Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, March 22, 2013

MAYEESA MENIARAP...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah, usia Mayeesa lebih 2 bulan sekarang. Suatu hari yang hening di rumah saya, isteri saya di luar menyidai baju di ampaian. Kedengaran dari dalam rumah rengekan Mayeesa. Isteri saya pun berfikir,

"Tak ada orang sebelah dia, merengek la dia"

Isteri saya menghabiskan proses penyidaian pakaian dan terus ke ruang tamu untuk melihat apakah yang sedang dilakukan oleh Mayeesa. Alangkah terkejutnya isteri saya apabila melihat Mayeesa dalam posisi hampir meniarap tapi belum meniarap sepenuhnya. Lantas isteri saya mencapai Samsung Galaxy SLnya dan menangkap gambar proses bersejarah itu.



Mayeesa sempat berehat sebentar semasa tangan kiri dia masih berada di bawah badan dia untuk mengumpul tenaga. Tak lama kemudian, Mayeesa meneruskan usaha untuk meniarap secara sendiri buat kali pertama dan akhirnya berjaya. Selepas berjaya melaksanakan misi bersejarah itu, Mayeesa cuba untuk kekal fokus tapi disebabkan masih baru dalam hal ini, Mayeesa terpaksa meminta bantuan daripada mama dia dengan cara menangis.

Proses bersejarah ini berlaku dalam pantauan seorang ibu yang terlatih. Selepas itu, Mayeesa masih mencuba untuk meniarap untuk kali kedua tapi tak berjaya. Takpe, teruskan usaha, jangan putus asa.

p/s : Saya olah seperti yang diceritakan oleh isteri saya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, March 21, 2013

ESOK KEPUTUSAN SPM KELUAR...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Mesti ada di kalangan rakan-rakan blogger ini sedang berdebar-debar menanti hari esok untuk mengetahui keputusan SPM masing-masing? Selepas SPM, ke mana hala tuju rakan-rakan blogger seterusnya? Terus memanjat ke Menara Gading? Apa saja keputusan korang, saya doakan yang terbaik buat korang.


Saya teringin untuk mengimbas kenangan saya semasa belajar di Tingkatan 5 dan masa mengambil keputusan SPM. Saya belajar di Penang Free School. Saya sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti luar sekolah. Saya terlibat dalam Kawad Kaki peringkat Sekolah hingga ke peringkat Daerah. Saya juga suka bermain bola keranjang atau Bahasa Inggerisnya, Basketball. Setiap petang mesti saya main.

So, bila masa saya akan belajar? Masa belajar saya biasanya tak tentu. Ikut suka saya. Saya suka belajar masa saya rasa nak belajar. Pada masa itu, saya fikir buat apa nak paksa diri kalau tak nak. Lagipun, saya suka online dan main game online di Cyber Cafe pada masa itu. Memang habis duit saya berkoyan-koyan. Kadang-kadang saya masih berada di Cyber Cafe pada Subuh keesokkan paginya.


Saya bukan budak nakal. Saya dikenali di kalangan cikgu-cikgu sebagai salah seorang pelajar yang baik. Depan cikgu baik, belakang cikgu saya agak nakal je. Hehehe. Memang masa saya belajar di Tingkatan 5 dulu, saya banyak main tapi ada juga masa saya fokus dalam kelas. Alhamdulillah, saya dikurniakan dengan anugerah 'Cepat Belajar'.


Semasa bulan peperiksaan, saya semakin ligat 'lompat pagar' ataupun keluar asrama secara haram untuk ke Cyber Cafe. Memang saya tak nak fikir tentang peperiksaan. Dah sudah pasti, malam sebelum peperiksaan, saya akan pulun studi sebanyak mungkin sampai tak tidur malam pun ada. Ini adalah sikap buruk saya pada masa itu.

