Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label hisap rokok. Show all posts
Showing posts with label hisap rokok. Show all posts

Friday, January 4, 2013

BUDAK SEKOLAH AGAMA DAN ROKOK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah hari tadi saya ke salah sebuah masjid di Selangor. Masjid ini berdekatan dengan sebuah sekolah agama. Saya pun berjalan untuk mengambil wuduk, saya ternampak seorang budak lelaki lengkap berpakaian baju melayu putih dan seluar putih serta siap dengan bersampin hijau lagi. Sampin hijau ini sinonim dengan pelajar sekolah agama. Saya secara tak sengaja ternampak di tangannya ada sebatang rokok.

Muka budak tu kelihatan bangga sambil tunjukkan rokok tu kepada kawannya. Bila dia perasan saya tengah tengok, terus dia sorokkan rokok itu. Pelajar itu kelihatan kecil je dan saya yakin dia masih belum matang lagi.

Saya teringat kepada kawan-kawan saya dulu, dorang cakap kepada saya,

"Hang nak matang, hang kena hisap rokok"

Saya masa itu memang kedekut sangat. Saya cuma rasa pada masa itu daripada saya membazir beli rokok, baik saya simpan duit saja. Sebab itu, ramai juga yang tak layan saya sangat sebab dorang fikir saya tak matang tapi dorang dah matang dengan ... hisap rokok.

Sekarang ini dah makin teruk. Sampai budak sekolah rendah pun dah pandai hisap rokok. Duit beli rokok tu dorang dapat daripada siapa? Sudah semestinya daripada parent dorang.

Bagi saya, hisap rokok ini macam bakar duit je. Sebab dorang beli rokok, pastu bakar. Korang setuju tak?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, November 15, 2011

"HANG HISAP ROKOK KA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Korang hisap rokok tak? Saya memang tak pernah hisap rokok. Sentuh nak bagi kat bapa saudara or kawan-kawan pernahlah. Dorang pernah offer kat saya tapi saya tolak.


Actually, tajuk kat atas adalah pertanyaan emak saya suatu ketika dulu. Masa tu, saya pergi ke kilang emak saya kerja untuk ambil dia bawa balik. Masa tu saya naik motor je. Sampai je rumah, emak saya tanya saya:


"Hang hisap rokok ka?"


Terkejut tiba-tiba emak saya tanya macam tu dan terus saya jawab,


"Eh... Mana ada"


"Pastu baju hang bau rokok tu"


Saya terdiam. Bila masa plak saya hisap rokok dan macam mana baju saya bau rokok. Kemudian, baru saya teringat.


"Tadi masa nak balik tadi, emak perasan tak orang ada bakaq sampah?"


"Perasan"


"Masa bawa motor td terlanggar asap bakaq sampah tu. Sebab tu la baju bau asap"


"Ohh..."


Saya memang tak hisap rokok. So, saya memang tak tipu emak saya. Lagipun saya ni kedekut. Dari bazir beli rokok, baik saya beli ayam goreng faveret saya atau belanja Heliza Helmi makan ayam goreng. Kan?


Hehehe.


p/s : On the way drive nak balik Penang ni. Esok pagi nak drive ke UiTM Arau untuk hantar adik.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 16, 2011

ROKOK = MERCUN = BAKAR DUIT


Get addicted gaming to win your share of RM25,000!
What is Limhamn, Factum or Bekväm?

Ever feel like you need a genie to make your wishes come true?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Perasan persamaan antara ROKOK dan MERCUN? 

1. Rokok dan Mercun dibakar kemudian dibuang.

2. Rokok dan Mercun merosakkan orang yang hisap/main (Kes putus jari dan lain-lain).

3. Rokok dan Mercun membuatkan masyarakat sekeliling benci dan menyumpah seranah.

4. Rokok dan Mercun mengganggu ketenteraman awam.

5. Rokok dan Mercun dibeli dengan duit dan dibakar macam bakar duit.

6. Rokok dan Mercun boleh buat orang ketagih.

7. Rokok dan Mercun takde kebaikan langsung selain keburukan je.

8. Rokok dan Mercun boleh menyebabkan kebakaran (sebab dua-dua terbakar).

9. Orang yang hisap rokok ada masalah otak sebab tahu bahaya Rokok dan Mercun, tapi masih hisap/main.

10. Rokok dan Mercun keseronokan sementara saja.

Ini antara yang dapat difikirkan oleh saya. Kalau korang ada nak tambah, boleh kongsi kat ruang komen.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 12, 2011

KEMPEN : "KATAKAN TIDAK KEPADA ... "

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini tiba-tiba terasa nak Kempen plak. Kempen Katakan tidak kepada ... ROKOK. Tiada yang baiknya hisap rokok ni. Penyakit dapat, duit yang habis.

Saya mengaku dengan banglanya eh.. bangganya saya tak pernah hisap rokok. Saya ada kawan-kawan yang pernah pengaruh saya untuk hisap rokok. Korang tahu apa dorang cakap?

"Hang ni budak-budak la tak hisap rokok. Orang hisap rokok ni dah matang"

Masa tu saya sentiasa ingat pesan emak saya supaya jangan hisap rokok. So, saya memang tak nak hampakan harapan emak saya. Lagipun, masa tu saya memang kedekut. Makan pun saya catu. Saya jenis berjimat cermat. Hahaha...  Teruk kan?

Buat apa nak bakar duit dengan hisap rokok yang tak berfaedah tu? Saya ajak rakan-rakan yang hisap rokok tu berhenti. Ada banyak cara nak berhenti. Boleh pergi ke hospital atau klinik kerajaan untuk dapatkan cara secara percuma atau harga yang murah.

Saya juga nak ajak rakan-rakan blogger untuk buat satu entry dalam blog korang untuk menyokong Kempen ni. Kalau sudi, link kan ke blog saya ye? Hahaha... Isi entry korang, ikut pendapat korang.

Korang sudi ke tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka