KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, February 3, 2013

"KENAPA AKAUN NUFFNANG SAYA STILL RM0.00"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dapat soalan dari blogger baru ini iaitu Atiqah Ivy berkenaan dia dan join Nuffnang dalam bulan lepas tapi akaun dia masih RM0.00 lagi sampai sekarang. Untuk makluman Atiqah, saya dapat Cash Out @ Payment saya pun selepas hampir 8 bulan join Nuffnang. Bukan senang bagi saya yang orang biasa-biasa je ni nak tingkatkan trafik ke blog saya. Kalau artis, memang meleTop je blog dorang sebab dorang ada banyak platform untuk promote.

Tapi, perlu diingatkan, ada juga orang biasa seperti saya yang mampu menjana pendapatan lumayan daripada blog. Korang pun tahu siapa dorang kan? Dorang sudah semestinya bermula dari bawah juga. Setiap perkara yang kita buat, kita kena ada sabar dan tak putus asa. Nampak senang kan tapi sebenarnya susah nak buat.

Ok, mengenai persoalan Atiqah, antara sebab Atiqah tak dapat sebarang Earning lagi adalah kerana :

1. Kedudukan Iklan Atiqah perlu diletakkan seperti kehendak pihak Nuffnang. Cara nak letakkan iklan tersebut, Atiqah cuba google. Banyak blog tutorial yang akan ajar di luar sana.

2. Atiqah dah jawab survey yang diberikan oleh Nuffnang? Kalau belum, jawab dulu survey tu sebab Nuffnang nak bagi iklan, dia kena tengok apa jawapan survey kita. Kalau kita tak nak iklan mengenai rokok @ tobacco ataupun arak @ alcohol diletakkan di blog kita, kita kena pilih 'Tidak' di kotak yang disediakan.

3. Cuba Atiqah hantar ticket pertanyaan kepada pihak Nuffnang bila Atiqah akan dapat iklan untuk blog Atiqah? Atiqah perlu tahu yang pengiklan yang akan memilih blog-blog yang dorang nak paparkan iklan dorang. So, Atiqah kena jadi blog Atiqah menarik dan tak berat. Jangan terlalu kejar iklan sangat tapi jadikan blog kita menarik di mata pengiklan.

4. Atiqah kena cuba naikkan trafik ke blog Atiqah. Atiqah kenalah promote blog Atiqah dan join segmen yang boleh naikkan trafik ke blog Atiqah.

Ini adalah antara pendapat saya tentang kenapa blog Atiqah tak dapat apa-apa earning daripada Nuffnang lagi. Saya harap pendapat saya ini dapat membantu Atiqah dan blogger-blogger di luar sana yang masih belum menjana apa-apa earning daripada Nuffnang.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

5 comments:

  1. bukan senang untuk menjana pendapatan..jika berblog hanya memikirkan keuntungan, tersempang jauh daripada maksud berblogging itu sendiri.. Lihat juga kepada isi dan apa yg kita tulis..jika tiada penjenamaan blog, semestinya, pengiklan juga tidak akan letakkan iklan mereka di blog kita.

    ReplyDelete
  2. ooo...ok2...got it ^_^
    terima kasih atas ulasan & pandangan yg diberikan..
    I'm really really appreciate it :)

    ReplyDelete
  3. setuju dgn nasz...... sabar ye atiqah...remy dh dua tahun....takde pun hasil lagi......he3

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Bukan senang nak menjana pendapatan bersama Nuffnang. Macam Mieya, tahun lepas sering dikunjungi dengan iklan CPUV. Tapi tahun nie, satu pon tak muncul lagi.

    ReplyDelete