Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tarikh hari ini adalah 12.12.12. Unik kan? Tarikh hari ini adalah yang terakhir. Dah tak ada tarikh 13.13.13, 14.14.14 dan seterusnya. Tarikh hari ini ramai merancang pelbagai event untuk menperingati tarikh ini antaranya kelahiran bayi baru, pendaftaran perkahwinan dan sebagainya.


Sekarang saya berada di Bangunan Kementerian Dalam Negeri Ipoh Perak menghadiri pendaftaran perkahwinan beramai-ramai untuk orang bukan islam oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Negeri Perak.


Saya datang sebagai tetamu saja. So, saya bawa wife saya sekali. Hehehe.

Anyway, tarikh hari ini akan memberi makna kepada semu pasangan yang berada di sini.

Korang buat apa pada tarikh 12.12.12 ini?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 28, 2012

"KORANG NOMBOR BERAPA?"



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.



1 • Married » dah kahwin dan hidup bahagia.
2 • Divorce » dah berpisah dan bercerai dengan pasangan.
3 • Engaged » baru bertunang.
4 • Couple » ada seseorang di hati, tapi belum bernikah sbb belajar atau kumpul duit.
5 • Clash » baru berpisah dengan kekasih.
6 • Single » masih mencari pasangan.
7 • Tengah minat dengan seseorang tapi pendam saja...sebab malu.
8 • Forever Alone » tak ada kawan, tak ada pasangan, main facebook seorang diri saja.


~> Korang nombor berapa ?


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, May 31, 2012

DIALOG BOBOI DAN GUGURL...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Jom baca dialog sepasang kekasih di bawah ini:



Boboi : sayang... nape sayang ni seksi sangat... tudung pun tak pakai... baju pun muat-muat badan je...


Gugurl : ala abang.. takkan abang tak suke sayang seksi kot... semua ini untuk abang la...kan cantik ni..


Boboi : tapi takkan kalau lepas kahwin pun sayang nak pakai macam ini gak... abang mengaku, dulu memang abang suka sayang sebab sayang pandai bergaya, seksi.. semua kawan-kawan cemburu sebab abang dapat sayang... tapi sekarang abang tak mahu la sayang tak tutup aurat... abg nak isteri yang menjaga maruahnya
...
Gugurl : ala abang, takpelah nanti lepas kahwin sayang janji sayang pakai tudung macam yang abang nak... sayang akan tutup aurat ek...


Boboi : abang tak mahulah sayang tutup aurat sebab abang bukan sebab niat sayang sendiri... kalau macam tu, takde guna la sayang tutup aurat nanti.... sayang mesti ikhlas tutup aurat kerana Allah bukan kerana abang... abang minta maaf la syg, tapi abang rasa kita kena putus... abang dah buat keputusan...


Gugurl : sampai hati abang buat camni kat sayang... sayang sanggup buat apa saja untuk abang tapi ini yang abang balas...


Boboi: maafkan abang (sambil berlalu pergi)...


Setelah kejadian itu si Boboi tak pernah menghubungi Gugurl lagi... Gugurl rasa begitu menyesal...


Setelah beberapa bulan.....


Gugurl: (Membuka mesej yang baru diterimanya) "sayang, esok abang akan bawa rombongan meminang".. (Si Gugurl terkejut lalu menangis teresak-esak dan rasa tak percaya dengan mesej yang baru diterimanya lalu dia pun terus menelefon Boboinya)


Boboi : Sayang, dulu abang tinggalkan sayang sebab saya nak tutup aurat sebab abang... abang tak nak sayang berdosa sebab tu abang tinggalkan sayang... tapi lepas abang tinggalkan sayang, sayang tetap pakai tudung dan tutup aurat kan... itu semua sebab sayang sendiri yang berniat nak tutup aurat dan bukan sebab abang... selama ini abang selalu perhatikan sayang, abang tunggu masa yang sesuai untuk abang jadikan sayang permaisuri abang"... "i ♥ u sayang, sayang sudi tak kahwin dengan abang?
~
Gugurl: (Sambil menangis)... sayang sudi abang... terima kasih abang sebab sudi terima sayang....

Saya terjumpa di facebook. So, apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, April 5, 2012

CINA BUTA + PENDAPATAN RIBUAN RINGGIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tadi saya baca berita di muka depan surat khabar Metro berkenaan kerja menjadi cina buta boleh dapat pendapatan ribuan ringgit. Saya pun tertanya gak apa tu cina buta dan macam mana boleh dapat pendapatan ribuan ringgit. Saya terbayang seorang orang cina yang buta masa tu. Tak ada niat nak hina tapi cuma itu yang terlintas di otak bila baca tajuk tu.


Saya pun selak ke muka surat yang memaparkan berita penuh tentang cina buta tu. Rupanya berita tentang pak sanggup yang sanggup kahwin seorang perempuan selama sebulan dan ceraikan perempuan tu untuk dia bersama bekas suaminya semula. Mesti korang tertanya kenapa ada permintaan untuk kerja macam ni? Semua sebab sikap tak boleh sabar suami. Bila bergaduh dengan isteri, dalam keadaan marah, suami lafaz talak 3. So, sudah semestinya jatuh talak 3. Untuk bersama kembali, kena biar bekas isteri kahwin dengan lelaki lain. Pas bekas isteri bercerai dengan suami baru dia, baru boleh bekas suami kahwin balik dengan bekas isteri.


So, untuk para suami semua, kalau bergaduh, janganlah terlepas cakap talak-talak ni, terlepas cakap, tak boleh patah balik dah. Bertolak ansurlah dalam kehidupan rumah tangga.


p/s : Kalau tak ada langsung gaduh-gaduh dalam kehidupan, memang tak mungkin. Gaduh tu kadang-kadang dapat eratkan lagi tali kasih sayang antara isteri dan suami.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, March 13, 2012

"DAH JADI SUAMI ORANG SAYA NI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah 4 hari (Akad nikah 9hb Mac 2012) saya tukar status dari bujang ke suami orang. Hehehe. Rasa pelik sebab sebelum ni seorang diri je. Sekarang ni dah berdua. Dah ada roommate katakan. Muahahaha.

Saya nak kongsikan gambar nikah dan kawin saya pun saya tak ada banyak sebab jurufoto yang saya upah belum siap lagi edit. Tapi, ada la sikit gambar untuk tatapan korang semua. Jom tengok:


Malam nak akad nikah. Gambar kat atas ni gambar bakal bini saya (sekarang ni dah jadi bini saya) kat Masjid Sauk, Kuala Kangsar. Tema untuk akad nikah kami warna cream. Gambar saya takde lagi sebab ada kat jurufoto. Insya Allah saya upload nanti.

Gambar kat atas ni dari jurufoto. Dia bagi sebagai teaser preview sebab ramai kawan bini saya duk minta uploadkan gambar nikah kami. Hehehe. Gambar spontan bini saya tengah betulkan kasutnya. Kantoi sudah.

Ini gambar sanding sebelah perempuan keesokannya harinya. Tema sebelah perempuan pink+putih. Tema sebelah lelaki coklat+putih. Tapi gambar takde lagi. Nanti kalau dah ada, saya upload ye? Gambar ni ada kawan bini saya yang post kat facebook. Saya cilok je. Hehehe.

Ini gambar untuk foto album outdoor kami. Kat kebun getah kami buat outdoor. Macam biasa, gambar lain belum edit lagi. Ini gambar outdoor teaser sebelum full album siap. Hehehe.

Terima kasih yang wish dan doakan saya dan isteri saya. Semoga korang semua dicucuri rahmat Allah. Amiinnn.

p/s : Banyak benor nyamuk kat kebun getah tu. Penat teman menampor-nampor. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, March 10, 2012

"ALHAMDULILLAH... SEKALI LAFAZ JE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tanggal 9hb Mac 2012, masa selepas Solat Isyak, bermula saat saya menghadapkan diri di hadapan tok kadi dengan rela hati untuk ijab dan kabul di Masjid Sauk, Kuala Kangsar. Memang nervous tak perlu dikatakan lagi. Tapi saya kuatkan hati, tabahkan hati, keraskan hati, dan segala-galanya yang boleh mengurangkan rasa nervous saya. Hehehe. Biasalah, risau tok kadi tu tanya macam-macam plak dan masa tu panik dan pasti saya otak saya akan terus blank. Hehehe.

Memang rasa janggal sikit sebab semua orang duk perhati saya. Tok kadi pun nasib baik yang ok je. Sempoi je. Hehehe. Tok kadi mula mengucapkan ijab dan menggoyangkan tangan saya. Dengan pantasnya saya menjawab :

"Aku terima nikah Mariam binti Hamidon dengan mas kawinnya seribu satu ringgit tunai"

Tok kadi tanya saksi sebelah kiri:

"Sah"

Tok kadi tanya saksi sebelah kanan:

"Sah"

Tok kadi terus mengesah sambil menggoyangkan tangan lagi:

"Sah"

Alhamdulillah saya berjaya kabul dengan satu lafaz saja tanpa henti atau tersekat-sekat. Bersyukur kepada Allah memakbulkan doa saya supaya lidah saya lancar untuk mengucapkan kabul. Alhamdulillah.

Dengan ini saya telah menjadi suami kepada Mariam binti Hamidon.

Selamat tinggal zaman bujang.

Selamat datang zaman rumahtangga.

Mohon kawan-kawan semoga doakan perkahwinan kami berkenalan hingga ke akhir hayat kami ye?

p/s : Gambar nanti saya letak buat tatapan semua. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 29, 2011

KAHWINKAN ORANG TAPI DIRI SENDIRI PUN TAK KAHWIN LAGI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah. Baru selesai menjalankan upacara pendaftaran perkahwinan untuk dua pasangan tadi. Mesti korang hairan saya boleh buat upacara pendaftaran perkahwinan kan? Hehehe. Saya kerja di Jabatan Pendaftaran Negara. So, saya layak untuk mendaftarkan perkahwinan untuk pasangan bukan islam.

Tiba-tiba dorang tanya saya :

"Encik ni dah kawin ke?"

Saya senyum je. Kemudian saya jawab,

"Belum lagi"

Dorang terkejut. Dengan pantasnya saya melarikan diri. Hehehe. Mesti dorang fikir yang saya ni daftar perkahwinan dorang tapi diri sendiri pun tak kawin. Hehehe.

Kantoi sudah.

p/s : Ada orang nak tolong carikan. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, September 18, 2011

"NAK YANG CANTIK JE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

"Mat, kenapa engkau tak kawin lagi?"

"Takde yang sesuai la"

"Ye ke? Atau engkau memilih sangat"

"Mestilah kena pilih. Kawin sekali je. Mesti la aku nak yang cantik"

"Isk... Tak boleh la macam tu. Nanti sampai ke tua pun engkau tak kawin"

Terdiam. Ini cuma sembang dengan orang ketiga berkenaan seorang kakitangan yang sampai blum kawin lagi.

Ada yang tak kisah sangat bila fikir soal pilih pasangan hidup. Ada yang nak yang dah ada kerja dan kewangan yang stabil. Ada yang nak yang high standard. Macam-macam hal.

Saya tak kisah sangat. Yang penting faham saya dan family saya. Itu je. Korang plak?

p/s : Entry ni untuk menyatakan luahan rasa ye? Bukan mencari jodoh. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 22, 2011

"BAIK ENGKAU CARI BINI CEPAT. MAKAN MINUM ENGKAU TERJAGA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

"Baik engkau cepat cari bini. Makan minum engkau ada orang jaga"

Soalan itu banyak kali kawan-kawan saya tanya. Cuma bukan saya tak nak tapi tak sampai hati. Kepada korang yang selalu baca blog saya, korang akan perasan saya tak jarang mention tentang ayah saya.

Actually, parent saya bercerai dan ayah saya tak bagi nafkah pada emak saya. Tapi saya tak nak burukkan dia sebab seburuk mana pun dia, dia tetap ayah saya. Saya memang berazam tak nak jadi macam dia.

Kenapa saya kata tak sampai hati nak kawin? Sebab kalau saya kawin, saya risau saya akan kurang ada masa untuk emak saya. Nak harapkan adik-adik saya, memang tak boleh sebab jarang ada kat rumah. Busy kerja je. Mungkin korang akan cakap saya ni anak emak. Saya tak kisah sebab saya seorang je merasa macam mana emak saya bekerja untuk sara kami 4 beradik.

Disebabkan saya anak sulung, sebahagian keputusan terletak di bahu saya. Sejak kecil lagi saya terpaksa belajar buat keputusan. Memang kadang-kadang saya termeletup gak. Hahaha.

Sebab tu la kalau emak saya teringin apa-apa, saya akan cuba dapatkan. Sebab segala jasanya dulu memang saya langsung tak dapat balas.

Korang jangan palingkan muka korang dari emak korang k? Jasanya sangat besar dan tak mampu dibalas oleh korang.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 15, 2011

MAMPU KE SAYA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah lepak-lepak lepas layan pelanggan yang berduyun-duyun datang berurusan, tiba-tiba saya terfikir.

"Dah bersedia ke saya?"

Ada beberapa orang kakitangan saya yang akan melangsungkan perkahwinan dorang tahun depan. Terfikir saya, dah bersediakah saya untuk menempuh alam perkahwinan? Duit hantaran dan mas kawin, Insya Allah dah ada.

Tapi tengah fikir lepas kahwin camne ye? Mampu ke saya jadi suami yang mampu memimpin bakal isteri saya? Nak pimpin diri sendiri pun masih dalam progress. Hehehe. Nanti bila dah ada anak, nak didik anak lagi.

Banyakkan saya fikir? Perasaan nak kawin tu ada tapi tak sampai seru dan takde jodoh. Tapi percaya ada ketentuan Allah, kalau dah sampai jodoh, saya kawin, kalau belum sampai jodoh, sabar je la. Hehehe.

Bilalah dapat berkawan dengan Heliza Helmi ni. Hehehe. Ada sesiapa nak kawin dengan saya?

Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka