Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, September 26, 2011

"CIKGU, TERIMA KASIH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi baca satu entry dari blog Abang Ben mengenai "Mudahnya Menjadi Guru". Korang bleh tekan link untuk baca. Tiba-tiba teringat kepada cikgu-cikgu yang pernah mendidik saya.

Tak kira di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah. Masa sekolah rendah, saya ni kira pelajar yang ulat buku. Selalu pergi library. Tolong cikgu angkat buku dan bagai-bagai. Masa sekolah rendah gak la, saya sentiasa di buli oleh budak-budak nakal. Tapi masa tu bebudak perempuan akan backing saya. Rasa malu plak sebab saya rasa macam saya ni lemah je masa tu. Masa tu gak saya jatuh cinta monyet dengan seorang budak perempuan yang kini dah kahwin. Ada 2,3 cikgu yang begitu saya hormat. Sampai sekarang saya masih terkenang jasa dorang. Cara dorang mengajar dan segala pengorbanan doranglah yang membentuk diri saya sekarang.

Masa sekolah menengah plak, saya kena duduk di asrama. Bila duduk di asrama ni, memang macam-macam kita akan terdedah. Yang baik dan yang buruk. Ya, saya ada buat perkara yang buruk. Perkara yang saya nak lupakan tapi sentiasa berlegar di ruang minda. Masa tu, walaupun saya tak nakal, saya kena jadi nakal sebab kalau saya tak nakal, saya akan dipulaukan. Cuma saya ada satu sifat buruk yang kawan-kawan saya masa tu sangat takut. Saya panas baran. Kalau tak puas hati, saya terus baling segala benda. Termasuk katil dua tingkat. Saya seret katil tu sebab marah sangat. Hahaha. Lepas tu, kalau kawan-kawan saya nak tegur saya, dorang kena berbincang beramai-ramai dan tegur saya elok-elok. Macam saya ni gengster plak.

Cikgu pun kena tempiasnya. Cikgu, maafkan saya. Terima kasih cikgu sebab mampu sabar dengan kerenah saya yang gila ni. Kat sekolah, dengan muka saya yang baik, saya berjaya berbaik dengan cikgu disiplin paling garang di sekolah. Selalu dapat elak diri dari spot check masa perhimpunan. Hehehe. Penolong Kanan HEM pun baik dengan saya. Dulu saya memang selalu menulis. Ada karya saya terpampang di dalam Majalah Sekolah dan bagai-bagai lagi. Cikgu saya ada tegur saya. Kenapa setiap cerpen saya semua kena ending mati atau sedih. Saya jawab, saya tak pandai nak buat happy ending. Cikgu tu suruh saya cuba. Saya cuba dan berjaya. Tapi cuma satu cerpen tu je la.

Cikgu, terima kasih cikgu. Disebabkan cikgu, saya jadi saya yang sekarang. Jasa cikgu yang datang pukul 2-3 pagi nak cek kami. Jasa cikgu yang terpaksa korbankan cuti hujung minggu nak jaga kami. Jasa cikgu yang terpaksa melayan kerenah kami. Saya sangat berterima kasih cikgu. Walaupun hari ini bukan Hari Guru, tapi saya tetap nak ucapkan terima kasih.

Ikhlas dari anak muridmu.

p/s : Teringin kembali ke zaman persekolahan semula.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. zaman skolah dulu memang best r Abg NAsz.. x sangka r Abg Nasz ni pun, kaki gangster jugak eh..? haha

    ReplyDelete
  2. guru..pengorbanannya disanjung tggi ^^

    ReplyDelete
  3. dari blog BA...

    tak kira kita jahat, panas baran atau apa2 yg sama waktu dengannya masa sekolah tpi yg penting skrg dah jadi orang baik, org berguna dunia akhirat...

    ReplyDelete
  4. zul : tak gengster cuma panas baran je. hehe.

    Niena : betul tu. pengorbanan mereka mmg sangat bernilai.

    idah : ye, betul. pengalaman itu yang mencorak kita sekarang.

    ReplyDelete
  5. ishh..mcm gengster..hehe
    garangnye nasz ni..hehe

    ReplyDelete
  6. ana : tak gengster pun. cuma panas baran je. hehe.

    ReplyDelete
  7. zaman sekolah lah yang paling best~~!

    ReplyDelete
  8. #ciksuzlin : betul2. zaman sekolah yang paling syok.

    ReplyDelete