Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, September 3, 2011

"SAYA ORANG BAIK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak kita fikir diri kita bagus? Pernah tak kita fikir diri kita baik? Pernah tak kita fikir diri kita jahat? Saya yakin hampir semua orang pernah. Yang tak pernah tu sama ada ego diri tutup mata dia atau imannya memang teguh sangat-sangat.

Saya mengaku pernah fikir. Sebab iman saya pun tak seteguh manapun. Kejap naik dan kejap turun. Saya ada ego gak. Pandai-pandailah control. Tapi kadang-kadang saya terfikir, betul ke saya ni seperti yang saya fikir?

Saya rasa, untuk nilai diri kita ni baik ke jahat, bukan diri kita. Tapi orang di sekeliling kita. Kalau dalam 10 orang, ada 9 orang kata kita jahat, maknanya ada something yang buat kita jahat. Kadang-kadang bila kita ditegur, kita melenting. Lepas tu, orang lain dah malas nak menegur la. Nanti ke sound. Betul tak?

Bagi saya, kalau nak tahu kita ni macam mana, tengok cara orang berinteraksi dengan kita. Kalau orang tak suka kita, cara dorang layan berbeza dengan orang yqng ikhlas nak kawan dengan kita. Saya tahu ada gak yang "depan manis macam gula tapi tikam belakang". Memang ada sebab manusia macam-macam perangai.

Tapi, saya nak tanya 1 soalan kat korang. Kalau korang tak suka seseorang tu, korang akan cuba elakkan dia atau beria-ia nak jumpa dia?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. cnfrim, elakkan diri

    ReplyDelete
  2. layankan je. beriya-iya tu melampau la kan? hoho

    ReplyDelete
  3. sgt mendalam ayat yg last tu..tapi tu la hakikat manusia kan..

    ReplyDelete
  4. elakkan dari jumpa dia, kalau terjumpa pun buat dono jek haha. iman bertambah dan berkurang ^^,

    ReplyDelete
  5. erm.. kalau saya tak suka kat org tu.. saya elak r dari jumpa dia.. malas r tengok muka org macam tu..

    ReplyDelete