Kemudian, selepas habis peperiksaan SPM, sementara menanti keputusan keluar, saya bekerja dengan bapa saudara saya. Dari duduk rumah tak buat apa-apa, baik saya cari duit poket sikit. Saya kerja dari tengah hari hingga tengah malam. Saya ikut bapa saudara berniaga kuih, jeruk buah, air dan makanan ringan.


Apabila keputusan SPM keluar, harapan saya taklah setinggi mana. Dan bila saya lihat slip tersebut, syukur sebab keputusan saya taklah teruk sangat walaupun tiada langsung A dan F. Tapi, pada masa itu saya tak tahu ke mana hala tuju saya dan saya ambil keputusan untuk sambung belajar di Tingkatan 6.


Saya cuma harap adik-adik yang akan ambil keputusan SPM esok tahu ke mana hala tuju adik-adik. Jangan jadi macam saya. Saya dah bazirkan beberapa tahun sebab saya masuk Tingkatan 6. Tingkatan 6 bukan tahap yang senang. Memang saya akui sangat susah padahal pada masa itu saya berazam untuk belajar betul-betul tapi ....

p/s : Adik-adik yang tak tahu nak ke mana selepas dapat keputusan SPM ini, saya cadangkan jumpalah Kaunselor untuk minta pandangan. Dan kalau nak teruskan, pilihlah program yang kita minat. Sebab bila kita minat, senang faham bila belajar.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, March 19, 2013

CEK NUFFNANG DAH SAMPAI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Beberapa hari lepas, saya telah terima sepucuk surat. Dalam surat tersebut berisi satu keping Cek daripada Nuffnang.


Walaupun jumlah Cek tersebut taklah mencapai ribu riban tapi hanya mencapai ratus saja, saya tetap bersyukur. Dari minat menulis dan berblogging, saya mampu dapatkan sedikit duit poket. Alhamdulillah.

Saya berterima kasih teramat sangat kepada Nuffnang sebab sudi menempekkan iklan-iklan di blog-blog saya. Walaupun trafik saya taklah serancak dan seganas blogger-blogger otai, tapi Nuffnang masih memandang blog-blog saya. Buktinya, saya masih dapat iklan-iklan menempek di blog-blog saya.

Ada blogger yang dah lama join Nuffnang tapi masih belum dapat jana sebarang pendapatan. Jangan putus asa sebab nak jana pendapatan melalui blog ini bukan senang, kena banyak kali promosi blog kita supaya ada orang datang. Bila banyak orang datang, banyaklah trafik yang datang ke blog kita.

Jangan putus asa. Teruskan menulis. Suatu hari nanti, korang pun mampu dapat sekurang-kurangnya seciput seperti saya dapat ni. Rezeki saya. Terima kasih Nuffnang.

p/s : Nuffnang, tempekkanlah banyak lagi iklan kat blog-blog saya ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, March 17, 2013

SAMSUNG GALAXY S4...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang tahu tak pihak Samsung telah melancarkan Telefon Pintar terbaru mereka di New York pada 15hb Mac 2013 hari tu? Korang mesti pernah dengar tentang Samsung Galaxy S3? Korang dah pernah pakai? Kalau korang pun tak pernah pakai, saya pun tak pernah pakai juga. Samalah kita. Tapi, sekarang ini pihak Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy S4. Samsung Galaxy S3 pun tak merasa nak pakai lagi, dah keluar Samsung Galaxy S4. Hahaha.

Majlis Pelancaran Samsung Galaxy S4 di New York

Menurut laporan berkenaan, jualan Samsung Galaxy S4 ini dikatakan akan bermula pada Bulan April ini dan akan dipasarkan ke 155 Negara. Harganya belum lagi ditentukan. Rasanya lebih kurang harga Galaxy Note 2 ataupun kurang sikit tapi lebih sikit daripada Samsung Galaxy S3. Saya teka je k?

