Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label metro. Show all posts
Showing posts with label metro. Show all posts

Saturday, April 28, 2012

MENGAKU CINTAKAN BAPA MERTUA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Betul lah orang kata cinta itu buta. Demi cinta, orang sanggup buat apa saja. Ada yang sanggup lari dengan kekasih tinggalkan keluarga. Ada yang sanggup buang keluarga demi cinta. Memang dasyat betul penangan cinta ni.


Ini berita dalam Akhbar Metro hari ni yang ceritakan menantu perempuan yang memang dah lama bercinta dengan bapa mertua dia. Dorang dah mula bercinta sejak sebelum si perempuan kahwin dengan menantu kekasih gelapnya.


Hubungan dorang putus sehingga si perempuan berkenalan dengan anak kekasih gelapnya tapi tak tahu lelaki yang dia kenal tu anak kepada kekasih gelapnya. Bila dia dapat tahu, hubungan yang terputus dulu berputik semula.


Bapa mertua dia pujuk kahwin dengan anak lelaki dia tu supaya dorang lebih dekat. Memang penangan cinta ni dasyat betul tu kan?


Korang boleh baca berita dalam gambar kat atas.


p/s : Jangan lupa VOTE untuk Digi WWWOW Award kat sebelah ye?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, November 25, 2011

"GEGARIA METRO DI KEPALA BATAS...SAYA PERGI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ahad last week, saya Perkarangan Dewan Millenium Kepala Batas untuk tengok yang yang Gegaria Metro sangat kat sana tu. Lagipun, rakan seuniversiti dan juga rakan seMPP (Majlis Perwakilan Pelajar) UiTM Seri Iskandar Perak, Ammar Ikhwan ajak pergi sebab dah lama sangat kami tak jumpa. Kira kawan lama la ni. Lagipun, dia kerja dalam Projek Gegaria Metro ni.

Bergambar dengan kereta saya (perasan)
Ammar Ikhwan yang pakai baju Gegaria Metro tu

Gambar Close Up

Kami jalan-jalan keliling tengok apa yang ada kat Gegaria Metro tu. Actually saya datang dengan emak dan adik saya. Tapi, saya biarkan emak dan adik perempuan pergi merayau dalam Gegaria Metro tu. Saya dengan Ammar banyak sembang tentang zaman studi kami dulu dan juga apa yang sedang kami buat sekarang.

Saya ada tangkap dua gambar je sebab malas nak tangkap gambar (ada ke alasan macam kan?). Hehehe.

Gambar ni ambil masa petang
Tak berapa ramai orang dah

Orang tak berapa ramai tapi nak cari parking punyalah seksa. Lastly, parking jauh dan menapaklah saya.

Nampak macam malam kan? Bukan malam tapi dah mendung nak hujan
Host atas pentas tu Nabil Maharaja Lawak dengan Black

Tiba-tiba mendung dan terus hujan turun. Lebat plak tu. Nasib baik, masa tu saya dan Ammar dah bersalam dan berpisah. Sempat gak saya sambar sehelai Jersi Liverpool warna hitam yang saya memang nak sangat beli tapi kedekut. Hehehe.

Pastu, hujan pun turun dengan lebatnya dan tersangkutlah saya di khemah dekat pintu masuk Gegaria Metro dengan emak dan adik perempuan saya. Hehehe.

Bila hujan reda sikit, terus kami menapak ke tempat parking kereta. Basahlah sikit. Hehehe.

p/s : Musim hujan. Nak keluar rumah pun malas. Lagipun asyik nak demam selesema je. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka