Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label samun. Show all posts
Showing posts with label samun. Show all posts

Friday, January 13, 2012

"DALAM RUMAH PUN TAK SELAMAT"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Muka surat depan surat khabar Kosmo! hari ni tentang rumah Wardina disamun oleh perompak. Alhamdulillah tak ada kejadian buruk terjadi kepada Wardina sekeluarga. Tapi, saya rasa Wardina akan mengalami trauma disebabkan kes macam ni.


Ini cuma salah satu kes samun yang disiarkan dalam surat khabar. Kita perasan sebab ia melibatkan selebriti terkenal. Cuba yang kena samun tu orang biasa je. Korang rasa korang akan perasan tak? Ya, korang perasan masa baca surat khabar (kalau surat khabar tulis). Lepas beberapa jam, mesti terlupa kan? Sama la dengan saya ni.


Sekarang ni nak berada dalam rumah sendiri pun tak selamat. Sampaikan rumah kita tu kita buat macam penjara. Mana taknya, kita kena pasang jerangkap besi di tingkap dan pintu. Pastu dikunci. Macam kita kunci dalam penjara sendiri. Itupun belum tentu selamat.


Kita tengok rumah orang dulu-dulu. Rumah papan je. Semua dibuat dari papan. Pintu dan tingkap takde pulak jerangkap besi berkunci macam sekarang. Dulu kurang pulak orang nak pecah masuk dan samun rumah orang. Mungkin tak mencabar macam sekarang kot? Andaian je.


Korang rasa kenapa sekarang ni makin banyak kes pecah rumah dan samun berlaku? Cuba kongsi pendapat korang. Tak rugi pun. Kan?


p/s : Kalau rasa tak selamat di rumah sendiri, macam mana hati nak tenang dan tidur nak lena kan?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka