KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, February 4, 2013

1 LAGU = RM2 JUTA


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Heboh di Facebook tentang jemputan PSY yang popular dengan lagu Gangnam Style untuk buat persembahan di Malaysia sempena Sambutan Tahun Baru Cina nanti. Bayaran yang dibayar adalah RM2 Juta untuk satu lagu. Uish... Mahalnya. Saya pun tak pasti sama ada berita ini palsu atau memang benar-benar berlaku.

Tetapi, pada pendapat saya, daripada membazir duit tersebut untuk jemput Artis Korea PSY tu buat persembahan di Malaysia, apa kata jemput saja artis-artis yang ada di Malaysia ini untuk buat persembahan. Apa salahnya. Kata suruh support barangan Buatan Malaysia. Tak salah kalau kita support artis Malaysia juga. Dorang pun ada bakat menyanyi dan boleh menyanyi.

Susah sangat, suruh artis Malaysia yang nyanyi dan menari Lagu Gangnam Style tu. Tak susah mana pun kalau setiap hari berlatih. Kan? Hehehe.

Di Malaysia ini, ada rakyat yang perlukan duit tu. Sumbangkan kepada mereka. Ringankan beban mereka. Tak pun beri kepada rakyat Cina yang nak menyambut Tahun Baru Cina kali ini tapi tak mampu. Rakyat pun gembira dan rasa kurang sikit beban dorang.

Itu baru jemput PSY buat persembahan 1 lagu dah kena bayar RM2 Juta. Makan, minum dan hiasan Sambutan Tahun Baru Cina tu, pakai duit juga kan? Berapa banyak sebenarnya Budget dorang untuk buat sambutan ini ye?

Ini cuma pendapat saya saja. Tak ada niat untuk membuat provokasi tapi cuma pendapat yang lahir dari hati kecil saya dan apa yang telah saya baca. Saya tahu tak semua perkara yang tertulis di Facebook kita tak boleh percaya, cuma ini jika ia betul-betul berlaku saja. Kalau tak betul, baguslah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. Harap lah tak berlaku
    follow sini :)

    ReplyDelete
  2. katanya bukan duit kerajaan tapi duit satu syarikat yg menaja......tai kalau dia kasi kat retis malaysia... lagi ok...duit tak mengalir keluar....

    ReplyDelete
  3. camon la abg dwan... PSY ni ditaja, ada golongan yang manipulasikan fakta tambahan lagi pasal video "say NO to BN".... padahal PM time tu sebut DAP bukannya BN. Wallua'alam..

    ReplyDelete