Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Setiap perkataan yang kita sebut dari mulut atau dalam laman sosial seperti facebook tu ada risikonya. Sebab kita kena berhati-hati bila berkata-kata. Tak bolehlah main lepas je cakap atau tulis. Nanti akan jadi pelajar USM yang kena tahan polis sebab tulis nak letak bom dekat helikopter yang dinaiki PM kita.
Tak pasal-pasal jadi feymes. Kan? Walaupun dia cakap hanya gurauan je tapi ia tetap boleh dianggap satu ugutan. Yang pasti nama dia dah dilist dalam senarai PDRM.
Macam pepatah orang dulu-dulu ni,
"Kerana Mulut, Badan Binasa"
Ataupun,
"Cakap Siang, Pandang-Pandang. Cakap Malam, Dengar-Dengar"
So, kesimpulan yang ketara dalam entry ni, nak cakap apa-apa pun, fikir dulu. Jangan main lepas cakap je. Nanti badan binasa.
p/s : Ingatan untuk diri sendiri.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka