Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, December 18, 2011

CERITA SEDIH : "MAAFKAN ABANG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Terfikir nak buat satu cerita sedih. Korang jemputlah baca ye?


Suatu hari, sepasang couple bergaduh besar. Masa si lelaki hantar perempuan balik ke rumah, perempuan keluar kereta dan masuk ke rumah tanpa pandang lelaki tu sebab terlalu marah.


Lelaki tu sebenarnya datang dari jauh untuk berjumpa dengan perempuan tu sambil mencari barang-barang hantaran perkahwinan dorang. Lelaki tu pun drive balik malam tu.


Selang beberapa jam, tiba-tiba lelaki tu sms perempuan tu.


Lelaki : Sayang, abang minta maaf ye?


Si perempuan yang masih marah tu menjawab,


Perempuan : Pergi matilah. Tak hingin aku nak tengok muka jantan tak guna macam kau.


Lelaki : Sayang maafkan abang, sayang takkan tengok muka tak guna abang lagi. Maafkan abang ye?


Perempuan : Kalau macam tu. Aku maafkan kau. Jangan kacau aku dah. Blah la kau dari hidup aku.


Lelaki : Terima kasih sayang. Abang doakan sayang jumpa lelaki lebih baik daripada abang. Selamat tinggal sayang.


Si perempuan yang masih marah tu terus buat tak tahu sms terakhir yang dihantar oleh lelaki itu. Si perempuan terus tidur dengan nyenyaknya.


Esoknya, tiada sebarang berita tentang si lelaki tu. Lusa dan seterusnya berlalu begitu saja. Si perempuan menyangka memang si lelaki tu tak sayangkan dia pun.


Selang beberapa minggu, si perempuan ni jumpa kawan si lelaki tu. Dorang pun bersembang.


Kawan Si Lelaki : Engkau dah tahu ke?


Perempuan : Tahu apa?


Kawan Si Lelaki : La... Engkau tak tahu ke?


Perempuan : Tahu apa ni?


Kawan Si Lelaki : So, memang engkau tak tahu la ni. Aku tak boleh bagitau sebab ini wasiat boyfriend engkau.


Perempuan : Wasiat? Wasiat apa plak ni?


Kawan Di Lelaki : Aku tak sampai hati plak tak bagitau engkau. Macam ni la. Engkau dengar ni bukan dari mulut aku k?


Perempuan : Ye la. Apa dia? Bagitau cepat.


Kawan Si Lelaki : Ok. Engkau banyak bersabar lepas dengar ye? Sebenarnya boyfriend engkau dah meninggal malam korang bergaduh besar. Masa dia hantar sms kat engkau tu, dia tengah tersepit kat dalam kereta dia. Dia nak engkau lupakan dia. Aku minta maaf tak bagitau engkau awal-awal. Boyfriend engkau bagitau jangan bagitau engkau.


Si perempuan terus terpaku. Macam-macam rasa dia rasa. Rasa nak pengsan. Rasa nak meraung. Rasa nak menangis sekuat hati. Macam-macam lagi la. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur. Benda dah jadi.


p/s : Ini cerita rekaan je ye? Cuma peringatan untuk hargai orang yang kita ada sebab ajal bila-bila masa akan datang. So, sesiapa nak share kat blog korang, silakan.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

16 comments:

  1. minta izin na copy ya ..
    nie blog sy
    http://coratcoretstudent.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. btol la org ckp sesal dulu pndapatan kn...sayu pula hati hamba

    ReplyDelete
  3. betul tu..hargai orang yg kita sayang sementara mereka masih ada

    ReplyDelete
  4. ala...cter slalu perempuan salah,...cmne ni??ish...DISLIKE r cter ni...ngeh ngeh...ketidakadilan berlaku...

    ReplyDelete
  5. hargailah seseorg sementara dia masih disisi kita..

    ReplyDelete
  6. menghargai kehidupaan yg ada...
    amarah kadangkala menyesalkan kita dikemudian hari.....

    ReplyDelete
  7. salam...

    sambil2 jejalan rapatkan ukhwah.., jom singgah sini jap..hehe

    http://bloggeralif.blogspot.com/2011/12/tanya-pendapat-sweet-couple.html

    ReplyDelete
  8. salam;
    saling menghargai sesama sendiri bila masa berada....

    ReplyDelete
  9. cakap jangan sebarang cakap..dulu sy ada buat entry pasal ni jugak.. kadang2 kan bila marah terlepas ckp pergi mati la kau..kalau la tu kali terakhir kita nampak dia..kan dah nyesal.. nice story ;)

    ReplyDelete
  10. sayangilah orang2 di sekeliling anda

    ReplyDelete
  11. hemmm..kali kedua entry jenis macam ni wat mas nangis teringat arwah jugak.hemmm..

    salah mas degil baca gak yang ni..hemm

    ReplyDelete
  12. cite rekaan yg mentakotkan
    huhuhu

    kene dok beringat sokmo
    selalu la maapkan org kan..

    ReplyDelete