Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, May 26, 2013

BANDAR HO CHI MINH : HARI KETIGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya mohon maaf sangat-sangat sebab terlewat update post mengenai lawatan saya dan keluarga ke Bandar Ho Chi Minh bagi hari ketiga. Pada pagi hari ketiga, kami pergi melawat ke Art Museum. Takkan pergi Bandar Ho Chi Minh nak berjalan di Ben Tahn Market je kan?

Art Museum ni memang agak dekat dengan Ben Tahn Market. Tiket masuk adalah Vietnam Dong 10, 000 lebih kurang RM1.60. Muzium ini terbahagi kepada beberapa tingkat. Banyak lukisan dilukis mengenai kesengsaraan rakyat Vietnam semasa perang dan tentang harapan serta kemenangan negara dorang. Ada juga artifak bersejarah yang telah digali dan pertontonkan.

Biasalah, muzium memang berkaitan sejarah. Sejarah memang bagi sesetengah orang agak membosankan. Tak lama pun kami berada di Art Museum ni. Kami keluar dari Art Museum dan bertolak ke Independence Palace dengan menaiki teksi. Sampai saja di luar pagar Independence Palace, kami rupanya terawal sejam. Nasib baik ada taman berdepan dengan Independence Palace ni. Kami lepak-lepak kat taman tu sambil makan buah mangga yang kami beli daripada penjual buah dekat-dekat situ juga. Buah mangga di Vietnam dijual bukan macam di Malaysia. Di Malaysia, kita hiris isinya dan masukkan ke dalam plastik. Biji dibuang dan kita jual buah mangga yang dihiris itu. Di Vietnam, sebiji buah mangga dikupas kulitnya dan dorang akan potong buah mangga tersebut seperti 'Bunga, serta biji tak buang. Harganya dalam Vietnam Dong 10, 000 bersamaan lebih kurang RM1.60. Memang sedap dan rangup.

Bila Independence Palace dah dibuka, kena beli tiket gak. Harga tiket seorang adalah Vietnam Dong 30, 000 bersamaan lebih kurang RM4.80. Ada dorang sediakan tayangan video dan tour secara percuma. Tapi kami melilau tak tentu arah je dalam Independence Palace. Independence Palace adalah istana. Ada bilik mesyuarat, bilik tetamu, bilik tidur dan lain-lain macam istana. Tapi, hiasan di setiap bilik memang cantik dan eksklusif.

Kami tak ronda habis pun Independence Palace sebab isteri kata bosan dan penat. Kami pun naik teksi dan pergi ke Ben Tahn Market semula. Selepas beberapa jam di Ben Tahn Market, kami balik ke hotel. Di sebelah malam pula, kami pergi lagi ke Night Market untuk membeli-belah kali terakhir sebelum balik esok. Dalam pukul 12.00 tengah malam juga la kami balik hotel. Tapi sebelum balik hotel, kami try minum kopi Vietnam yang dijual oleh seorang penjual lelaki yang menaiki motorsikal. Harga satu bekas adalah USD1. Memang tak dinafikan kopi Vietnam sangat sedap dan rasa nak minum lagi. Kalau korang pergi ke Bandar Ho Chi Minh, korang kena cuba minum kopi Vietnam ni. Kalau korang tak minum, korang akan rugi.

Lepas itu, kami balik hotel dan tidur sebab penat berjalan. Sebenarnya berlaku satu masalah besar semasa di hotel tapi saya akan ceritakan dalam post akan datang. Tunggu.... Hehehe.

Wassalam.

-NAS-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

No comments:

Post a Comment