Spesifikasi Samsung Galaxy S4

Saya ceritakan sikit apa yang saya tahu tentang Samsung Galaxy S4 ini ye? Samsung Galaxy S4 ini menampilkan ciri yang lebih nipis dan kaya dengan pelbagai aplikasi terkini serta turut dilengkapi dengan teknologi Definisi Tinggi (High Definision), saiz skrin pada 12.7 sentimeter (1080 X 1920 pixels, 4.99 inci). Samsung Galaxy S4 ini mamiliki keupayaan memahami sembilan (9) bahasa di dunia. Ianya disertakan dengan RAM 2GB.


Samsung Galaxy S4 ini hanya boleh dimasukkan dengna Micro-SIM dan menggunakan Android OS, v4.2.2 (Jelly Bean). CPU Samsung Galaxy S4 menggunakan Quad-core 1.6 GHz Cortex-A15 DAN Quad-core 1.2 GHz Cortex-A7. Ini bermakna, Samsung Galaxy S4 ini menggunakan 2 unit processor yang berkelajuan 4 core + 4 core. Ini yang saya faham lah.


Kamera utama Samsung Galaxy S4 ini adalah 13MP. Fungsi-fungsi yang lain, rasanya sama seperti Samsung Galaxy S3. Korang boleh tengok di jadual spesifikasi yang saya sertakan di atas.


Saya tahu tak semua suka pakai telefon pintar Samsung ini. Sebenarnya, saya lebih selesa pakai Samsung berbanding dengan iPhone sebab saya rasa Samsung lebih mudah digunakan. Lagipun, Samsung menggunakan Android dan memang mudah untuk download games dan sebagainya. Tapi, berlainan dengan iPhone, kena jail break dulu. Rasa macam agak susah juga.

Tapi, Bagi saya, Samsung Galaxy S4 kira agak baguslah. Cuma cover luarannya masih pakai plastik lagi. Mungkin ini cara dorang untuk jimat kos. Saya tak pasti. Korang suka telefon pintar ini, korang ada duit, korang nak beli atau tidak, terpulanglah. Saya buat review tentang Samsung Galaxy S4 ini saja nak berkongsi informasi dengan korang.

Tentang harganya, korang rasa dalam berapa pihak Samsung akan letak?

p/s : Rugilah siapa yang dah pakai Samsung Galaxy S3, baru berapa bulan dah keluar Model baru.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, March 15, 2013

SERABUT BILA MEMANDU DI KUALA LUMPUR...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Minggu lepas, saya attend kenduri kahwin sepupu isteri saya. Asyik-asyik pergi kenduri kahwin sebelah saya, tak salah saya bawa isteri saya pergi kenduri kahwin sebelah dia pula. Lagipun, dia dah lama bagitau nak pergi. Saya tak berani janji sebab takut ada last minute commitment.

Saya ini memang sangat tak suka memandu di Kuala Lumpur. Nasib baiklah hari kenduri itu abang ipar dan kakak ipar saya ada. Saya cuma perlu ikut dorang belakang. Cuma masa balik, saya tersesat di kawasan perindustrian mana entah. Nasib baik saya cepat-cepat buat U-Turn. Hehehe.

Saya ini agak bermasalah sikit kalau kena memandu di Kuala Lumpur. Jalan dah berselirat banyaknya, signboard kadang-kadang saya tak faham dan kadang-kadang tak betul dan yang paling best, terlindung dengan rimbunan daun pokok di tepi jalan. Kadang-kadang itu saya terlajak dari simpang saya nak masuk. Di Kuala Lumpur ini, kalau dah terlajak, memang susah nak U-Turn. Saya pernah terlepas susur keluar ke KLIA dan terlajak sampai ke Seremban. Bengang saya dengan diri saya masa itu.

Mungkin disebabkan tempat duduk saya sekarang ini trafik taklah busy dan tak banyak kereta. Saya dah terbiasa dengan trafik yang lengang di sini dan tak dapat nak sesuaikan diri dengan trafik di Kuala Lumpur. Mungkin kalau saya tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, saya akan terbiasa. Mungkin saya lebih terbiasa dengan "Pergi straight ke tempat kerja, Balik straight ke rumah lepas habis kerja". Mungkin jalan tu je saya tahu nanti. Hehehe.

