KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, February 8, 2012

"DISEBABKAN AYAM GORENG...GADUH"



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah beronline di Facebook, terjumpa video kat atas ni. Korang tengoklah dulu.

Kita di Malaysia ni, terlalu banyak dan macam-macam jenis makanan yang ada. Tak macam kat Somalia dan Negara-Negara yang selalu kekurangan makanan serta hidup kebuluran, kita boleh dikatakan bertuah.

Bila tengok video kat atas tu, saya perasan customer to ada maki hamun dalam bahasa cina tapi saya tak berapa faham. Saya pernah bekerja di front line macam ni, saya faham customer nak service yang cepat dan bagus. Tapi, customer kena faham yang mengserve dorang pun manusia macam dorang. Boleh tengok ramai tengah beratur kan?

Saya ada pengalaman pernah dimaki hamun oleh customer dengan pelbagai perkataan kesat. Banyak kali gak. Tapi saya belajar tahan sabar. Actually, memang susah nak bersabar bila kita berhadapan dengan customer yang mulut jenis nak maki hamun je. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya. Daripada situ, saya dapat satu pengalaman berharga.

Pada pendapat saya, dalam video tu, kedua-dua pihak salah, customer tak sepatutnya maki hamun pekerja KFC tu walaupun perut tengah lapar sesangat sekalipun. Kalau rasa lambat sangat, just pergi kedai makan lain. Saya rasa dekat i City tu mesti banyak kedai makan lain. Pergi je makan kat kedai lain.

Pekerja KFC tu pun tak perlu dekat situ gak nak hentak customer tu. Jaga imej syarikat yang menggaji kita. Mungkin lebih baik belajar bersabar. Diam tak semestinya kita pengecut. Diam tu kadang-kadang lebih baik lagi. 

Ini cuma pendapat saya je. Apa pendapat korang plak?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. Betul Nasz.. kadangkala diam itu lebih baik bukan beerti dayus..

    'senyum... tak perlu kata apa-apa'

    ReplyDelete
  2. isyhh .
    ni lah rakyat malaysia ^^
    sopan santun takde , ingat nak maki hamun jeh . kesabaran sume dah terbang entah ke mana .
    kadang2 manusia lupa yang manusia hanya manusia biasa bukaannya robot .
    kadang2 manusia lupa apa itu erti kesabaran

    eheeee , nasib baik tak apply part time kt fast food. mesti meleleh air mata sy kene sound T___T
    lalalaa

    ReplyDelete
  3. kfc i-city pun bukan besar sangat,nak cater semua orang makan kat situ mmg tak dan,kat i-city bukan banyak choice nak makan.lenkali kalau pi sana bawak bekal then picnic tgh malam buta sambil tgk lampu.dulu sy pi nak beli air kat kedai tu pun beratur panjang..tobat takmo pi sana..just imagine tempat tu jd tumpuan ribuan orang..lemas

    ReplyDelete
  4. "customer always right".... hahahaha
    boleh pakai lagi ke pepatah tuhhhh.... saya pernah kerja kat kfc gak... dan ader pengalaman gaduh ngan customer.... at that time darah masih muda n memang tak terasa langsung yg perbuatan saya salah sbb apa dlm pikiran saya, customer tu kurang ajar n patut diajar but after that baru timbul penyesalan..... tp dah x berguna kan.... so since that day saya nekad tuk lebih bersabar dan berfikir sebelum bertindak..... tp sy masih ingat ayat dari manager saya pada waktu itu...."customer always right but sometimes they stupid"

    ReplyDelete
  5. pasal makanan pun nk bergaduh....
    nak mkn pun ade adab jugak.... begitu juga dlm berurusan.... tak dinafikan ade jugak manusia yg sibuk nk mengamalkan theme customer is always right.... tapi kena ikut situasi lah....

    ReplyDelete
  6. only good customer always right

    ReplyDelete