KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, May 1, 2013

ZAIN SAID MOHON MAAF TERBUKA DALAM SIARAN LANGSUNG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Mesti korang tahu tentang Zain Saidin "menegur" juri a.k.a Profesional Chef dalam Rancangan Realiti MasterChef Selebriti 2 episod minggu lepas. Kalau korang tak tahu, sila baca di SINI dulu sebelum terus scroll ke bawah.

Zain Saidin telah muncul bersama dengan Chef Jo, Chef Adu dan Chef Zubir dalam rancangan MeleTOP yang disiarkan secara langsung di Astro Ria pada 30hb April ia sehari selepas entry ini ditulis. Di dalam siaran langsung itu, Zain Saidin telah memohon kemaafan secara ikhlas daripada ketiga-tiga Chef yang juga juri MasterChef Selebriti Musim Ke-2 di atas "teguran" yang agak tak sopan dan tidak menghormati para Chef.


Baguslah sebab Zain Saidin cepat sedar kesalahannya dan terus minta maaf secara langsung pula tu. Lagipun, Rancangan Realiti MasterChef Selebriti ini satu Malaysia tengok. Walaupun Zain Saidin mengatakan dia "dipergunakan" untuk dijadikan seperti dia jahat tapi kalau tidak diedit sekalipun, "teguran" kasar Zain Saidin masih akan dikritik. Sebabnya Zain Saidin tak menghormati pertandingan tersebut dan paling penting, juri a.k.a Chef yang memberikan keputusan.


Harap Zain Saidin beringatlah sebab dia merupakan selebriti. So, segala tindakannya akan diperhati oleh peminat. Saya bukan jenis fanatik sangat tapi cuma menonton di masa lapang saja. Lagipun, takkan pasang Astro tapi tak guna kan?


Orang nak bagi kita ilmu, jangan kita sombong. Bukan senang tau orang macam Chef Profesional dalam MasterChef Selebriti nak bagi ilmu memasak? Anyway, good job Zain Saidin di atas keberanian dia untuk memohon maaf secara langsung di Rancangan MeleTOP.

p/s : Lawak bila Nabil tanya kepada Chef tentang "UNDI MASUK" sebab Zain Saidin dah minta maaf. Tapi, mungkin ada sebab ia adalah rancangan realiti. Mungkin saja ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. baguslah kalau mcm tu kan.. dah selesai semuanya... btw, deno peminat setia masterchef!:)

    p/s: jom join segmen deno? segmen sempena LUPUS awareness month .. http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html

    ReplyDelete
  2. Terlepas tgk rancangan yg zain kene keluar tu..hik3

    Nama pun rancangan realitikan... jadi x mungkin ada pelbagai kejutan gak...kita nantikan gimik astro ni..hik3

    http://Sumijelly.com

    ReplyDelete
  3. bagus lah tindakan dia tu...remy bsk insyaAllah dpt jumpa chef joe..... ada discussion sikit pasal masterchef...... supprise!

    ReplyDelete