Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label gaduh sebab kfc. Show all posts
Showing posts with label gaduh sebab kfc. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

"PERBANDINGAN PENJELASAN CUSTOMER DENGAN VIDEO SERANGAN STAF KFC"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ada post satu entry berkenaan "DISEBABKAN AYAM GORENG...GADUH". Tadi saya secara tak sengaja terjumpa satu video di Youtube yang menunjukkan apa yang terjadi sebelum customer tu ditumbuk dan ditendang.


Ini apa yang dikatakan oleh orang yang upload video ni dalam youtube yang berada di tempat kejadian:

"Basically this is what happened: Feb 6 2012, ICT Shah Alam (Malaysia) KFC outlet. So many people, little chicken left, queue gets longer. Hungry customers start to get restless. 


A customer starts complaining, and staff start to yell back. Then a few racial slurs begin to fly around from the customer. The staff get angry.. and the fight starts. There's a Part 2 for this video."

Korang cuba tengok dan dengar betul-betul video kat atas tu. Korang akan dengar customer tu menjerit-jerit dengan pelat english tersekat-sekat. Kemudian, baru ada video Part 2 kat bawah ni:


Video di atas baru menunjukkan Staf KFC tu keluar untuk serang customer tu. Tapi, bila didengar betul-betul sebelum staf KFC yang meluru untuk tumbuk dan tendang customer tu, customer tu ada menjerit sekuat hati dia dalam bahasa cina. Saya tak faham.

Tapi yang menghairankan, dalam Press Conference yang dibuat oleh dorang dengan kerjasama DAP, customer itu mengaku tak keluarkan apa-apa ayat yang boleh menaikkan kemarahan staf KFC tu. Korang boleh tengok dan dengar sendiri penjelasan yang diberikan oleh customer tu:


Dalam Press Conference kat atas, customer mengatakan dia langsung cakap apa-apa yang boleh menaikkan kemarahan staf KFC tu tapi bila kita tengok dan dengar balik video-video kat atas, saya dapat dengar customer tu marah dan jerit-jerit kat staf KFC tu. Lagipun, dalam Press Conference tu langsung tak ceritakan secara menyeluruh dan cuma menceritakan tentang customer je.

Mungkin kita patut dengar penjelasan staf KFC tersebut supaya adil dan kita dapat menentukan siapa yang salah. Tapi, dari pengalaman saya bekerja dalam line macam ni, memang staf KFC takkan diberi peluang pun. Ini mengikut pengalaman saya ye?

Korang tengok, dengar dan bandingkan apa yang berlaku dan apa yang dinyatakan dalam Press Conference customer tu, apa pendapat korang?

p/s : Hairan kenapa customer lain tak naik marah macam customer ni pun disebabkan ayam goreng tak cukup. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, February 8, 2012

"DISEBABKAN AYAM GORENG...GADUH"



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah beronline di Facebook, terjumpa video kat atas ni. Korang tengoklah dulu.

Kita di Malaysia ni, terlalu banyak dan macam-macam jenis makanan yang ada. Tak macam kat Somalia dan Negara-Negara yang selalu kekurangan makanan serta hidup kebuluran, kita boleh dikatakan bertuah.

Bila tengok video kat atas tu, saya perasan customer to ada maki hamun dalam bahasa cina tapi saya tak berapa faham. Saya pernah bekerja di front line macam ni, saya faham customer nak service yang cepat dan bagus. Tapi, customer kena faham yang mengserve dorang pun manusia macam dorang. Boleh tengok ramai tengah beratur kan?

Saya ada pengalaman pernah dimaki hamun oleh customer dengan pelbagai perkataan kesat. Banyak kali gak. Tapi saya belajar tahan sabar. Actually, memang susah nak bersabar bila kita berhadapan dengan customer yang mulut jenis nak maki hamun je. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya. Daripada situ, saya dapat satu pengalaman berharga.

Pada pendapat saya, dalam video tu, kedua-dua pihak salah, customer tak sepatutnya maki hamun pekerja KFC tu walaupun perut tengah lapar sesangat sekalipun. Kalau rasa lambat sangat, just pergi kedai makan lain. Saya rasa dekat i City tu mesti banyak kedai makan lain. Pergi je makan kat kedai lain.

Pekerja KFC tu pun tak perlu dekat situ gak nak hentak customer tu. Jaga imej syarikat yang menggaji kita. Mungkin lebih baik belajar bersabar. Diam tak semestinya kita pengecut. Diam tu kadang-kadang lebih baik lagi. 

Ini cuma pendapat saya je. Apa pendapat korang plak?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka