KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, February 8, 2013

PAKEJ KOMUNIKASI BELIA : 1 BULAN DILANJUTKAN KE 3 BULAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pihak SKMM telah keluarkan kenyataan bahawa setiap pendaftaran untuk mendapatkan Rebat Telefon Pintar yang sebelum expired selama 1 bulan dari tarikh korang daftar akan dilanjutkan ke 3 bulan. So, korang adalah masa untuk kumpul ataupun tentukan Telefon Pintar yang mana korang nak beli menggunakan Rebat tersebut.

Kalau korang dah daftar bulan Januari yang lepas, secara automatiknya tempoh sah penebusan Rebat Telefon Pintar itu akan dilanjutkan kepada 3 bulan dari tarikh korang mendaftar. Bagus juga dorang lanjutkan sebab dalam masa sebulan nak tentukan Telefon Pintar mana nak beli,nak kira budget  dan kumpul duit lagi, rasanya macam tak sempat la pula.

So, korang yang belum mendaftar lagi, bolehlah cepat-cepat mendaftar. Telefon Pintar mana yang pilihan korang? Mana saya tahu? Korang pilihlah sendiri.

SUMBER

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

2 comments: