Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

CEK NUFFNANG DAH SAMPAI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Beberapa hari lepas, saya telah terima sepucuk surat. Dalam surat tersebut berisi satu keping Cek daripada Nuffnang.


Walaupun jumlah Cek tersebut taklah mencapai ribu riban tapi hanya mencapai ratus saja, saya tetap bersyukur. Dari minat menulis dan berblogging, saya mampu dapatkan sedikit duit poket. Alhamdulillah.

Saya berterima kasih teramat sangat kepada Nuffnang sebab sudi menempekkan iklan-iklan di blog-blog saya. Walaupun trafik saya taklah serancak dan seganas blogger-blogger otai, tapi Nuffnang masih memandang blog-blog saya. Buktinya, saya masih dapat iklan-iklan menempek di blog-blog saya.

Ada blogger yang dah lama join Nuffnang tapi masih belum dapat jana sebarang pendapatan. Jangan putus asa sebab nak jana pendapatan melalui blog ini bukan senang, kena banyak kali promosi blog kita supaya ada orang datang. Bila banyak orang datang, banyaklah trafik yang datang ke blog kita.

Jangan putus asa. Teruskan menulis. Suatu hari nanti, korang pun mampu dapat sekurang-kurangnya seciput seperti saya dapat ni. Rezeki saya. Terima kasih Nuffnang.

p/s : Nuffnang, tempekkanlah banyak lagi iklan kat blog-blog saya ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, February 8, 2013

KENAPA SAYA PILIH NUFFNANG?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger semua.

Saya buat blog. Saya suka letak iklan Nuffnang. Kenapa?

Bagi saya, Nuffnang ini mudah saja. Saya pernah cuba letak iklan daripada Adverlets tapi tak sebagus Nuffnang. Selain Adverlets, saya cuba juga daftar untuk Innity tapi bila tengok syarat-syaratnya yang nak sekurang-kurangnya beribu-ribu Unique Visit (UV) ke blog kita, terus terkedu saya. Yelah, blog saya ini tak ada la sampai UV beribu-ribu. Biasa-biasa je.

Bagi saya, seorang blogger biasa ini, iklan daripada Nuffnang inilah yang paling sesuai. Saya pun salah seorang ahli Glitterati Nuffnang. So, dapatlah sedikit keistimewaan daripada pihak Nuffang seperti senang dapat iklan.

Alhamdulillah, rezeki saya ada dengan Nuffnang. Walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya ada juga duit yang datang daripada hobi saya ini.

Korang setuju tak dengan pendapat saya?

p/s : Kepala tengah ting tong. Tak cukup tidur.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, February 3, 2013

"KENAPA AKAUN NUFFNANG SAYA STILL RM0.00"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dapat soalan dari blogger baru ini iaitu Atiqah Ivy berkenaan dia dan join Nuffnang dalam bulan lepas tapi akaun dia masih RM0.00 lagi sampai sekarang. Untuk makluman Atiqah, saya dapat Cash Out @ Payment saya pun selepas hampir 8 bulan join Nuffnang. Bukan senang bagi saya yang orang biasa-biasa je ni nak tingkatkan trafik ke blog saya. Kalau artis, memang meleTop je blog dorang sebab dorang ada banyak platform untuk promote.

Tapi, perlu diingatkan, ada juga orang biasa seperti saya yang mampu menjana pendapatan lumayan daripada blog. Korang pun tahu siapa dorang kan? Dorang sudah semestinya bermula dari bawah juga. Setiap perkara yang kita buat, kita kena ada sabar dan tak putus asa. Nampak senang kan tapi sebenarnya susah nak buat.

Ok, mengenai persoalan Atiqah, antara sebab Atiqah tak dapat sebarang Earning lagi adalah kerana :

1. Kedudukan Iklan Atiqah perlu diletakkan seperti kehendak pihak Nuffnang. Cara nak letakkan iklan tersebut, Atiqah cuba google. Banyak blog tutorial yang akan ajar di luar sana.

2. Atiqah dah jawab survey yang diberikan oleh Nuffnang? Kalau belum, jawab dulu survey tu sebab Nuffnang nak bagi iklan, dia kena tengok apa jawapan survey kita. Kalau kita tak nak iklan mengenai rokok @ tobacco ataupun arak @ alcohol diletakkan di blog kita, kita kena pilih 'Tidak' di kotak yang disediakan.

3. Cuba Atiqah hantar ticket pertanyaan kepada pihak Nuffnang bila Atiqah akan dapat iklan untuk blog Atiqah? Atiqah perlu tahu yang pengiklan yang akan memilih blog-blog yang dorang nak paparkan iklan dorang. So, Atiqah kena jadi blog Atiqah menarik dan tak berat. Jangan terlalu kejar iklan sangat tapi jadikan blog kita menarik di mata pengiklan.

4. Atiqah kena cuba naikkan trafik ke blog Atiqah. Atiqah kenalah promote blog Atiqah dan join segmen yang boleh naikkan trafik ke blog Atiqah.

Ini adalah antara pendapat saya tentang kenapa blog Atiqah tak dapat apa-apa earning daripada Nuffnang lagi. Saya harap pendapat saya ini dapat membantu Atiqah dan blogger-blogger di luar sana yang masih belum menjana apa-apa earning daripada Nuffnang.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

PENDAPATAN NUFFNANG = RM128.36


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah, saya dapat juga Cash Out pendapatan daripada Iklan Nuffnang di blog saya. Walaupun tak lah beribu seperti otai-otai di luar sana tapi saya masih cukup berpuas hati dengan hasil ini.


Walaupun pelbagai halangan saya untuk terus berblogging, saya masih mampu untuk meraih pendapatan yang bagi saya cukup bermakna. Sebab apa? Di luar sana, ramai yang berusaha untuk dapat pendapatan seperti ini tapi masih tak berjaya. Macam mana saya tahu? Saya pun dulunya salah seorang daripada mereka.

Pendapatan kali ini hanya RM100 lebih saja tapi bagi saya mungkin boleh ringankan sikit beban hidup saya. Sekurang-kurangnya ada juga pendapatan saya dalam berblogging. Taklah hanya membuang masa saja. Saya tahu blog saya ini cuma blog picisan kalau nak dibandingkan dengan blog-blog hebat di luar sana. Tapi, saya tetap berbangga dengan blog saya. Sebabnya saya ada blog dan saya masih update blog saya.

Dan yang paling penting adalah saya masih ada rakan-rakan blogger yang masih sudi singgah dan membaca entry-entry di blog saya. Terima kasih saya ucapkan di atas lawatan korang semua. Sila-silalah datang lagi ye? Hehehe.

Anyway, terima kasih kepada Nuffang kerana sudi memberi saya peluang untuk menjana pendapatan walaupun tak sebanyak mana tapi saya tetap bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah ini. Semoga Nuffnang dapat meneruskan pemberian iklan-iklan di blog saya yang tak seberapa ini. Amiiinnnn.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 11, 2012

TEMPAT IKLAN PALING STRATEGIK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang rasa tempat pengiklanan yang mana paling strategik? Iklan dalam surat khabar? Iklan dalam blogger feymes amos? Iklan di tempat menunggu bas? Iklan di tempat menunggu komuter?

Saya rasa la tempat pengiklanan yang paling strategik dan semua manusia akan melawat adalah tandas awam. Sebab semasa kita tengah "melabur", kita suka pandang sekeliling tempat kita "melabur" tersebut. Tak kiralah secara berdiri atau mencangkung atau duduk.

Lagipun ada sesetengah orang yang boleh ingat iklan yang tertera di tempat dia "melabur" sebab dia mungkin ada "moment" menyebabkan dia ingat selalu.

So, korang nak iklankan blog korang kat tempat paling strategik ini tak? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, November 28, 2011

"BALM?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila terdengar orang sebut Balm, terkenang saya kenangan waktu dulu. Bila lenguh-lenguh je, mesti emak sapukan balm. Saya ingat la. Nama balm tu Tiger Balm. Hehehe.

Kenangan macam ni memang kita jarang ingat. Sebab bagi kita kenangan macam ni kecil sangat untuk diingati. Tapi, bila minda kita terlihat sesuatu yang pernah menjadi kenangan kepada diri kita walaupun sekecil mana pun, ia akan terus mengingatkan kita semula. Yang mana lucu tu, saya mesti tergelak sendiri.

Sebab apa saya kena letak balm ni dulu? Dulu saya duduk di kawasan kampung. So, permainan yang budak-budak kampung selalu main, mesti melibatkan outdoor kan? Tak macam zaman sekarang, ada Play Station la, X-Box la dan so on. Antara faveret permainan saya dulu adalah baling selipar. Korang tahu tak? Kalau tak tahu, korang boleh rujuk ENTRY ini. Saya akan ceritakan tentang permainanan ini.

Pembalingan selipar dibaling kadang kala punyalah kuat. Sampai boleh lebam badan siapa yang kena. Hehehe. Ganas kan? Tapi saya baik tau. Saya baling pelan-pelan je (Penipu betul Nasz ni. Dia la yang baling paling kuat sekali. Muahahaha). Habis main, balik rumah, mandi. Pastu, mesti kena sapu Balm ni. Hehehe.

Kenangan ni datang menerjah tiba-tiba bila ternampak iklan mengenai Tiger Balm. Tak sangka wujud lagi Balm ni. Sejak kecil saya guna Balm ni. Sekarang dorang buat macam-macam produk inovasi baru. Hahaha. Semakin advance dan mudah kan sekarang ni.


Lepas tengok tentang produk inovasi terbaru dorang kat link kat atas, apa pendapat korang?

p/s : Tengah sakit badan ni. Tak cukup tidur kot? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, October 20, 2011

"APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGHASILKAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya baru je lepas tengok satu video clip pendek yang dihasilkan oleh PETRONAS berkenaan Hari Deepavali. Video Clip ni 1 minit je. Menarik gak sebab buat saya terliur dengan Nasi kukus ayam dorang masak tu. Hehehe. Saya ni suka makan ayam. So, kalau ada ayam pun dah cukup bagi saya. Korang nak tengok gak? Klik link kat bawah ni:


Dah tengok dah? Kalau tak tengok lagi, korang tengoklah dulu ye? Baru terus baca entry ni.

"Apa yang diperlukan untuk menghasilkan kehidupan yang lebih baik?"

Panjangkan tajuk saya ni. Tak tahu macam mana nak pendekkan a.k.a malas nak pendekkan. Terkantoikan diri sendiri plak. Hehehe.

Pada pendapat saya, pemahaman kehidupan yang lebih baik ini berbeza mengikut pengalaman masing-masing. Bagi yang hidup susah, mungkin cukup bagi dorang ada sebuah rumah yang selesa dan makanan yang mencukupi. Bagi yang hidup sederhana, mungkin dorang nak kehidupan yang lebih mewah untuk diri sendiri dan keluarga dorang. Bagi yang dah hidup mewah pun, dorang pun ada gak keinginan untuk menjadi lebih mewah. Inilah sifat manusia. Tak pernah cukup dengan apa yang dah ada.

Tapi, bagi saya, kehidupan yang lebih baik saya nak adalah kehidupan yang bahagia dan aman. Tak perlu mewah sangat dan sederhana pun bagi saya dah mencukupi. Tapi, ini adalah untuk kehidupan kita di dunia sahaja. Kehidupan di dunia ni hanyalah sementara. Kehidupan yang kekal abadi adalah di Akhirat.

Korang plak? Apa pendapat korang?

p/s : Suka tengok iklan PETRONAS. Dari dulu sampai sekarang, kreatif.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, October 5, 2011

"TERINGIN PLAK NAK MAIN QUIDDITCH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang tahu tak permainan Quidditch? Mesti korang tahu kan? Hehehe. Ala... Permainan yang dalam Movie Harry Potter tu. Korang mesti tertanya-tanya kan kenapa saya tiba-tiba nak main Quidditch yang memang tak wujud lagi sekarang. Mungkin masa depan masa saya dah tua bangka, baru ada game macam ni. Masa tu memang tengok je la. Kalau main nanti, terjatuh plak dari penyapu terbang. Malu je. Hahaha.

Korang mesti kreatif kan? Kreatif sampai boleh cipta satu game macam game Quidditch tu tak? Hehehe. Kalau korang kreatif, korang cipta la satu game yang unik dan tak dibuat orang. Hehehe.

"Nasz ni suruh kita je cipta, dia nak buat apa?"

Jawapannya - saya nak join main sekali la. Mesti best kan main ramai-ramai game yang tak pernah dimainkan lagi?

Kalau korang kreatif, korang klik SINI untuk masuk pertandingan cipta game unik dan korang boleh menang duit. Hehehe. Korang kan kreatif? Tak macam saya.

Kan? Kan?

p/s : Teringat masa budak-budak hingusan dulu, masa tu main rounders, best. Tak pun main baling selipar. Hehehe. Syok.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, October 4, 2011

"KORANG LAYAK KE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang rasa korang layak ke? Hehehe. Soalan yang buat saya rasa macam ada semut tengah hurung badan saya. Actually, soalannya sepatutnya saya ni layak ke?

Mesti korang terfikir:

"Apa si Nasz ni duk merepek?"

tak pun,

"Aku memang layak la Nasz oi"

Betul tak? Betul tak? Hehehe. Sebenarnya nak tanya korang rasa korang layak tak nak masuk team saya? Pengembaraan (kononnya la) yang boleh menjurus ke arah ganjaran yang sempoi. Menjurus tu bukan jurus ataupun jurusan k? Cuma menunjukkan arah tujuan. Hehehe. Macam cikgu BM plak.

Kalau korang rasa korang layak, klik SINI dan join team saya. Itu pun kalau korang rasa korang layak la. Hehehe.

p/s : Terasa macam saya plak yang tak layak untuk jadi ketua. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, October 3, 2011

"LAST MINUTES"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Esok dah start exam PMR. So, saya nak ucapkan Good Luck kat adik-adik yang akan menduduki exam PMR tahun ini. Harap korang dapatlah menjawab soalan exam dengan pantas dan tepat ye? Kalau pantas je tapi tak tepat pun tak guna gak kan? Hehehe. Saya akan doakan korang ye?

Bila sebut tentang PMR ni buat saya teringat masa nak dekat exam PMR saya dulu. Lagi 2 minggu nak exam PMR, duduk lepak-lepak main game kat cyber cafe kat taman Free School. Lompat pagar tu dah jadi tugas rasmi saya la. Cuma, kena tengok line clear tak. Takut kena tangkap dengan Cikgu dan paling utama Senior. Hehehe. Masa tu, saya baru je Form 3, so, mana boleh lompat pagar sangat sebab ada senior atas daripada saya.

Seminggu nak exam PMR, masih berfoya-foya dengan buku komik dan macam biasalah, ponteng sekolah dengan menyorok dalam stor. Hehehe. Saya duduk asrama, so, memang kalau tak pergi sekolah, cikgu kelas report kat cikgu asrama, memang confirm kantoilah. Nakal kan saya dulu? Hehehe.

Esok nak exam PMR, pakat pulun buat soalan last-last year 2,3 set. pastu, mulalah nak bebal. Hahaha. Anyway, trial PMR saya ada banyak B dan C. Tapi, Alhamdulilllah, result PMR saya ... walaupun tak membanggakan tapi bagi saya oklah dengan studi last minit saya. Hehehe. Korang nak tau ke?

(Tiba-tiba tukar topik...)

Adik-adik yang nak ambil PMR tahun ni, sempat studi lagi ni. Pulun habis-habisan. Adik boleh pulun studi guna TUTOR ni. Sekarang zaman canggih. Tak macam zaman saya dulu. Soalan tahun-tahun lepas pun, atas kertas. Itupun cikgu subjek bagi, kalau tak bagi, nganga je saya. Hehehe.

Adik-adik duk baca apa lagi, cepat pulun studi guna TUTOR ni.

p/s : Korang mesti nak tahu result saya kan? Hehehe. Dengan tak malunya saya bagitau ... 3A 5B.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka