KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, February 16, 2012

"INI TEMPAT AKU, AKU PUNYA PASALLAH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tak jumpa yang macam ni? Jenis berlagak dan bangga diri sebab itu tempat atau kampung dia? So, disebabkan itu tempat atau kampung dia, dia boleh buat apa saja? Saya pernah jumpa orang sebegini. Memang menghangatkan suasana dan sudah pastinya hati saya yang masa tu cuma menyejukkan hati dengan berdiam diri saja.

Saya jumpa orang sebegini di sebuah tempat atau kampung dekat rumah saya di Sungai Bakap. Tak nak la sebut nama tempatnya. Yang bestnya, saya bukan jumpa seorang je tapi hampir semua perangai macam tajuk kat atas tu. Kalau seorang bolehlah saya tahan lagi tapi ramai, entahlah. Mungkin dorang tak diajar dengan ilmu adab sopan kot?

Kisahnya begini, satu hari ni saya pergi ke tempat atau kampung tersebut untuk jumpa catering yang disyorkan oleh ibu saudara saya untuk kenduri kahwin saya bulan 3 nanti. Saya pun drive dan pergi dengan ibu serta adik lelaki saya. Jalan di kampung tu taklah besar tapi masih ada line putus-putus di tengah untuk membahagi jalan kepada dua hala.

Semasa saya drive, saya terpaksa memperlahankan kereta saya disebabkan ada 2 buah motorsikal yang berpenumpang dan tak pakai helmet sedang menunggang beriringan. Saya ingat bila dorang nampak saya ada di belakang, dorang akan ke tepi untuk bagi saya jalan dulu. Tapi, dorang tengok side mirror motorsikal dorang dan terus bersembang sambil menunggang beriringan. Saya bagi isyarat tapi dorang just ignore je. Mungkinkah dorang ingin saya melanggar dorang? (Berfikir dengan kuatnya.. Hehehe).

Terpaksalah saya follow belakang dorang sampai dorang masuk simpang destinasi dorang. Ibu saya pergi bertanya dengan kawan sekerjanya tentang tempat atau kampung tersebut, dan memang diakui perangai macam tu telah menjadi kebiasaan dorang. Menurut kawan sekerja ibu saya, even pemandu van kilang tekan hon pun, dorang tak berganjak dan terus menunggang beriringan hingga menghalang jalan.

Yang bestnya, kereta peronda polis lalu je tak buat apa-apa pun. Penunggang tersebut tidak memakai topi keledar secara terang-terangan lagi. Selepas tu, memang saya tak ejak dah kaki saya kat kampung tu. Buang masa je layan orang yang tak tahu hormat orang lain dan berlagak macam tu.

Korang rasa apa korang akan buat kalau jumpa penunggang macam ni?

p/s : Kecewa dengan sikap polis yang memandu kereta peronda polis tu sebab tak ambil tindakan. Macam tak jalankan amanah yang diberikan je. Ingat, AMANAH tu, tak boleh buat main-main.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. usah di layan mereka yg berperangai sebegitu

    ReplyDelete
  2. teruknya kalo ramai yang perangai mcm tu

    ReplyDelete
  3. samseng kampung memang camtu.....
    biler dah berlanggar.... satu kampung dtg kecoh ...

    ReplyDelete
  4. hari-hari jumpa orang macam ni kat tempat sendiri...rasa kuat lah tuh..

    ReplyDelete
  5. ish..sangat tak suka org yg bersikap macam tu..nak marah nanti tu tempat mereka kan..yg best nya part polis peronda tu..apala yg diorg fikirkan sampai tak kisah langsung penunggang motosikal menunggang tanpa helmet..

    ReplyDelete
  6. polis pun dah boring kot bdk tu asik wat hal same je...hehehe

    ReplyDelete