Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, May 13, 2013

HARI-HARI HARI IBU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya perasan ramai juga yang sambut Hari Ibu. Hari yang diadakan untuk mengingati pengorbanan dan memberi penghargaan kepada semua ibu-ibu di dunia. Tapi, buat apa kita nak hargai ibu kita pada hari ibu je kan? Bagi saya, hari-hari adalah hari ibu. Ibu saya gembira pun dah cukup bagi saya.

Seorang ibu juga adalah manusia biasa. Ada perasaan ingin diambil berat dan disayangi. Macam kita juga, kalau tak ada orang ambil berat dan buat tak tahu je pada kita, mesti kita terasa kan? Jadi, jagalah hati ibu kita sebab kalau ibu kita sedih, kita mesti rasa sedih.

Semasa ibu kita masih di sisi kita, kita cubalah jaga dia sebaik mungkin. Kita ni selalu bila ada orang yang kita sayang dekat dengan kita, kita tak peduli sangat. Tapi, bila orang yang kita saya tu pergi jauh, baru kita meraung rindukan dan sayangkan dia. Jangan kita menyesal di kemudian hari. Hargai ibu setiap hari.

Saya mengaku saya bukan jenis tahu untuk tunjukkan perasaan sayang macam cium pipi la dan bagai-bagai lagi. Tapi, jauh di sudut hati saya, saya memang sayang ibu saya sangat-sangat. Kalau boleh, saya nak buat ibu saya sentiasa rasa gembira dan sentiasa senyum.

Ibu saya seorang yang tabah. Ibu saya membesarkan saya dan tiga orang adik saya seorang diri selepas bercerai dengan ayah saya. Saya ingat lagi pekerjaan ibu saya yang mula-mula bila dah balik kampung iaitu kerja mengopek udang. Balik kerja, tangan dan jari ibu habis luka-luka. Demi nak besarkan anak-anak dia, dia sanggup biarkan tangan dan jari dia luka. Kemudian, barulah dia dapat kerja di kilang menjahit baju sehinggalah sekarang.

Jasa ibu memang tak terbalas. Saya tahu saya tak mampu nak balas tapi saya cuba sehabis baik untuk membalas jasa ibu. Terima kasih ibu atas segalanya. Saya akan cuba jadi anak ibu yang terbaik dan sentiasa buat ibu gembira.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. Jangan lupa...isteri anda juga merupakan seorang ibu kepada anak anda....hargai dia juga....

    ReplyDelete