Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, September 27, 2011

"BOLEH PINJAM DUIT TAK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah pinjam duit kawan-kawan korang tak? Atau korang pernah meminjamkan duit kat kawan-kawan korang tak? Saya yakin hampir semua pernah kan? Saya pernah pinjam dan meminjamkan.

Saya ni jenis jarang meminjam duit orang kecuali betul-betul terdesak. Sebab bila saya pinjam, saya akan jadi resah tak tentu pasal sebab tak dapat bayar lagi. Tak nak orang yang saya pinjam tu terasa hati dan bising-bising sebab lambat bayar. Tapi, bila dapat ada duit, memang saya kena dahulukan untuk bayar duit yang dipinjam. Baru lega hati ni.

Saya ni jenis memilih untuk bagi orang pinjam duit. Kalau orang tu ada sejarah yang menunjukkan susah nak bayar balik, memang saya takkan bagi pinjam. Bukan kedekut tapi tak nak dia kedekut nak bayar balik je. Saya selalu nampak bapa dan mak saudara saya pinjam duit daripada emak saya. Kemudian, satu hari tu, saya nak sambung belajar lepas UPSR, emak saya pergi la rumah si dia untuk minta balik duit yang dipinjam. Sikit pun takpe sebab nak bayar yuran sekolah menengah saya. Tapi, orang tu merungut kata takde duit dan so on. Emak saya tekan sebab sebelum dia pinjam, dia kata akan bayar setiap bulan secara ansuran tapi langsung tak bayar. Lepas berapa lama minta, baru dapat sikit. Itupun dengan pelbagai ngomelan daripada si dia.

Lepas itu, saya bagitau emak saya, kalau ada adik beradik emak saya nak pinjam, jangan bagi. Sebab ayah saya hilang entah ke mana, sayalah yang akan buat keputusan. Emak saya ikut je cakap saya. Sebab dia pun dah fed up dengan yang tahu meminjam tapi liat nak bayar balik. Kalau dah janji nak bayar ansuran bulanan, bayar la. Jangan duk cari alasan lain.

p/s : PTPTN pun dalam proses bayaran balik. Dapat tawaran UJRAH. Alhamdulillah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

11 comments:

  1. Salam;
    pijam senang bayar tu yang susah..akupun sama ngan awak kalau betul2 tersepit baru pinjam ngan kekawan.

    ReplyDelete
  2. saya pun nak bagi pinjam duit...tengok org gak..:)

    ReplyDelete
  3. huuuuu
    betoiiii
    amatla ssh dgn owg cenggini
    tawu onjam
    nak bayar balik
    aiyaaaaakkkk
    liat benoooo aihhh

    ReplyDelete
  4. dua2 pernah...selalunyer pinjam dr adik beradik jer la..pastu ngan abah sbb abah jer yg keje. tp lps dh keje thn 2005 byr semula la..wlpn x mampu nak balas semua jasa abah. kdg2 masa nak byr kt abah tu, abah ckp.." x payah la simpan tuk awak wat belanja time kecemasan nnt"..sweetkan abah sya

    ReplyDelete
  5. yusuflaili : dah lumrah manusia yang suka pinjam tapi liat nak bayar balik.

    Umie : Sila2..

    lieynanilaz : betul tu. kalau silap bagi pinjam, burn la duit kita.

    aimie : itulah. kena hati2 nak bagi pinjam kat orang pun.

    Tentang Kita : memang sweet..hehe. bgslah sebab usaha gak nak bayar balik. mungkin sebab usaha awak tu, abah awak xkisah. kan? hehe.

    ReplyDelete
  6. hah,bab pinjam mau, bayar x mau ... ini yg susah nih! sebelum dp, bukan main manis n merengek! bila taim nak bayar, mengelak jer ... :(

    ReplyDelete
  7. Acik : memang dah macam tu perangai dorang. kena hati2 masa bagi pinjam la. hehe.

    ReplyDelete
  8. komen tak ada kaitan :)

    saya tag awak . jom singgah http://fiesayangrul.blogspot.com/2011/09/jowm-joint-bloglist-eyryn-bercerita.html

    ReplyDelete
  9. selalu je hadapi situasi mcm ni.selalu yg nk pnjm tu mmg kwn2 yg rapat la.tp bila diorg x bayar atau pun lupa nk bayar,sy pula jadi segan nk minta.ada yg 'hangus' mcm tu je..nasib badan..

    ReplyDelete
  10. fierul : insya Allah. thanx sudi tag.

    Dylla : Kawan rapat kadang2 ambil kesempatan dengan kebaikan dan keseganan kita. so, dorang buat tak tau je masa nak bayar. sabar je la.

    ReplyDelete