KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, December 22, 2011

"WANG KERTAS MALAYSIA VERSI BARU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Semalam lagi dah heboh pasal rupa duit Ringgit Malaysia yang baru ni. Saya rasa ramai dah baca pun. Ramai gak dah tengok. Design dan ciri keselamatan duit versi baru ni pun dah ditambah baik rasanya.


Rupa duit versi baru memang happening. Macam-macam warna dan saya rasa bila tengok gambar kat atas tu, saiznya mungkin kecil sikit dari saiz duit yang baru.


Tapi, duit ni tetap sekeping yang diperakukan nilainya oleh Kerajaan yang memerintah. Duit ni tak laku kalau Kerajaan yang memerintah tak perakukannya. Duit ni tak laku bila kita ke luar negara dan tak covertkan duit Ringgit Malaysia tu kepada matawang negara tu. Mana boleh kita belanja di luar negara gun Ringgit Malaysia. Memang dorang takkan terima.


Apa-apapun, untuk saya yang tak ada lagi peluang untuk ke luar negara, duit ni adalah sebagai medium pertukaran yang diperakukan untuk berbelanja dalam Malaysia ni.


p/s : Harap dengan tercetaknya duit baru, tak naik la interest asas sebanyak 6.60 yang dikekalkan oleh bank negara. Kalau naik, meranalah rakyat sebab kena tambah beban bayar pinjaman yang bertambah.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. suka tgk not rm20 tu....
    cantik sangat !

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak pegang duit kuning..hehe

    ReplyDelete
  3. meriah sungguh duit kertas yang baru ni ye..haha

    ReplyDelete
  4. hahaha da lama xde rm 20 tu..hu2 dulu warna coklat...

    ReplyDelete
  5. ramai blogger post benda ni...excited plak hamba =)

    ReplyDelete
  6. salan;
    apa saja rupa bentuk dan kertas digunakan yang penting ada nilai...

    ReplyDelete