Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, September 26, 2011

PILIHAN? WUJUD KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam hidup kita ni, wujud ke pilihan? Atau perjalanan kehidupan kita telah ditentukan sejak mula lagi? Kita ada ke pilihan untuk dipilih? Pernah tak korang terfikir perkara ni?

Bagi saya, kita diberikan pilihan. Kita diberikan peluang untuk memilih dan mencorak kehidupan kita. Apa yang menyebabkan saya fikir macam tu? Sebab kita diberikan akal. Melalui akal, kita mampu berfikir dan menilai pilihan yang ada.

Tersilap pilih, hidup kita akan ada masalah. Tapi kadang-kadang masalah itulah yang membawa kita kepada pilihan yang lebih baik. Yang penting, kita gunakan akal dan kalau kita rasa tak dapat gak buat pilihan, mohon kepada Allah untuk bantu kita.

Bagi saya, pilihan itu wujud. Cuma yang tidak "mewujudkan" pilihan itu adalah diri kita sendiri. Kita "dibutakan" dengan ego kita sendiri.

p/s : Sori kalau ada yang terasa. Cuma luahan dari dalam hati.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

5 comments:

  1. setuju...kita diberi akal untuk berfikir apa yg terbaik untuk diri dan org sekeliling.

    ReplyDelete
  2. Kite sentiase diberi pilihan tp kadang2 kite yg x nmpk pilihan tu..

    ReplyDelete
  3. lieynanilaz : ye. gunakan akal kita sebaiknya.

    Muqdeq : memang ada pilihan tapi kita butakan dengan ego kita. sebab tu kita tak nampak pilihan tu.

    ReplyDelete
  4. yang terasa tu mesti deme la yg buat gitu..kan nasz kan? hehe





    cik ana.

    ReplyDelete
  5. anamizu : manusia ni pelik ana. perkara kecil bleh dibesarkan.

    ReplyDelete