KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, May 26, 2013

BANDAR HO CHI MINH : HARI KEEMPAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini adalah hari terakhir kami di Bandar Ho Chi Minh. Dalam post yang lepas, saya ada beritahu tentang kami menghadapi masalah yang agak besar iaitu barang yang kami beli terlalu banyak. Saya cuma buat penambahan Luggage untuk 25kg x 2 orang. So, berat keseluruhan semua adalah 50 kg. Tapi barang yang kami beli termasuk pakaian kami dah lebih kurang 98 kg.

Malam hari ketiga kami adalah terjumpa seorang kakak yang juga dari Malaysia. Dia beritahu boleh tambah berat luggage di laman web Air Asia walaupun dah check in. Malam tu saya terus cuba tambah berat luggage sehingga 35kg x 2 orang. Jumlah keseluruhan berat luggage adalah 70 kg. Dan Alhamdulillah berjaya. Saya bayar guna kredit kad je. Senang. Masalah kedua pula adalah kami tak cukup beg untuk bawa balik hampir kesemua barang yang kami beli. Pada pagi hari keempat, selepas sarapan roti bakar dengan omelet, saya dan isteri saya bergerak menuju ke kedai berdekatan dengan Ben Tahn Market. Kena tawar menawar supaya dapat harga yang murah. Alhamdulillah. Dapat beli 2 beg besar dan 1 beg kecil dengan harga berpatutan.

Isteri saya ajak ke Ben Tahn Market untuk shopping buat kali terakhir. Saya beli 2 helai T-Shirt sukan dan isteri saya beli lagi sepasang baju tradisional Vietnam untuk raya tahun ini katanya. Disebabkan kami kena check out hotel sebelum pukul 12.00 tengah hari, kami terpaksa bergegas balik ke hotel untuk berkemas. Memang awal pagi kami dah minta pihak hotel sediakan penimbang untuk kami timbang beg kami. Penimbang itu kami bawa masuk ke bilik kami. Senang nak bajet timbangan beg. Hehehe.

4 buah beg kecil yang boleh dibawa masuk ke dalam kabin, kami isi penuh-penuh hingga lebih kurang 7kg setiap beg. Luggage tambahan sebanyak 70kg untuk diletakkan di dalam kargo, kami susun barang-barang yang kami beli itu dalam 3 buah beg besar dan ditimbang beg-beg itu, berat kesemua beg itu ada dalam lebih kurang 70kg. Selesai masalah. Siap kemas beg, penyambut tetamu telefon kami maklumkan teksi dah sampai untuk bawa kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Terus kami bersiap dan terus turun ke bawah. Nasib baik saya dah minta pihak hotel panggilkan teksi sebab tiba-tiba hujan turun.

Pemandu teksi terus bawa kami ke lapangan terbang. Sebenarnya flight kami adalah pukul 4.20 petang. So, kami sampai awal 4 jam di lapangan terbang.
Tapi takpe, sampai awal taklah kelam-kabut nak check in luggage, melalui imigresen Vietnam, melalui pemeriksaan keselamatan dan lain-lain. Alhamdulillah tak ada masalah berlaku dan kami berjaya naik kapal terbang untuk pulang ke tanah air.

Sampai di tanah air, kami risau juga tak lepas kawalan Kastam disebabkan banyak barang kami beli. Takut juga dikenakan cukai. Biasalah, cukai di sana sini.Tapi Alhamdulillah, kami lepas. Memang letih sangat selepas turun dari kapal terbang. Abang ipar datang ambil kami balik rumah di Klang. Selepas 2 hari duduk di Klang, saya bawa ibu dan adik lelaki saya balik ke Pulau Pinang. Itulah catatan perjalanan kami di Vietnam. Memang semasa di Bandar Ho Chi Minh kami selalu terjah Ben Tahn Market je. Tempat lain agak membosankan.

Insya Allah kalau ada rezeki lagi, sampailah kami ke Bandar Ho Chi Minh lagi.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

No comments:

Post a Comment