Ada rakan blogger tanya saya, saya cat umah saya warna apa? Korang boleh sendiri kat dalam gambar atas tu.
Sejak rumah ni dibina, warna cat pertama yang saya cat adalah warna ni lah. Dah dekat lebih lebih 5 tahun tak pernah tukar warna cat. Maintain warna cat ni je.
Masa mula-mula saya cat dengan warna ni dulu, ada kisah lucu. Satu pagi atau petang, saya tak berapa ingat, emak bangun tidur dan keluar bilik. Bila terpandang dinding rumah yang baru dicat tu, tiba-tiba dia menjerit:
"Alamak. Rumah aku terbakar"
Lepas beberapa minit baru dia perasan itu warns cat. Masa emak saya cerita tu, saya gelak je. Saya nampak warna ni biasa je. Macam mana emak saya boleh nampak macam warna terbakar. Hehehe.
Korang nampak warna macam terbakar ke?
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sila Tekan Like Jika Suka

