Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Kejadian yang nak saya ceritakan ini berlaku di depan mata saya. Kejadian memang dah lama sangat tapi kadang-kadang saya teringat bila tengok budak-budak bawa basikal di tepi jalan besar selepas habis sekolah. Kadang-kadang tu saya tak berani nak potong budak-budak yang tengah bawa basikal itu.
Kejadian ini berlaku semasa saya belajar di sekolah menengah. Masa itu, cuti sekolah rasanya dan saya baru balik dari Parit Buntar dengan menunggang motorsikal Kriss Hitam saya. Masa itu, saya saja yang ada lesen dan emak saya belikan saya motorsikal Kriss warna hitam. Kalau nak pergi mana-mana, motorsikal itu je yang akan bawa.
Masa melalui satu jalan besar berdekatan dengan simpang taman perumahan, saya ternampak seorang budak tengah bawa basikal. Sorang-sorang je tapi masa itu saya nampak budak itu bawa basikal stabil je. Tak terhuyung hayang pun. Kemudian, saya ternampak sebuah kereta tengah memecut laju dari belakang basikal budak itu tapi mungkin pemandu itu nampak budak itu bawa basikal kat bahagian tepi, dia pun ambil keputusan untuk potong budak itu.
Tiba-tiba budak itu melencongkan basikal dia ke dalam jalan raya, dan saya tengok kereta itu tak sempat brek dan terus hentam budak itu dengan basikal dia sekali. Masa itu, saya memang tengah bawa motor tapi saya bawa slow sebab malas nak pecut. Basikal budak itu terus terpelanting ke tengah jalan dan budak itu pun tertiarap di atas jalan raya. Tak bergerak. Kereta yang langgar dia pun berhenti.
Saya masa itu memang pertama kali tengok kejadian sebegitu. Saya terus jalan je sebab masa itu pun badan saya dah menggigil. Sebab apa? Sebab saya pun ada pengalaman yang sama. Dihentam kereta dari belakang. Selepas itu, saya ceritakan kepada emak saya dan sampai sekarang, saya kadang-kadang akan terbayang bagaimana budak itu terpelanting dari basikal dia selepas dilanggar oleh kereta tersebut dari belakang.
Saya harap adik-adik yang balik sekolah bawa basikal atau motorsikal, bawa elok-elok. Jangan terhuyung-hayang atau tiba-tiba terlencong basikal atau motorsikal itu ke dalam jalan raya. Malang tak berbau.
Saya sebenarnya tak tahu apa yang terjadi kat budak itu. Korang ada pengalaman sebegini tak?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka