KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, February 25, 2012

"SETELAH HAMPIR 5 TAHUN..."

Assalamualaikum Dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi petang saya selepas pergi kenduri staf saya, saya bawa tunang saya ke Tapah, Perak. Katanya nak jemput keluarga angkat ya ke majlis Perkahwinan kami yang akan dilangsungkan pada 10th Mac 2012 di Sauk, Kuala Kangsar, Perak. So, korang yang tengah baca post dijemput hadir ye? Kenduri sebelah lelaki Akan diadakan pada keesokan harinya di Sungai Bakap, Penang. Kalau korang nak detail, pergi ke wedding page kami di link kat bawah:


WEDDING PAGE NASER & MARIAM

sila buat pengesahan kehadiran kat wedding page tersebut kalau korang sudi hadir. Ok, dah promote dan kita kembali ke tajuk asal kita kat atas. Hehehe. So, dengan rasa senang hati keriangan macam baru dapat jumpa Boboiboy, saya pun men"drive" tunang ke Kampung Batu Melintang, Tapah, Perak. Dah lebih kurang 5 tahun tak menjenguk mereka disebabkan jauh Dan tiada peluang, hari ini terjadilah kejadian perjumpaan antara seorang anak angkat dengan family angkat.

Oh... Saya baru menerima berita daripada tunang saya yang kini berada sebelah saya menyatakan dia Dan family dia dah pernah berjumpa family angkat ini beberapa kali. Oleh itu, sila Rujuk kenyataan yang dinyatakan oleh tunang saya di sini ye? Hehehe.

Dengan ini, dirumuskan perjumpaan ini berlaku dengan baik Dan tiada sebarang peperangan berlaku kerana Ketidakcukupan ayam goreng. Cuma mengingatkan diri saya yang dah lama tak menjenguk family angkat saya yang berada di Kampung Pulau Tiga Kiri, Perak.

Sekarang ni,saya selaku tunang encik nasz telah merampas iPad untuk menyatakan kebenaran berkenaan sesuatu...sebenarnya encik nasz langsung tak pernah jenguk family angkat dia kt Kampung Pulau Tiga Kiri tu...Bukan "dah lama tak jenguk" tp "memang tak pernah jenguk"..hehe...ini kebenaran ye...
Ok...sampai masa iPad diserahkan semula pada encik nasz...hehe...

p/s : alamak.. Kantoi sudah. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

7 comments:

  1. Tahniah! selamat menempuh hidup baru semoga bahgia selamanya.

    ReplyDelete
  2. wah dh nk kahwen..tahniah yer...slmt pngantin baru in advance hhehehe..

    ReplyDelete
  3. ala............
    tak dapat datang.............
    masih di johor....
    apa apa pon
    selamat pengantin baru saya ucapkan...
    walaupun lama lagi kendurinya.....









    http://azlanthetypewriter.blogspot.com/2012/02/promosi-teddy-bear.html

    ReplyDelete
  4. tahniah in advance dari remy......
    berkira2..... dari sepang ke taiping dan kesauk......he3....

    ReplyDelete
  5. wahhh Alhamdulillah dah nak kawen...
    jauh tuh

    ReplyDelete
  6. kampung pulau 3 kiri ? kmpung saya... hee

    ReplyDelete
  7. terlupa lak.. selmat bakal menjadi pengntin baru .. ;)

    ReplyDelete