KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, February 24, 2012

"PSSST... TOLONG BAGITAU KAWAN AWAK TU..."

Assalamulaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Kisah ni saya dengar dari kawan saya sebenarnya. Kawan saya cerita, ada kat satu syarikat ni buat satu temuduga untuk cari pekerja baru. Masa tu ramai gak yang apply. Si kawan kepada kawan saya pun apply sekali.


Si dia berjalan masuk dengan penuh macho. Kawan saya jalan sebelah dia relax je. Ada dua tiga awek asyik tengok-tengok kemudian gelak-gelak kecil sambil tutup mulut. Kawan kepada kawan saya terperasan dan ingat awek-awek tu tengok sebab dia smart hari tu.


Kemudian, salah seorang daripada awek tu berjalan ke arah dia dan kawan saya. Kemudian, dia panggil kawan saya dan berbisik sambil menunjuk jari kepada kawan kepada kawan saya. Kemudian berlalu pergi. Si dia ni ingat awek tu nak minta nombor handphone dia tapi kawan saya ni tarik dia ke tepi dan bisik kat telinga dia,


"Wei, zip hang tak tutup la. Awek tadi suruh aku bagitau hang"


Sepantas kilat dia memandang ke bawah dan terus tutup zipnya. Muka dia dah merah padam dah. Itulah, lain kali check dulu baju dan seluar kita bila ada orang tengok kita sambil gelak-gelak kecil tutup mulut. Mesti ada something "terbuka" ni. Hehehe.


p/s : Kalau korang kat tempat si dia tu, apa korang rasa dan akan buat?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

13 comments:

  1. heheeee...ala..kesian dia. maluu woo.

    ReplyDelete
  2. hahhaa....rase nk blk trus...xjd g interview...hahah

    ReplyDelete
  3. Adddooiii,sabar jela.Lainkali make sure di zip.hehehe

    ReplyDelete
  4. ahahah...kesian nye..lupe ttup lak zip..bukan laki je eh penah jd..gegerl pon penah jd gitu..

    ReplyDelete
  5. urrgghhh malu sangat2...konfirm mcm pakai blusher je pipi nieh hehehe

    ReplyDelete
  6. adeh..konfem malu seyhh~ =P








    jiran nasz,
    ana

    ReplyDelete
  7. akak pun pernah jumpa orang yg tak terzip seluar ni..tapi orang perempuan..serba salah pulak kita, nak kasi tahu kut dia jadi malu tak nak bagi tahu nanti nanti makin ramai pulak yg tengok...

    ReplyDelete
  8. Perkara yang tak disangka-sangka..
    So, make sure check dulu sebelum keluar :)

    ReplyDelete
  9. malu malu......
    tak interview pun takpe..... nanti jumpa awek tu lagi..... sampai ke tua depa dok perli nanti....

    ReplyDelete
  10. ahhahaa... :P *malu la lelaki tu.. mesti merah cm tomato muka dia.. :P

    ReplyDelete