Anyway, Kuala Lumpur memang tempat yang sentiasa busy. Tak kira siang ataupun malam. Tapi yang pasti, saya memang serabut memandu di Kuala Lumpur.

Korang pun serabut macam saya ke?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, March 13, 2013

MENIKMATI NASI AMBENG...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya singgah di pasar malam Batu 20 Selekoh tadi. Beli 2 bungkus Nasi Ambeng dengan ayam goreng berempah.

Isteri saya tak pernah makan Nasi Ambeng ini. Saya dah makan banyak kali. Korang pernah makan Nasi Ambeng?

p/s : Rasanya Nasi Ambeng ini masakan orang jawa. Betul ke?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, March 12, 2013

SIAPA KATA RAKYAT MALAYSIA TAK PRIHATIN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dua hari lepas saya ada kenduri berdekatan dengan area Bandar Tun Abdul Razak. Rumah saudara sebelah isteri saya. So, habis saja kenduri tersebut, kami singgah ke rumah abang ipar saya di Bandar Tun Abdul Razak untuk rehat-rehat. Kemudian, wife saya pun ajak saya bermalam di sana. Saya memang tak kisah pun.

Kemudian, esoknya, wife saya ajak saya naik LRT dengan Mayeesa dan seorang anak saudara kami yang rapat dengan kami. Saya layan je. Lagipun, stesen LRT dengan rumah abang ipar saya tu agak dekat juga. Cuma perlu berjalan kaki lebih kurang 5 minit je. Memang dekat. Lagipun, niat wife saya nak bawa anak saudara kami tu, Hafiy untuk naik LRT sebab dia belum pernah naik LRT.

Saya dan wife saya bergilir-gilir dukung Mayeesa sebab Mayeesa sekarang ini dah makin berat. Lenguh juga tangan kami nak dukung dia selalu. Sambil tu tak dilupakan kepada Hafiy. Memang nampak happy gila Hafiy masa tu sebab dapat jalan-jalan.

Kami bayar di mesin automatik dan dapat token. Kemudian, naik tangga ke platform untuk tunggu LRT sampai. LRT sampai, kerusi penuh tapi orang taklah ramai sangat. Saya dan wife saya pun tak kisah sangat pun. Tapi, tiba-tiba ada seorang perempuan bangun dan panggil wife saya duduk. Saya memang tak sangka sebab saya dah lama sangat tak naik LRT ini. Biasalah, di Bagan Datoh mana nak ada LRT kan? Mungkin masa depan nanti ada?

Lepas itu, seorang lelaki yang duduk sebelah dia pun bangun suruh saya duduk. Pada masa itu, saya tengah dukung Mayeesa yang tengah lena tidur. Memang lena betul Mayeesa tidur masa tu. Tak tahulah kenapa. Hahaha.

Kami pergi ke Sogo. Saja jalan-jalan sambil shopping barang Mayeesa sikit. Kemudian, perkara yang sama berlaku semasa kami naik LRT untuk balik. Mesti ada orang akan bangun dan bagi tempat duduk dorang kat kami. Rakyat Malaysia ini memang sangat prihatin dan bertimbang rasa. Tak macam yang diperkatakan.

Teruskan sikap sebegini. Teruskan sikap tak penting diri sendiri sebegini. Pemikiran rakyat kita dah makin maju dan prihatin terhadap orang lain. Memang terbaik!

Kepada saudara dan saudari yang sudi memberikan tempat duduk korang kepada kami, kami ucapkan ribuan terima kasih.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, March 10, 2013

MAYEESA AJAK BERSEMBANG...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ini Mayeesa dah berumur 2 bulan lebih. Sekarang ini Mayeesa dah pandai mengajak orang terutamanya saya dan wife saya untuk 'bersembang' dengan dia.

Saya tak tahu dia faham atau tak, tapi hampir soalan kami dia akan bagi respons. Bila kami puji dia comel, dia mesti gelak malu-malu kucing sambil alihkan muka dia. Hehehe.

Baru 2 bulan lebih dah pandai nak 'bersembang' dengan orang. 'Bersembang' tak semestinya dengan bercakap je. Gunakan bahasa isyarat pun boleh dikategorikan sebagai 'bersembang' juga.

Si Mayeesa ini bila orang tak layan dia bersembang, kadang-kadang dia main sorang-sorang je. Tapi, kadang-kadang mengamuk sebab tak ada orang nak 'bersembang' dengan dia. Hahaha.

Nikmati saat ini puas-puas sebelum Mayeesa meningkat umurnya, tak ada peluang dah nak macam ini. Kecuali ada yang 'Kedua'.

Mungkinkah?

Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

"CHILD ON BOARD"




Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Akhirnya, selepas hampir beberapa mencari sticker yang sesuai, saya terjumpa sticker ini di satu kedai buku di Hutan Melintang dengan harga yang murah. Dan paling bestnya, mungkin rezeki Mayeesa sebab ini adalah yang terakhir saja.


Sebelum ini ada juga saya tengok di Giant, Tesco, Billion dan Jusco sticker-sticker macam ini tapi design lain sikitlah. Dan sudah semestinya harga memang mahal. Tak terasa saya nak beli masa itu.

Sticker ini adalah untuk memberitahu kereta belakang dan di sekeliling kita bahawa dalam kita ada bawa kanak-kanak dan minta jangan pandu kereta macam orang tak waras. Saya faham mungkin dorang sakit perut dan nak memerut keluar hasil perut tersebut tapi tak menyempat. Tapi, janganlah melibatkan orang lain.

Tetapi, pemandu di Malaysia ini kebanyakkannya bukan ambil tahu pun hal-hal macam ini. Letaklah tanda sebesar mana pun, kalau dorang tak nak ambil tahu, dorang tetap tak nampak tanda tu. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, March 6, 2013

TERJEBAK DENGAN 'JODOH' PULA...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dan isteri saya sekarang dah terjebak dengan satu drama baru yang ditayangkan di Astro Ria iatu 'Jodoh'. Ada juga saya ternampak iklan-iklan tentang drama ini tapi saya tak nak ambil port sangat. Drama ini ala-ala macam seorang lelaki ini mencari pasangan hidupnya dan buat satu pertandingan untuk pilih yang mana satu gadis yang sesuai dengannya. Dulu ada Hollywood buat satu rancangan realiti sebegini. Tapi, yang ini berlakon je.


Tapi, satu hari pada minggu lepas, saya terpasang siaran ulangan drama ini. Dalam siaran ulangan ini, para peserta wanita kena cipta lagu untuk dinyanyikan kepada Azlan (Hero drama inilah). Macam-macam suara saya dengar tapi yang paling saya tak tahan nak gelak masa Olly (Scha Alyahya) nyanyikan lagu "Say No To Tapak Kasut" yang berkisarkan tentang Tapak Kasut Di Mangkuk Tandas. Memang buat saya dan isteri saya gelak. Korang tengok sendirilah.



Agak best juga drama 'Jodoh' ini. Saya rasa drama ini lain dari yang lain. Memang banyak part yang buat saya ketawa bila Olly mula buka mulut dan gelagat 'lurus bendul'nya. Olly nak sangat disingkirkan dalam rancangan tersebut tapi setiap yang dibuat Olly tu disukai penonton pula. So, penerbit dan Azlan tak dapat buang Olly disebabkan takut penonton marah. Olly tak suka Azlan. Azlan tak suka Olly. Dorang memang tak sebulu dan asyik nak gaduh je.


Gambar di atas itu adalah para peserta perempuan yang 'berebut' untuk menjadi pasangan Azlan. Macam-macam jenis perangai ada. Setiap peserta ada kelebihan dan 'kegedikan' masing-masing. Rasa lucu bila terfikirkan perangai setiap orang peserta. Hehehe.

