Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, October 9, 2011

GAJI NAIK? HARGA BARANG NAIK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bajet 2012 telah diumumkan Jumaat lepas. Alhamdulillah. Dapat gak kenaikan gaji dan bonus setengah bulan gaji. Cuma yang merisaukan saya nanti adalah seperti tahun-tahun sebelum ni, bila gaji kakitangan awam naik, harga barang pun akan melonjak naik. Macam dah jadi trend plak.

Teringat dulu, sekilo gram gula putih cuma RM1.20, sekarang ni dah menjangkau RM2.00 lebih rasanya. Saya jarang guna gula di rumah. Gula yang ada kat rumah saya sekarang pun adalah yang 6-7 bulan yang lepas. Hehehe. Biasalah, saya duk rumah sewa sorang-sorang je. So, kalau saya lapar, saya makan megi atau roti je.

Harap saya Kerajaan dapat elakkan kenaikan harga barang akibat kenaikan gaji kakitangan kerajaan untuk tahun depan. Sebab, kalau harga barang naik, takde maknanya harga gaji naik. Kadang-kadang harga barang naik lagi tinggi dari gaji. Lagipun, rakyat yang kerja di kampung pun akan terkena tempiasnya. Dorang tiada kenaikan gaji.

Apapun yang akan terjadi tahun depan, kita tunggu dan lihat saja. Harap Kerajaan dapat kawal harga barang supaya tiada kenaikan yang akan membebankan rakyat.

p/s : Teringat dulu sebiji kuih baru 20 sen. Sekarang 40 sen pun ada.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

25 comments:

  1. setuju....dengan kenaikkan gaji pekerja ni memberi peluang kepada peniaga untuk menaikkan harga barangan...

    ReplyDelete
  2. baru je beli cekedid faberet iaitu twisties dengan harga RM 2!!! baru2 ni harga nya baru rm1.60 jer...

    ReplyDelete
  3. tak patot ler naikkan harga disebabkan gaji naik.. srupa tak naik gaji jugak gitu... hmmmm

    ReplyDelete
  4. kesian la kat org2 yg tk nek gaji tu.. btmbh lgi kos sara hidup

    ReplyDelete
  5. skrg ni kuih 2 singgit..ciss!
    sipbaik ana dok dlm felda je..
    bleh lg dpt kuih 3 singgit :P






    jiran nasz,
    ana :)

    ReplyDelete
  6. biasanya harga barang naik, sebab harga minyak petrol naik.. kalau gaji naik, peniaga suka hati nak naikkan brg, itu dah salah..sila adu pd persatuan pengguna. tp kalau gov naikkan harga brg asas atas kenaikan gaji kakitangan awam, itu dah mcm blanjawan takde faedah langsung lah. so, jom kita fikir releven sesuatu kemungkinan di masa hadapan...

    p/s : skrg ni, RM10 mcm takde nilai... =.= g pasar raya mmg lbh rm10 ler...

    ReplyDelete
  7. setuju...sebelum bajet umum pun ada sesetengah barang dah naik..huhu.

    ReplyDelete
  8. tu la..takut harga barang pulak yang akan naik tahun depan...harap2 tak la kan...

    ReplyDelete
  9. Betul tue....gaji naik..harga barang naik....Geram!!!

    ReplyDelete
  10. kekekek
    sokong!
    tu bile dgr je budjet 2012 yg naik gaji
    otak zsupp terus ingt
    ala, brg pon mesti gak naik regenye
    nnti
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  11. harap ndak semua naik mendadak...kalau tidak ndak guna naik gaji...sama je kesnya...

    ReplyDelete
  12. tapi rasa confirm harga barang akan naik kowt.. entah la..

    ReplyDelete
  13. teringat dulo2..harga cola dlm botol kaca 8 kupang..

    shoutbox mana bro?

    ReplyDelete
  14. haha .. agak ar .. harga telur semua cam apa ntah .. suma harga nak naik tapi gaji tak naik2 .. lolz

    ReplyDelete
  15. betol tu..xtaw apa nak jadi di masa akan dtg..semua jd kurus jer sbb harga barang naik kenala diet..hehe

    ReplyDelete
  16. yg tu memang betul bang.. haha.. lpas ni.. semua harga barang melambung..

    ReplyDelete
  17. dulu makn mee 20sen aje spnggan..skg, 2hinggit..haisshh

    ReplyDelete
  18. btol2..jb je hrga naik melonjat..sbr je..xkr kat bandr or kg..mmg trase sgt2..

    ReplyDelete
  19. ahaha...kuih 20 sen-40 sen standard lagi...ni ada yang besar gedabak, x sedap plak tuh, dijualnya seringgit. memang beli sekali tak beli dahhh....;o

    ReplyDelete
  20. betol tu tahun nie tak de pun bajet subsidi petrol & makanan..

    even harga rokok pon tak naik.. -_-"

    ReplyDelete
  21. sekarang kuih 50 sen pon dah ada... aduhai...

    ReplyDelete
  22. gaji naik... senyum
    harga barang naik... geram
    darah naik... mati wooo...

    ReplyDelete
  23. harap2 saman mahkamah jangan naik dahlah...

    ReplyDelete