KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, February 3, 2013

DAH LENGUH TANGAN DUKUNG MAYEESA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ini Mayeesa dah semakin berat. Biasalah, takkanlah semakin ringan pula kan? Mayeesa ini kuat menyusu susu ibunya. Bila bangun tidur je, merengek nak susu. Tapi, kalau dah tidur lena, bangunkan untuk minumkan susu, dia buat tak tahu je. Hehehe.


Berat Mayeesa mengikut pemeriksaan yang telah dilakukan oleh Nurse yang datang ke rumah dan ke Klinik Kesihatan :

Masa Lahir : 2.65 kg
10 Hari : 3 kg
20 Hari : 3.5 kg
33 hari : 4 kg

Semakin hari semakin berat Mayeesa. Penatlah mama dan papa dia nak dodoikan dia untuk tidur. Lenguh juga rasa tangan ni tapi digagahkan juga sebab sayang sangat kat Mayeesa ni. Kadang-kadang tu, tengah lena tidur, dia terjaga dan mengeliat dalam dakapan. Rasa nak tergelak sebab dia mengeliat dengan mimik muka sekali. Hehehe.

Alhamdulillah, Mayeesa sihat dan tiada masalah kesihatan setakat ini. Semoga Mayeesa terus sihat dan terus menyerikan hidup kami.

Kepada sesiapa yang nak minta tolong saya kiss Mayeesa untuk dorang, sila komen di bawah ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. nasz....
    nanti emailkan address kat remy......
    ada sesuatu utk mayeesa.......

    email kat remyhazza@yahoo.com tau!!!!

    ReplyDelete