Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, February 1, 2013

"EH... MANA BOLEH..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sila baca perbualan dua sahabat di bawah,

A : Aku nak kerja kat tempat inilah.

B : Kat mana tu?

A : Kat kilang ini. Nak cari duit poket sikit.

B : Aku dengar cerita, kilang ini bagi kerja berat tapi gaji ciput je.

A : Ye ke? Mana engkau tahu?

B : Aku dengar-dengar cerita je la.

A : Boleh caya ke cerita yang engkau dengar ni?

B : Entah. Aku pun tak tahu.

A : Aku nak try minta la kerja kat sini.

B : Eh... Jangan. Engkau tak dengar ke apa aku cakap tadi. Tokey kilang ini kedekut.

A : Takpelah. Aku nak try dulu. Bukan duit je aku kejar tapi pengalaman kerja tu yang penting.

B : Aku tak nak lah. Engkau minta kerja sendiri la.

B terus berlalu pergi. A pun memohon kerja di kilang itu. Dan akhirnya diterima. A bekerja bersungguh-sungguh sehingga dianugerahkan oleh Tokey Kilang sebagai Pekerja Terbaik. Kemudian, Tokey Kilang itu menaikkan pangkat A dan juga gaji A. Sehingga kini A telah menjadi Pengurus Kilang tersebut.

B pula masih di takuk lama. Mencari kerja yang tiada cerita buruk yang dia dengar daripada orang lain.

Apa yang nak saya tekankan di sini, hidup kita, kita yang tentukan. Bukan orang lain yang tentukan. Orang lain boleh bercerita mengenai sesuatu yang dia sendiri tak pernah alami tapi cuma dengar cerita orang lain. Yang penting, kita cuba dulu. Kalau tak sesuai, kita cari yang lain. Cari sampai yang sesuai. Tapi, kenalah kerja dengan bersungguh-sungguh. Tiada jalan pintas untuk berjaya.

Bila kita usaha, usaha kita membuahkan hasil, kita akan rasa puas dan seronok. So, bila orang lain cakap macam-macam pasal sesuatu perkara, jangan terima bulat-bulat tapi selidik dulu. Semua ada akal kan? Gunakan.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. betul nasz..... hidup kita ..kita yg tentukan.... pandangan org lain...boleh diambil kira tapi penilaian tetap pada kita...kalau kita yakin dan betul caranya.....insyaAllah..pasti berjaya....

    ReplyDelete