Korang yang pernah layan drama 'Jodoh' ni mesti tahu apa yang saya ceritakan di atas kan? Korang yang belum tengok drama ini, cuba tengok sekali. Lepas itu, korang tak nak tengok dah pun takpe. Kepada korang dah tengok drama ini, apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, March 5, 2013

BARISAN PERWIRA YANG TERKORBAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Seperti yang korang sememang dah tahu, di atas adalah perwira-perwira yang telah gugur untuk mempertahankan tanah air kita. Maklumat lanjut berkenaan perwira-perwira adalah seperti berikut :

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.


Salah seorang bapa perwira merupakan kenalan isteri saya semasa bekerja di Cosmopoint Klang dulu. Semoga roh mereka dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada perwira-perwira yang beragama Islam ini. 

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, March 1, 2013

RESPONSE SAYA KEPADA ANONYMOUS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam dua tiga hari lepas saya ada publish post bertajuk NAMA KARNIVAL KERJAYA TAPI ... dan saya menerima satu komen daripada seorang Anonymous. Komen Anonymous itu ada seperti di bawah :


Setiap program dibuat mestilah ada kritikan untuk pastikan program seterusnya lebih baik daripada program yang sebelum ini. Sepatutnya program Karnival Kerjaya ini perlu ada sekurang-kurang kaunter untuk kumpulkan Resume dan juga Temuduga Terbuka. Saya tak maksud perlu layan seperti Raja ataupun Permaisuri. Apa yang saya maksudkan sediakan peluang kerja yang lebih berbanding pameran yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan Kerajaan lain.

Kepada Anonymous, adakah awak ada di tempat program ini? Awak tahu tak graduan beratur di Kaunter Pertanyaan SPA dalam keadaan panas terik? Saya tak suruh letakkan bilik berhawa dingin dengan kerusi sofa. Tapi, sekurang-kurangnya sediakan satu lagi khemah untuk pastikan mereka ini tidak kena panas. Kalau tiba-tiba hujan turun, macam mana? Nak biarkan mereka ini basah kuyup dalam hujan?

Kepada Anonymous, pernahkah awak pergi ke mana-mana Karnival Kerjaya yang lain? Kalau pernah, cuba bandingkan. Saya dah pergi banyak karnival kerjaya sebelum saya berada di tahap ini. Saya pernah kerja bermacam kerja sebelum sampai ke tahap ini. Saya pernah menghadiri satu karnival kerjaya dan ditemuduga terbuka untuk jawatan di 7-Eleven. Lagipun, semasa promosi di dalam akhbar tempatan, dinyatakan ada Temuduga Terbuka. Sebab itulah saya tengok ramai graduan datang siap berkemeja dengan tie dan yang perempuannya siap berbaju kurung. Ada juga saya tengok sedang menyusun sijil-sijil sebab fikir akan ada temuduga terbuka. Tapi, hakikatnya tiada pun.

Kepada Anonymous, pernahkah awak terfikir graduan yang datang dari jauh iaitu Ipoh, Grik, Penang dan Negeri-Negeri Lain? Mereka datang sehingga ke Bagan Datoh dan apa yang mereka dapat hanyalah pameran saja. Kalau awak berada di tempat mereka, awak kecewa atau tidak? Saya berada dekat pun rasa kecewa, dorang lagilah. Sebab nak datang ke Bagan Datoh, dah habiskan duit minyak. Membuang masa lagi. Tak kesian ke awak kepada mereka ini?

Akhir sekali, saya ingin memohon maaf sekiranya Anonymous terasa hati dengan post ini dan post saya sebelum ini. Apa yang saya luahkan lebih kepada pendapat saya. Sebabnya saya langsung tak perasan kakitangan SPA ada edarkan borang maklum balas mengenai program ini. Borang Maklum Balas bagi sangat penting untuk tengok sama ada program yang dianjurkan mencapai objektif atau tidak dan apa penambaikan yang boleh dibuat di masa hadapan.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka