KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, December 23, 2011

"SUSAH SANGAT KE NAK RESPECT ORANG LAIN?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang jumpa macam ni?

"Engkau kena respect aku. Nak aku respect engkau, jangan haraplah"

Orang macam ni memang wujud. Sama ada ayat kat atas disebut secara depan orang lain dengan penuh ketaksuban terhadap diri sendiri ataupun ayat tu disebut dalam hati je. Kadang-kadang, orang macam ni tunjukkan maksud ayat kat atas dengan perbuatan dan mimik muka. Saya rasa korang boleh bayangkan kan?

Saya rasa kalau nak orang lain respect kita, kita patut respect orang lain dulu. Tak semestinya kena respect sampai sembah cium kaki dia. Respect dia sebagai seorang manusia yang sama seperti kita pun dah cukup. Walaupun kita ni lebih tinggi jawatan, bila kita asyik buat sombong dan bangga diri, orang lain pun dah hilang rasa respect dorang kat kita. Pastu, bila jumpa kat tepi jalan dan masa tu kita ada masalah misalnya kereta rosak, orang tu berlalu pergi je sebab rasa meluat dan xlalu nak tolong kita.

Susah sangat ke nak respect orang lain?

p/s : Sekarang ni anak-anak pun dah tak respect ibu dan ayah. Boleh baca dalam berita dalam suratkhabar.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

10 comments:

  1. susah nak hormat orang bila ada perasaan bongkak

    ReplyDelete
  2. TK pun tak faham, kenapa bila seseorang tu dah berjawatan tinggi atau kaya kadang2 susah nak respect orang lain...

    ReplyDelete
  3. yeah,sya setuju dgn kamu..bukannya susah pn,kalau sma2 respect,pasti smuanya ok..xleh la berat sbelah,kalau sorg ja mau respect..

    ReplyDelete
  4. kalo kita nk org respect kita..kita kna respect org lain dlu..yer dak???

    ReplyDelete
  5. kalau org tu mmg layak di'respect'..tak kisah la kita kena respect dulu pun..

    ReplyDelete
  6. kalo ase ssh sgt
    maksudnya dia x penah respect dri sendiri
    huhuhu

    ReplyDelete
  7. buat ape sombong atas dunia? aku tak malu pun nak hormat org lain.. huhu

    ReplyDelete
  8. hormati kepada yg lebih tua....
    lebih baik merendah diri dari menongkak langit!

    ReplyDelete
  9. aah pernah dengar anak2 selamba je cakap kurang ajor kat mak nya..

    ReplyDelete
  10. bila "EGO" meninggi, langit pun dh lupe tinggi ke rendah ha

    ReplyDelete