KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, February 7, 2013

SEMAKAN BR1M 2.0...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

BR1M 2.0 atau nama panjangnya Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada awal bulan Februari 2013 hari itu. Kata Perdana Menteri, BR1M 2.0 ini akan diagih-agihkan selewat-lewatnya akhir bulan Februari 2013. Tapi, kepada korang yang mohon BR1M 2.0 tak kiralah RM500 untuk Pemohon Berkeluarga atau RM250 untuk Pemohon Bujang, korang kenalah semak dulu status permohonan korang. Gagal atau Lulus.

Korang boleh semak status BR1M 2.0 korang dengan cara :

1. Secara Online
Dimaklumkan semakan secara online akan dikemaskini dalam Bulan Februari atau korang boleh hantar email pertanyaan status korang ke belanjawan2013@treasury.com.my.

2. Secara Pos
Semua pemohon BR1M 2.0 akan menerima surat pengesahan status dan sekiranya lulus, dorang akan maklumkan sekali tarikh dan  tempat majlis penyerahan Baucar BR1M 2.0 tersebut akan diadakan.

3. Melalui Talian Hotline
Pemohon BR1M 2.0 boleh menelefon ke talian Hotline iaitu 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 bermula 11hb Februari 2013. Talian Hotline ini akan beroperasi bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

So, kepada semua pemohon BR1M 2.0, lebih baik semak dulu status permohonan sebelum buat apa-apa tindakan ye?

p/s : Kalau ada rezeki Mayeesa, dapatlah kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

7 comments: