina baby kami belum dapat dipastikan lagi. Excited? Mestilah. Nervous? Mestilah. Hehehe.

p/s : Saya minta wife saya printkan scan baby kami. Nak tengok juga. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 29, 2012

MAMPU KE SAYA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah dekat 2 bulan wife saya berbadan dua. Risau juga sebab dia selalu sakit belakang. Saya galakkan dia minum susu Anmum Materna untuk kuatkan tulang belakang dia. Sementara kandungan tak besar lagi, kena topup kalsium kat tulang belakang dia tu. Harap wife dan baby saya sentiasa selamat dan dilindungi Allah. Amiiinnnn.

Kakak wife saya ada anak lelaki 2 orang. So, anak lelaki kakak wife saya ini kami jadikan tempat training untuk anak kami nanti. Kena juga training supaya nanti dah sampai masa nanti, tak terkial-kial sangat. Yang pasti, akan terkial-kial juga sebab sudah semestinya nervous dan bagai-bagai. Hehehe.

Terfikir juga saya ini mampu ke untuk jaga dan didik anak saya yang bakal lahir nanti? Mampu ke saya nak didik dia dan emaknya sekali? Saya rasa takut juga sebab takut tak mampu saja. Tapi, bila difikirkan semula, anak ini adalah anugerah dan amanah Allah, saya kuatkan hati. Saya kena yakin dengan kemampuan diri saya.

Allah dah tetapkan rezeki setiap hamba-Nya. Rezeki saya untuk dapat anak awal dan ada yang tak ada rezeki untuk timang anak. Oleh itu, saya bersyukur dan berdoa agar anak serta wife saya sentiasa dilindungi-Nya.

Korang nak tahu macam mana saya dan wife saya berkenalan? Nanti saya cerita ye?

p/s : Hint untuk macam mana saya dan wife berkenalan.... Facebook.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 22, 2012

ANMUM MATERNA...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru ini isteri saya beritahu saya yang dia dah beli satu kotak Susu Anmum Materna. Memang niat saya nak beli susu bagi ibu mengandung kat dia sebab dia pun dah mengandung hampir lebih sebulan. Tapi dia dah beli, baguslah.

Saya pun google dalam internet cari tentang Susu Anmum Materna ini. Susu ini ada kesemua keperluan yang diperlukan oleh badan ibu mengandung.  Isteri saya beritahu dia tak ada masalah untuk minum susu ini. Kadang-kadang ada juga ibu mengandung yang tak boleh minum susu. Dorang rasa tak lalu nak minum susu.

Susu Anmum Materna ini isteri kena minum dua kali sehari. Pagi dan Malam. Sekali bancuh kena letak 4 sudu.

Saya terjumpa entry INI yang ceritakan tentang kebaikan Susu Anmum Materna ini. Siap dengan testimonial daripada ibu-ibu yang pernah minum susu ini.

Saya harap isteri sentiasa sihat dan juga bakal anak saya pun sihat gak. Nervous sebenarnya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 16, 2012

DIALOG KOTA RAYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Biarlah gambar di atas saja berbicara. Hehehe.


p/s : Ada ke anak seperti Dialog Kota Raya di atas tu?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka