Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, September 28, 2011

"DAH LAMA TAK NAIK BAS.."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi drive, ternampak bas. Teringat masa saya belajar di Penang Free School dulu. Sebab rumah saya jauh di Sungai Bakap, saya kena la duduk asrama. Dulu boleh dua minggu sekali ke rumah. Tapi bila dah makin senior, memang malas nak balik. Biasalah. Suka bebas kan? Hehehe.

Biasanya bila nak balik kampung je, bas mesti penuh. Kena berdiri dalam yang penuh dengan lautan manusia dan pelbagai jenis bau yang kurang menyenangkan. Dah la kena berdiri lebih daripada sejam. Itu kalau tak jem, kalau jem plak, kena berdiri sampai 2 jam. Naya kan?

Nak balik kampung, ada 2 jalan.

Jalan 1:

Naik Bas Nombor 18 yang menuju ke Plaza Summit di Bukit Mertajam. Bas ni akan naik jambatan Pulau Pinang. Sebab kalau penuh, memang kena berdiri je la. Dari Plaza Summit Bukit Mertajam, saya akan naik bas Cityliner Nombor 97 yang menuju ke Nibong Tebal. Tapi saya akan berhenti kat Sungai Bakap. Bas ni pun selalu penuh dan mesti kena berdiri. Kadang-kadang air-cordition boleh rosak. Berpanas la dalam bas tu.

Jalan 2:

Naik mana-mana yang pergi ke jeti Pulau Pinang. Kemudian, naik feri ke seberang. Dah sampai seberang, saya akan naik bas Cityliner nombor 513 yang menuju ke Parit Buntar. Saya akan turun di Sungai Bakap je la. Bas ni pun selalu penuh dan akan datang lebih kurang sejam sekali. Kalau terlepas, menunggu la saya.

Sekarang dah pakai bas Rapid Penang. So, jarang nampak bas Cityliner ni. Lepas beli motor, jarang naik bas dah. Tapi masa belajar kat UiTM Seri Iskandar Perak Semester 1 dan 2, memang naik bas express plak. Hahaha.

Rasa rindu plak nak naik bas. Banyak kenangan saya naik bas dengan kawan-kawan dulu. Korang selalu naik bas?

p/s : Sejak kerja kat Bagan Datoh Sejak setahun lebih dulu, tak pernah naik bas yang ada kat sini.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

15 comments:

  1. sm la kite...dh abis blj ni nk pandg bas pon malas

    ReplyDelete
  2. huwaaaaaaaaaaa
    tetibe rindu juge
    nak balik jhr-perak
    nek bassss

    ReplyDelete
  3. Salam;
    Samalah tu..dulu ada naik bas sekarang langsung tak naik lagi...memang rindu juga nak naik Bas balik....

    ReplyDelete
  4. aku selalu g melepak naik bas... sbb xleh drive sndiri..huahua

    ReplyDelete
  5. salam,saya follow sini,tak tahu mcm mana nak naik bas..dulu byr tambang ada kndtor bg tiket...skrg ni..

    ReplyDelete
  6. miss osixnine : hehe..betul2.

    aimie amalina : g la naik. duduk dalam bas berjam2. hehe.

    yusuflaili : ye. terasa rindu nak naik bas balik.

    yui92 : xpe2. nanti dah ada kete, tak naik bas kan? hehe.

    ReplyDelete
  7. cinnamon.com : dulu ada konduktor, sekarang ni pakai tabung je.

    ReplyDelete
  8. kat sini takde pengangkutan bas melainkan bas sekolah...

    tapi saya masih menggunakan perkhidmatan bas bila nak balik kg..hehe.

    ReplyDelete
  9. saya study di UniMAP ni.. hari2 kena naik bas.. asrama dgan tempat kuliah.. ambik masa 30 minit.. jauh kot

    ReplyDelete
  10. Sama la kita..last naik bas 3-4tahun lepas balik kampung..

    ReplyDelete
  11. masa cik ana study kt penang dulu pun jenuh dok tersepit dlm bas.. trun jeti,kena plak berebut nek bas..masa tu blm start ada rapid lagi..tp masa final year,rapid penang diperkenalkan & masa tu rasa lega gila sbb xyah nak berebut naek bas2 lain yg mmg mcm sardin tu..hehe




    jiranmu,
    cik ana =)

    ReplyDelete
  12. lieynanilaz : student banyak guna bas express balik kampung. standardlah. hehe.

    zul fattah : nnt zul dah tak naik bas, kenangan tu akan zul selalu kenang.

    Kimie : hehe..sama la kita kan?

    ReplyDelete
  13. anamizu : hehehe...sempat ana dengan rapid penang ye? saya masa jeti tak terbakar lagi, sempat gak lepak2 parkson kat jeti dl. pas jeti terbakar, tempat tunggu bas bawah jambatan. memang menyedihkan.

    ReplyDelete
  14. hi...ribena folo sini..tengs folo ribena ehhh

    jom baca entry bru ribena... peribahsa lingkup dan tips elak kecurian,,,yeahhh

    ReplyDelete