Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, January 20, 2013

KENAPA SHARIFAH ZOHRA JABEEN PULA YANG MEMAAFKAN SEMUA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya perasan ada artikel di Sinar Harian Online mengenai seorang pemimpin yang rasakan dirinya benar telah memaafkan Cik Bawani dan semua orang yang dikatakan mengutuknya. Saya rasa saya tak mengutuk dia, saya cuma menulis mengenai tindakan dia yang tidak menghormati orang lain. Itu saja. So, saya tak perlu minta maaf dan saya tak perlu dimaafkan.

Mungkin ada juga golongan yang suka maki hamun dia dan mencaci dia. Tapi baguslah sebab dia sudi maafkan mereka walaupun mereka langsung tak ada niat nak minta maaf.

Kepada Puan Sharifah Zohra Jabeen, sepatutnya anda kena minta maaf kepada Cik Bawani di atas tindakan anda menarik microphone semasa Cik Bawani memberikan pendapat. Dan juga perlukah puan mengulang-ulang ayat "Listen Listen Listen" dan "let me speak let speak" sambil membilangkan menggunakan jari?
Puan, program yang puan anjurkan ini bukan untuk budak-budak sekolah, program yang puan anjurkan ini adalah mahasiswa yang belajar di universiti. Oleh itu, sepatutnya puan melayan mereka seperti mahasiswa daripada melayan mereka seperti budak-budak sekolah. Contoh-contoh permasalahan yang dihadapi oleh haiwan-haiwan peliharaan puan tak perlulah digunakan untuk memahamkan mahasiswa point yang puan cuba sampaikan. Saya sebagai bekas mahasiswa pun tak faham apa yang cuba puan sampaikan. Cubalah berikan hujah yang profesional dan melambangkan puan ini adalah seorang pemimpin. Barulah orang lain akan hormat puan.

Di dalam Sinar Harian Online tersebut ada tertulis bahawa Puan Sharifah Zohra Jabeen berharap semua orang yang terlibat dapat menjadi profesional dalam perkara ini. Cuma pada pendapat saya, mungkin puan ini boleh tengok dan nilaikan dulu tahap profesional diri sendiri dulu sebelum nak berkata sedemikian.
Entry ini tidak langsung ada kaitan dengan sebarang "dipolitikkan". Apa yang saya sampaikan di sini lebih kepada pendapat saya sebagai bekas pemimpin pelajar dan seorang rakyat Malaysia.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment: