Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Monday, February 4, 2013

1 LAGU = RM2 JUTA


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Heboh di Facebook tentang jemputan PSY yang popular dengan lagu Gangnam Style untuk buat persembahan di Malaysia sempena Sambutan Tahun Baru Cina nanti. Bayaran yang dibayar adalah RM2 Juta untuk satu lagu. Uish... Mahalnya. Saya pun tak pasti sama ada berita ini palsu atau memang benar-benar berlaku.

Tetapi, pada pendapat saya, daripada membazir duit tersebut untuk jemput Artis Korea PSY tu buat persembahan di Malaysia, apa kata jemput saja artis-artis yang ada di Malaysia ini untuk buat persembahan. Apa salahnya. Kata suruh support barangan Buatan Malaysia. Tak salah kalau kita support artis Malaysia juga. Dorang pun ada bakat menyanyi dan boleh menyanyi.

Susah sangat, suruh artis Malaysia yang nyanyi dan menari Lagu Gangnam Style tu. Tak susah mana pun kalau setiap hari berlatih. Kan? Hehehe.

Di Malaysia ini, ada rakyat yang perlukan duit tu. Sumbangkan kepada mereka. Ringankan beban mereka. Tak pun beri kepada rakyat Cina yang nak menyambut Tahun Baru Cina kali ini tapi tak mampu. Rakyat pun gembira dan rasa kurang sikit beban dorang.

Itu baru jemput PSY buat persembahan 1 lagu dah kena bayar RM2 Juta. Makan, minum dan hiasan Sambutan Tahun Baru Cina tu, pakai duit juga kan? Berapa banyak sebenarnya Budget dorang untuk buat sambutan ini ye?

Ini cuma pendapat saya saja. Tak ada niat untuk membuat provokasi tapi cuma pendapat yang lahir dari hati kecil saya dan apa yang telah saya baca. Saya tahu tak semua perkara yang tertulis di Facebook kita tak boleh percaya, cuma ini jika ia betul-betul berlaku saja. Kalau tak betul, baguslah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

ENTRY PANJANG BERJELA-JELA... SALAH KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semua orang boleh menulis. Semua mampu menghasilkan tulisan yang menarik. Sebab itulah wujud platform ini supaya bakat menulis kita taklah dipersiakan. Kan? Hehehe. Saya pun biasa-biasa saja. Gaya penulisan saya ini lebih kepada apa yang saya fikirkan dan terus saya taip di blog ini. Tapi sudah semestinya saya akan tapis dulu. Nanti kantoi la pula kan?

Ada sesetengah blogger suka tulis entry yang panjang berjela-jela. Mungkin dorang suka menulis dan tak dapat berhenti menulis bila dah mula. Entry panjang berjela ini saya rasa lebih kepada Entry Informasi yang ingin dikongsikan dengan orang yang datang baca di blog kita. Tak salah menulis sepanjang mungkin entry kita tapi korang cuba jadi orang yang terjah blog korang tu, korang akan baca tak entry tersebut? Lagipun, bila entry tersebut ditulis dengan bahasa yang ringkas dan ejaan tak penuh.

Saya minta maaf sebab saya mungkin akan ke blog lain yang penulisannya taklah panjang sangat. Semasa menulis satu-satu entry, fokus pada point yang kita nak huraikan. Tak perlu kita nak ceritakan tentang perkara-perkara tak berkaitan. Perkara-perkara yang tak berkaitan tu kita boleh cerita dalam entry yang lain.

Apa yang penting, blogger seperti saya ini, saya lebih suka baca entry yang ringkas tapi saya faham apa yang hendak disampaikan. Sekali lagi saya tekankan, tak salah menulis entry panjang berjela-jela. Tapi, saya nak korang tanya diri korang,

"Saya pergi ke blog si sana, entry si sana panjang berjela-jela, saya ada baca tak?"

Bukan nak mencari salah sesiapa. Cuma pendapat saya dari blog picisan saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, January 20, 2013

KENAPA SHARIFAH ZOHRA JABEEN PULA YANG MEMAAFKAN SEMUA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya perasan ada artikel di Sinar Harian Online mengenai seorang pemimpin yang rasakan dirinya benar telah memaafkan Cik Bawani dan semua orang yang dikatakan mengutuknya. Saya rasa saya tak mengutuk dia, saya cuma menulis mengenai tindakan dia yang tidak menghormati orang lain. Itu saja. So, saya tak perlu minta maaf dan saya tak perlu dimaafkan.

Mungkin ada juga golongan yang suka maki hamun dia dan mencaci dia. Tapi baguslah sebab dia sudi maafkan mereka walaupun mereka langsung tak ada niat nak minta maaf.

Kepada Puan Sharifah Zohra Jabeen, sepatutnya anda kena minta maaf kepada Cik Bawani di atas tindakan anda menarik microphone semasa Cik Bawani memberikan pendapat. Dan juga perlukah puan mengulang-ulang ayat "Listen Listen Listen" dan "let me speak let speak" sambil membilangkan menggunakan jari?
Puan, program yang puan anjurkan ini bukan untuk budak-budak sekolah, program yang puan anjurkan ini adalah mahasiswa yang belajar di universiti. Oleh itu, sepatutnya puan melayan mereka seperti mahasiswa daripada melayan mereka seperti budak-budak sekolah. Contoh-contoh permasalahan yang dihadapi oleh haiwan-haiwan peliharaan puan tak perlulah digunakan untuk memahamkan mahasiswa point yang puan cuba sampaikan. Saya sebagai bekas mahasiswa pun tak faham apa yang cuba puan sampaikan. Cubalah berikan hujah yang profesional dan melambangkan puan ini adalah seorang pemimpin. Barulah orang lain akan hormat puan.

Di dalam Sinar Harian Online tersebut ada tertulis bahawa Puan Sharifah Zohra Jabeen berharap semua orang yang terlibat dapat menjadi profesional dalam perkara ini. Cuma pada pendapat saya, mungkin puan ini boleh tengok dan nilaikan dulu tahap profesional diri sendiri dulu sebelum nak berkata sedemikian.
Entry ini tidak langsung ada kaitan dengan sebarang "dipolitikkan". Apa yang saya sampaikan di sini lebih kepada pendapat saya sebagai bekas pemimpin pelajar dan seorang rakyat Malaysia.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 5, 2012

CERITA MEREPEK PEREBUTAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah baca cerita merepek bertajuk Perebutan tak? Hehehe. Ada blogger yang baca dan saya ucapkan terima kasih. Tadi saya tengah godek-godek blog saya, terjumpa balik entry berkenaan cerita merepek ini. Rasa nak tergelak dengan karya sendiri.

Korang nak baca? Kat bawah ini link dia :



Korang dah baca? Apa pendapat korang?

p/s : Nervous. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, March 19, 2012

"SELEKEH TAK SEMESTINYA SENGKEK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tak pergi bank dan tengok jenis manusia yang pakaian dorang selekeh giler tapi bila time nak banking duit, berkepuk-kepuk dorang keluarkan duit dorang dari poket dorang?

Sayq pernah jumpa. Sebab tu saya berani cakap macam tajuk kat atas. Kadang-kadang seseorang yang pakai smart dengan kot dan tie serta kasut hitam berkilat bak cermin tapi dalam wallet or poket ada cuma RM10 je. Cakap tentang diri sendiri sebenarnya. Hehehehe.

Anyway, kita tak boleh judge atau pandang seseorang itu melalui mata kasar dan apa yang kita nampak je tapi kita kena judge dari pelbagai sudut. Contohnya seseorang tu pakai kereta Proton Inspira 2.0. Kita akan anggap dia orang kaya sebab mampu beli kereta macam tu. Untuk makluman korang kereta Proton Inspira paling mahal berharga lebih kurang RM90,000+. Memang dia kaya tapi ada 2 jenis kaya yang yang perlu kita tshu. Pertama, kaya beli hutang. Kedua, kaya beli tunai.

Kesimpulannya, tak perlulah kita pandang rendah kepada orang yang berpakaian selekeh sebab mungkin dorang sebenarnya lebih kaya daripada kita. Kan? Pendapat je. Hehehe.

Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, March 2, 2012

"KORANG SETUJU KE TAK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya terbaca quote ni di facebook dan saya setuju gak dengan quote ni. Saya nak share dengan korang semua.

"Seorang wanita itu tidak diwajibkan bertudung tapi dia diwajibkan menutup aurat"

Saya setuju sebab ada sesetengah wanita (bukan semua ye?) yang hanya memakai tudung sebagai syarat saja. Tapi bahagian aurat lain masih didedahkan secara langsung atau tidak langsung. Mendedahkan secara langsung tu adalah mendedahkan sebahagian tubuh untuk ditatap oleh bukan mahram. Mendedahkan secara tidak langsung tu adalah lebih kepada berpakaian ketat hingga menampakkan bentuk tubuh. Antaranya yang popular sekarang ni legging.

Ini cuma pendapat saya je. Apa pendapat korang plak? Setuju atau tak setuju? Dan kenapa?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, September 3, 2011

"SAYA ORANG BAIK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak kita fikir diri kita bagus? Pernah tak kita fikir diri kita baik? Pernah tak kita fikir diri kita jahat? Saya yakin hampir semua orang pernah. Yang tak pernah tu sama ada ego diri tutup mata dia atau imannya memang teguh sangat-sangat.

Saya mengaku pernah fikir. Sebab iman saya pun tak seteguh manapun. Kejap naik dan kejap turun. Saya ada ego gak. Pandai-pandailah control. Tapi kadang-kadang saya terfikir, betul ke saya ni seperti yang saya fikir?

Saya rasa, untuk nilai diri kita ni baik ke jahat, bukan diri kita. Tapi orang di sekeliling kita. Kalau dalam 10 orang, ada 9 orang kata kita jahat, maknanya ada something yang buat kita jahat. Kadang-kadang bila kita ditegur, kita melenting. Lepas tu, orang lain dah malas nak menegur la. Nanti ke sound. Betul tak?

Bagi saya, kalau nak tahu kita ni macam mana, tengok cara orang berinteraksi dengan kita. Kalau orang tak suka kita, cara dorang layan berbeza dengan orang yqng ikhlas nak kawan dengan kita. Saya tahu ada gak yang "depan manis macam gula tapi tikam belakang". Memang ada sebab manusia macam-macam perangai.

Tapi, saya nak tanya 1 soalan kat korang. Kalau korang tak suka seseorang tu, korang akan cuba elakkan dia atau beria-ia nak jumpa dia?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, July 10, 2011

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI JOIN SEGMEN SIMPLE SAYA...


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Terima kasih saya nak ucapkan kepada semua yang join Segmen Simple : Ayat Pertama Terfikir Bila ... yang buka tak lama pun. Saja nak isi masa lapang duduk rumah sebab korang tak boleh keluar rumah disebabkan Perhimpunan "BERSIH" yang sangat bersih tu. Yang saya hairan, jalan raya tetap bersepah gak.

Saya nak tanya pendapat korang untuk menambah baik segmen simple saya pada masa akan datang. Pendapat korang amat dihargai. Korang boleh kritik dan sebagainya. Ini untuk menambah baikkan segmen simple yang Insya Allah saya akan buat pada masa akan datang.

Terima kasih juga saya nak ucapkan kepada Nilam Suhana sebab sudi buatkan list blogger yang join segmen simple saya ni. Jom terjah dorang di SINI. Boleh korang berkenal-kenalan sambil merapatkan tali silaturrahim kan?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, March 4, 2011

MENYAKAT ORANG MELATAH? BEST KE?


Salam sejahtera semua kawan-kawan.

Hari ni nak cerita tentang melatah.  Topik terfikir pagi kelmarin masa tengah minum pagi kat kedai makan yang selalu aku pergi.  Kalau aku bagitau pun bukan korang tahu kecuali korang ni penetap di Bagan Datoh.  Kalau nak tau gak, korang tinggalkan soalan kat bahagian komen je la.

Masa tengah aku menjamu nasi lemak dengan teh tarik kurang ais aku, ternampak makcik-makcik tengah menyakat makcik yang kuat melatah ni.  Memang geli hati aku sambil tengok telatah makcik-makcik tu.  Tambahan bila tengok makcik yang melatah tu.  Pada pandangan aku, apabila seseorang itu melatah, dia menunjukkan perasaan dia yang sebenarnya.  Contohnya kalau dia rasa nak mengeluarkan kata-kata kesat kepada seseorang tapi selalunya kita akan menahan diri kerana tak ingin buat orang tu terasa tapi bila orang yang melatah dilatahkan, maka apa yang difikirkannya pada masa tu akan terpancul dari mulutnya.

Melatah yang biasa aku tengok biasanya mulut sahaja yang bercakap.  Melatah yang agak ekstrem dan pernah maksud dalam surat khabar suatu ketika dulu, bila seorang makcik ni melatah sambil pegang parang dan hendak tetak orang yang menyakatnya.  Ini dah jadi kes berat sebab kalau makcik tu menetak orang tu, orang itu mati, apa rasanya akan jadi pada makcik tu?

Memang best tengok orang melatah dan menyakat orang melatah tapi bagi aku, berpada-padalah.  Orang yang kita sakat itu pun manusia dan ada perasaan.  Sekali sekala tak kisahlah tapi janganlah sampai setiap masa.  Kesian.

Apa yang aku tulis ni cuma dari pandangan mata dan otak aku je.  Kalau ada kawan-kawan yang ada pendapat lain dan ingin kongsi, bolehlah tinggalkan kat ruangan komen di bawah.  Jangan malu-malu.  Kongsi je pendapat yang ada di dalam kepala otak korang.  Mungkin ada gunanya.  Itu je kali ni.

Adios.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka